Cahaya Raya Bersama Shopee


Shopee,  pasaran  sosial  mudah  alih  No  1  di  Asia Tenggara  dan  Taiwan  mengumumkan  kempen  Hari  Raya  terbesar, Cahaya  Raya bersama  Shopee dengan  potongan  harga  sehingga  90%  di  seluruh  platform  dan juga ada pertandingan  setiap  hari  dengan  hadiah  bernilai  sehingga  RM50,000  termasuk  wang tunai.   Di   samping   itu,   Shopee   akan   bekerjasama   dengan   Pos   Malaysia   untuk melancarkan  program  Bayar  Waktu Terima (Cash-on-Delivery)  untuk  menggalakkan lebih  ramai  rakyat  Malaysia  membuat  persiapan  Hari  Raya  menerusi  pembelian  atas talian. 

Hari   Raya   adalah   sambutan   terbesar   di   Malaysia.   Tahun   ini,  sebagai   tanda penghargaan  kepada  pengguna  kami  atas  sokongan  padu  mereka,  Shopee  telah melaburkan  bajet  terbesar  setakat  ini  untuk bekerjasama  dengan Kedai  Rasmi  seperti Nestle,  Unilever,  Senheng,  Huawei,  OPPO  dan  ASOTV  untuk  menawarkan  promosi untuk  seisi  keluarga  selama  45  hari  tanpa  henti,

Malah,  dengan  pelancaran  Bayar  Waktu  Terima,  kami  mampu mendekati  sekumpulan  besar  pembeli  atas  talian  pertama  kali  di    Lembah  Klang  dari Tanjung   Karang   hingga   ke   Banting   sekalipun   untuk   bersama-sama   menikmati kegembiraan musim perayaan ini
Ian  Ho,  Pengarah  Urusan Serantau  Shopee.
.
Dari  15  Mei  hingga  30  Jun, Cahaya  Raya  bersama  Shopee akan  menampilkan  24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

Sebagaimana   cahaya   Aidilfitri   memberi   kegembiraan   kepada insan   tersayang, Pertandingan  45  Days  of  Surprise  Giveaways  (45  Hari  Hadiah  Kejutan)  tahun  ini menawarkan  hadiah  harian  bernilai  sehingga  RM25,000  termasuk televisyen,  telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga  30  Jun  2017,  menjadikan  ia  pertandingan  terpanjang  pernah  dianjurkan  untuk pengguna  Shopee.  Banyak  lagi  pertandingan  dianjurkan  termasuk Make  a  Wish  for Mom (Buat  Permintaan  untuk  Ibu), Selamat Berbuka  Snaps(Ambil  Gambar  Semasa Berbuka  Puasa)  dan  teka-teki Berapa  Duit  Raya,  menjadikan  hadiah  keseluruhan mencecah sehingga nilai RM50,000!

Ramadan  ini  Shopee  turut  mengambil  peluang  mendekati  komuniti  setempat  dengan  penganjuran Shopee Uni BM Tour(Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijab Stars Recharge
.
Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA   yang   dianjurkan   untuk mendidik   dan   memperkayakan   pengetahuan usahawan    berpotensi    untuk    menggunakan    aplikasi    Shopee    sebaiknya    dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017). 

Akhir  sekali,  Acara  Hijab  Stars  Recharge,  satu  projek  usahasama  dengan  jenama syampu  Sunsilk  yang akan  berlangsung  pada  20  Mei  2017  dengan  penampilan  istimewa Hijabista  terkenal  seperti  Khadyjah  Fhatyah,  Sharifah  Rose,  Ain  Edruce,  Zamrina Zamrim  dan  Aqilah  Naqlis.  Sesi  khas  yang  akan  dianjurkan  termasuk  kelas  solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang. 

Shopee  juga  akan  meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, Pizza Hut, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah  menarik  seperti  baucar  penginapan  hotel  &  penerbangan,  potongan  harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai 

Jom membeli-belah di laman web ini http://cahayaraya.shopee.com.my/ untuk lebih banyak pilihan dan ganjaran :-) Ianya bermula pada 15 Mei nanti. Uolls juga boleh memuat turut Shopee App secara PERCUMA dari Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.
Cahaya Raya Bersama Shopee Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.