Jom Sertai Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)
Tahun ini merupakan tahun keempat Pensonic menganjurkan Kempen Chef’s Like. Seperti biasa terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dengan ganjran yang cukup lumayan. Antara yang paling menarik tentunya Kempen memasak
beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity and Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’,
Peraduan ‘Instagram’ dan banyak lagi. Kalau nak tahu sedikit sebanyak tentang acara emmasak bersama chef boleh rujuk kepada link saya yang ini ya!
Pada tahun lepas yang mana Pensonic telah menganjurkan acara memasak
beramai-ramai di West Boulevard, One City yang telah disertai seramai 500 orang peserta. Chef Ismail telah membuat demonstrasi memasak dan para peserta bersama-sama mencuba masakan yang telah diajar. Semua bahan masakan disediakan oleh pihak penganjur dan bertambah menarik, peserta boleh beramah mesra secara dekat dengan chef dan selebriti yang hadir, Selain itu para peserta juga boleh membawa pulang hasil masakan dan peralatan yang mereka gunakan iaitu Periuk Serbaguna
Pensonic! Menarik bukan?
Dan kali ini Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat
(2017) Pensonic akan diadakan bermula dari bulan April hingga Julai 2017. Namun untuk kempen kali ini Pensonic telah memperkenalkan konsep yang baru dimana akan diberikan ganjaran
kepada para pengguna yang telah membeli barangan di kedai-kedai terpilih (boleh rujuk pada poster di bawah). Nah! Jika
anda tidak berpeluang menyertai acara memasak bersama-sama Pensonic tahun lalu,
kini peluang anda sekali lagi untuk bertemu dengan Duta Pelancongan Masakan Asli Melayu
Malaysia dan Rakan Pensonic iaitu Dato’ Chef Haji Ismail, yang bakal mengadakan kelas dan demonstrasi
masakan di lokasi-lokasi terpilih. Selain itu terdapat banyak peraduan yang dianjurkan di kelas demonstrasi masakan tersebut,
Berikut adalah senarai kedai yang terlibat
dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):
•
Ban
Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi,
Sabtu).
•
CY
Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
•
Wah
Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
•
HK
Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
•
AEON
BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
•
Tesco
Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
•
Giant
Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
•
Chan
Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
•
Bright
Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
•
senQ,
Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).
Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui
bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like
Musim Keempat (2017).
Tahun ini juga seperti biasa turut diadakan peraduan buat penonton rancangan “Chef Mail
Masak Bersama Pensonic”. Untuk pengetahuan semua rancangan ini menampilkan pemenang-pemenang dari peraduan di FB dan mereka akan berganding bahu dengan selebiriti pilihan untuk berentap memasak hidangan bersama DCH Ismail. Pemenang ini adalah dipilih daripada Peraduan “We Want You To Be On TV”
Facebook Pensonic. Yang mana setiap pemenang adalah dipilih menerusi penyertaan mereka yang menghantar resepi mereka beserta
gambar dan langkah-langkah masakan. Seramai tujuh pemenang telah dipilih untuk menjadi
‘bintang’ dalam rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”.
Rancangan “Chef Mail Masak Bersama
Pensonic 2017” mempunyai 8 episodi dengan lebih banyak aksi
hebat. Para pemenang akan bersama barisan selebriti ‘hot’ yang akan menyediakan
hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail. Selebriti-selebriti yang akan
muncul dalam rancangan pada kali ini antaranya seperti Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy
Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja
Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Bukan sahaja setiap episod rancangan
ini dengan kehadiran selebriti tanahair rancangan yang mesti ditonton, penonton
juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan
“Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini.
Rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic”
Pensonic sungguh popular dan kami berjaya mendapat bilangan penonton yang
tinggi. Episod dengan penonton tertinggi mencecah lebih dari 780,000 orang
penonton. Jumlah keseluruhan yang telah menonton rancangan ini pada tahun lalu ialah
4.7 juta penonton. Oleh kerana maklumbalas yang menggalakkan daripada penonton
rancangan ini sejak dua musim yang lalu, kami telah meneruskan rancangan ini
untuk musim ketiga pada tahun ini.
