Kempen P&G | Daripada Ibu Kepada Ibu

Procter and Gamble Malaysia (P&G) bersama pelakon dan hos televisyen Malaysia yang diminati ramai, Izreen Azminda serta Food Aid Foundation telah bekerja sama untuk melancarkan ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, sebuah kempen seluruh negara yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk membantu mengurangkan beban para ibu tunggal semasa bulan Ramadhan ini dengan memberikan sumbangan barangan.

‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ akan berlangsung dari 15 Mei sehingga 15 Jun di 50 buah cawangan pasar
raya yang terlibat (Giant, Tesco, MYDIN dan AEON) di seluruh negara. Para pembeli yang membeli
produk P&G bernilai RM30 atau lebih, bakal layak menerima sebuah Beg Hati Mereka kemudiannya digalakkan untuk mengisi beg tersebut atau mana-mana beg lain dengan barangan tak mudah rosak seperti makanan kering atau makanan tin, minyak masak atau sabun cuci, dan meletakkannya di kotak pengumpulan yang ditempatkan di cawangan-cawangan yang terlibat. Food Aid Foundation kemudiannya akan mengumpul barangan tersebut di akhir kempen ini dan mengagihkannya kepada para ibu tunggal di seluruh Malaysia.

“Sempena menyambut ulang tahun ke-30 P&G di Malaysia, kami telah memilih untuk memperbaiki kehidupan masyarakat bagi komuniti-komuniti yang memerlukan. Di P&G, kami percaya bahawa peluang untuk kita membawa perubahan dan berbuat baik kekal terbuka setiap hari. Kami telah membantu para ibu serta seisi rumah dari dahulu lagi dan kami percaya bahawa peranan seorang ibu dalam keluarga memerlukan kekuatan dan tidak boleh ditukar ganti. Kami berharap, menerusi kempen ini dan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang murah hati, kami dapat meringankan beban para ibu tunggal sepanjang musim perayaan ini,” kata Ong Yuh Hwang, Pengarah Pengurusan bagi P&G Malaysia, Singapura & Brunei semasa pelancaran ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’.

Izreen Azminda, duta bagi kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ P&G Malaysia berkata, “Sebagai seorang ibu tunggal, saya memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal yang lain yang perlu menjadi pencari rezeki sambil menjadi penjaga utama buat keluarga. Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan sememangnya memainkan peranan dalam menceriakan hidup kami terutamanya pada musim Raya di mana perbelanjaan sering kali lebih tinggi dari biasa. Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini untuk memberi sokongan kepada suatu isu yang begitu bermakna buat saya.”

“Di Food Aid Foundation, kami percaya bahawa semua orang layak untuk mendapat makanan yang
secukupnya. Ibu tunggal biasanya kurang diendahkan oleh masyarakat namun kami berharap, menerusi kempen ini, kami dapat mengetengahkan cabaran yang mereka hadapi setiap hari dan bekerjasama untuk meringankan beban mereka sempena bulan Raya ini,” kata Mohamad Faisal Ghazali, Pengasas bagi Food Aid Foundation, yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.

P&G sedar akan kepentingan menjadi warganegara korporat yang baik, dan dengan itu, mereka
berusaha untuk memastikan bahawa komuniti di mana P&G bertapak kekal kukuh dan berkembang.

Selain daripada ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, P&G Malaysia bakal melakukan kerja-kerja amal yang lain sebagai sebahagian daripada kempen ‘P&G Malaysia Membalas Budi’ sepanjang tahun ini. Antara komuniti lain yang bakal dibantu termasuklah kanak-kanak Orang Asli, mangsa banjir, dan rakyat Malaysia yang sukar mendapat air minuman yang bersih dan selamat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ dan senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian, sila layari www.daripadaibukepadaibu.com.my untuk memainkan peranan dalam membawa perubahan besar pada kehidupan para ibu tunggal dan keluarga mereka di bulan Ramadhan ini.
Kempen P&G | Daripada Ibu Kepada Ibu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 18, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.