Panasonic Ketupat Rendang Brownies
Kerjasama inovatif ini melibatkan perkongsian kandungan pelbagai platform bagi membantu Panasonic membina persona jenama khusus untuk menarik para pengguna Melayu sempena bulan
Ramadan dan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang. Encik Cheng Chee Chung, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata, “Jenama Panasonic sudahpun terkenal dengan produk elektrik yang berkualiti tinggi di kalangan isi rumah Malaysia dengan kehadiran syarikat di pasaran ini sejak lebih 40 tahun lepas. Selama ini, kami komited untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan menyediakan produk bermutu, tahan lama dan mampu memenuhi gaya hidup yang sentiasa berubah dan menjadikan setiap akitiviti keluarga lebih bermakna. Kerjasama kami dengan Media Prima Berhad adalah suatu platform yang penting untuk mendekati lebih ramai keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.”
Usaha ini penting bagi memperkembangkan perniagaan Panasonic ketika Malaysia sedang mengalami pemulihan tahap keyakinan pengguna secara beransur-ansur. Indeks Sentimen Pengguna
(CSI) bagi suku pertama 2017 menunjukkan peningkatan suku-ke- suku sebanyak 6.8 mata kepada
76.6 mata setelah mencatatkan penurunan pada suku-suku yang sebelumnya. Panasonic memanfaatkan jualan produk elektrik pengguna sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan
suku-ke- suku di Malaysia.
Mengulas tentang inisiatif Panasonic untuk mengukuhkan hubungan dengan para pengguna Melayu
sempena kedatangan musim Ramadan dan Raya ini, Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan
Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan Media Prima Berhad berkata, “Perkongsian ini
adalah bukti kedudukan Media Prima Berhad sebagai sebuah konglomerat media terbesar dengan
keupayaan untuk mencapai penonton yang luas merentasi pelbagai platform. Lebih daripada itu,
kami juga menawarkan sumber kreatif untuk menghasilkan kandungan yang sangat menarik serta
relevan kepada penonton Melayu.
Bersama-sama dengan Panasonic, kami mempersembahkan 'Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat iaitu sebuah drama menyentuh hati yang menghubungkan emosi kelompok penonton sasaran dan juga merupakan rancangan yang amat sesuai bagi merapatkan hubungan seisi
keluarga.”
Drama bersiri ini dibintangi artis-artis Malaysia kegemaran ramai termasuk pelakon popular Rita
Rudaini dan Rashidi Ishak, berserta pelakon veteran seperti Khatijah Tan dan Meor Hashim Manaf.
Turut terlibat adalah bakat-makat muda yang terdiri daripada Khayrisyah Kamal and Habeil Lutfillah.
Drama bersiri ini menampilkan pelbagai integrasi produk yang menggambarkan Panasonic sebagai
sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
Selain daripada siri ini, Panasonic turut mendekati pengguna menerusi pelbagai saluran yang
melibatkan kandungan berjenama, tren Transit Aliran Ringan (LRT) berjenama Panasonic dan
interaksi melalui pelbagai platform di bawah Media Prima Berhad seperti The New Straits Times
Press, Big Tree, stesen radio dan tonton.
Bagi memanfaatkan lagi daya tarikan barisan pelakon drama bersiri tersebut, Panasonic melantik
Rita Rudaini dan Khatijah Tan sebagai duta rasmi promosi ‘Sehati Beraya' yang berlangsung dari 16 Mei – 30 Jun 2017. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh membuat sambutan Hari Raya mereka lebih bermakna dengan promosi bundle Panasonic 'Kombo Sehati’, Pembelian-dengan- Pembelian dan hadiah percuma untuk pembelian produk-produk terpilih Panasonic. Ketahui lebih lanjut tentang promosi 'Sehati Beraya’ dengan:
Melayari laman web Panasonic di www.panasonic.com.my;
Memanggil Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-7953 7600; atau
Kunjungi mana-mana Pengedar Sah Panasonic.
Sinopsis - Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat
Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-
sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim
Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-
sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja.
Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke
kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.
Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan
memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau - hidangan rendang yang enak, dimasak
dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.
Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap Khamis jam 6.00pm dari 25 Mei – 15 Jun 2017. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan dari 3-6 Julai 2017, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35pm.
Panasonic Ketupat Rendang Brownies
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 25, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...