Tahun lepas, setiap pemenang telah berpeluang untuk
memasak dengan DCH Ismail dan selebriti tempatan di rumah pemenang. Bagi tahun
ini, kami melakukan sesuatu yang berbeza. Rancangan ini yang melibatkan 12
selebriti tanahair bersama DCH Ismail telah dirakamkan di 8 lokasi menarik yang
menampilkan 7 restoran dengan masakan yang berbeza. Setiap restoran ini mempunyai
kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun
dan India. Chef profesional di restoran masing-masing telah menyediakan
hidangan yang lazat manakala 7 pemenang tersebut juga turut menyediakan hidangan
yang menyelerakan dalam rancangan ini.
Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3
setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Episod terakhir
rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas juga akan dipaparkan
di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan
Ramadhan.
Penonton di rumah yang menonton rancangan "Chef
Mail Masak Bersama Pensonic 2017" juga berpeluang memenangi peralatan
Pensonic dan baucar restoran dengan menyertai peraduan "Tonton &
Menang" di halaman Facebook Pensonic. Secara tidak langsung rancangan ini mampu menyemarakkan
lagi semangat penonton supaya mereka memasak di rumah. Rancangan ini pastinya memberi idea kepada penonton serta tips mengenai cara-cara menyediakan
hidangan yang sihat dan lazat dengan cepat dan mudah.
Memasak dan makan bersama keluarga sekaligus memupuk semangat kekeluargaan, keakraban, kemesraan dan perpaduan. Pastinya keluarga yang makan bersama-sama akan kekal bersama-sama. Dengan peralatan dapur Chef’s Like Pensonic di rumah anda, sesiapa pun boleh menjadi seorang chef pakar di rumah seperti yang ditunjukkan oleh DCH Ismail dalam rancangan masakan beliau. Nikmati makanan yang sungguh lazat dan detik-detik indah bersama orang-orang yang tersayang dengan peralatan gaya hidup Chef’s Like Pensonic di rumah anda!
Peralatan gaya hidup dapur Chef's Like dengan
rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi dan kreativiti
untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang menyeronokkan, dengan hasil masakan
yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Peralatan dalam siri Chef's Like
termasuk Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000, Kelalang Thermo (Thermo Flask)
PTF-5002, Pengisar (Blender) PB-801, Pencampur (Mixer) PM-214, Periuk Serbaguna
(Multi-cooker) PMC-150G, Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000, Pengukus
(Steamer) PSM-1603, Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N, Ketuhar Elektik
(Electric Oven) AE-19N, Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910, Ketuhar
Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003 dan 'Air Fryer' (PDF-2201).
Mengenai Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail
Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail (DCH) berasal dari Negeri Sembilan
dan merupakan duta masakan tempatan Malaysia yang terkenal. Beliau sering
dijemput dalam dan luar negara untuk memperkenalkan hidangan tradisional
tempatan yang enak melalui demonstrasi masakan beliau. DCH Ismail adalah duta
jenama Pensonic sejak tahun 2005.
Mengenai Kumpulan Pensonic
Kumpulan Pensonic diasaskan pada 1965
sebagai Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada tahun
1982 setelah peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan
pengedar Peralatan Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia.
Dengan Pensonic sebagai jenama terasnya,
Kumpulan Pensonic juga mengedarkan produk peralatan rumah jenama-jenama
terkemuka seperti Lebensstil Kollektion dari Germany, Cornell dari USA, Indesit
dan Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.
Disahkan ISO 9001-2000 sejak tahun 2002, Pensonic disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik
pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai
rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih
daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk Pensonic dieksport ke lebih
daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic:
http://pensonic.com/
atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770.
Jom Sertai Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 15, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...