"Create Your Own Barbie" | Dunia Imaginasi Kanak-Kanak
Apa yang menariknya tentang acara ini, kanak-kanak boleh memilih patung Barbie yang mereka inginkan dan seterusnya membuat pilihan pakaian Barbie yang menjadi kegemaran. Menarik bukan? Apabila anak-anak ini sendiri yag boleh menentukan pilihan mereka berdasarkan imaginasai penampilan Barbie yang mereka inginkan.
Dari kiri ke kanan: Wayne Chua dan anak perempuan Celestia, Dynas Mokhtar dan anak perempuan Khyra, Elaine Daly dan anak perempuan Eva menunjukkan anak patung Barbie khas mereka. Antara ibu selebriti yang telah dijemput hadir.
"Kami sentiasa berusaha untuk kekal relevan kepada generasi bu bapa dan kanak-kanak perempuan akan datang . Barbie akan terus menjadi aspirasi dan pencetus untuk mengekspresi diri dan bercerita"
"Melalui kuasa terbuka bermain, bercerita dan imaginasi, kanak-kanak perempuan boleh bayangkan apa sahaja yang mereka mahu menjadi melalui Barbie."
Fong Jiali, Ketua Pemasaran Mattel Asia Tenggara.
Dari kiri ke kanan: Wayne Chua, Celestia, Feina Leow, Merchandising Kanan dan Pengurus Pemasaran, Toys "R" Us, Loo Hoey Theen, Pengarah Pemasaran, Sunway Pyramid, Michelle Wan, Pengurus Snr Produk Pengguna, Mattel Asia Tenggara, Jennifer Bay, Pengurus Jenama, GIRLS Mattel Asia Tenggara, Elaine Daly, Eva, Dynas dan Khyra yang menunjukkan anak patung Barbie khas mereka
Sebagai menyokong falsafah Barbie iaitu "seorang wanita mempunyai pilihan," sebagaimana yang dikatakan oleh Ruth Handler, pencipta Barbie,"Create Your Own Barbie" pada asasnya direka untuk membolehkan kanak-kanak perempuan dapat bermain dan berimaginasi mencipta dunia Barbie mereka sendiri. Yang mana kanak-kanak ini mempunyai pilihan dalam dunia mereka dan boleh menjadi apa sahaja yang mereka mahukan. Pada akhirnya melalui pilihan dan kreativiti, membantu kanak-kanak perempuan ini lebih yakin dalam diri mereka.
Selain itu terdapat pelbagai barangan Barbie yang dijual disini, antaranya seperti koleksi patung Barbie, beg, pakaian dan barangan esklusif Barbie.
Berkenan sungguh my Amani dengan vespa Barbie.
Banyak pilihan patung Barbie. Semuanya cantik-cantik.
Acara ini telah bermula di Sunway Pyramid (LG 2, Orange Concourse) dari 23 hingga 28 Mei 2017, 10 pagi hingga 10 malam dan terus diadakan di 3 lokasi lain: Mid Valley (JUN 01-04), KLCC (8-11 Jun ) dan One Utama (14-18 Jun).
Happy my Amani apabila berada di dalam dunia Barbie impiannya..
Patung Barbie imaginasi my Amani. Memang minat benar Barbie bertutu ya Amani :p
.
"Create Your Own Barbie" | Dunia Imaginasi Kanak-Kanak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 29, 2017
Rating:
wah..bestnya!! sure budak2 seronok la
ReplyDeleteBestnya. Kita dulu-dulu main anak patung kertas tu kan.. hehe.
ReplyDeletemummy ayu- kannn memang menarik
ReplyDeletelia- kann...memori anak patung kertas tu mmg nostalgia