Skin Idea Merealisasikan Impian Setiap Wanita

Dunia kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi hari ini ramai wanita bukan sahaja lebih maju didalam profesional masing-masing. Bahkan mereka juga lebih berketerampilan. Dan saya juga tidak menafikannya, inginkan kejayaan profesion, sebagai ibu serta isteri dan punyai personaliti menarik.

Diperkenalkan dengan 2 produk terbaru dari Skin Idea iaitu:-

1. Skin Idea Chewable Beauty Candy 
Menarik tentang candy ini ianya mengandungi Kohjin L-Glutathione, vitamn C, Astaxanthin dan Hydrolized Fish Callogen. Apa yang menarik ianya mempunyai tasa strawberi. Hanya kunyah sahaja didalam mulut. Kita boleh melihat perubahan pada kulit wajah setelah pengambilan 3 minggu. Memang raut wajah kita akan lebih berseri-seri. Ianya juga dapat memberikan kita lebih energetik, tidur lebih selesa/lena, membantu kesihatan hati didalam badan,mengurangkan kolestrol dan banyak lagi.

2. Skin Idea Pressed Serum
Dihasilkan dari 60% Chaga Mushroom dan ianya BEBAS paraben, pewangi dan minyak mineral. Menggunakannya juga agak mudah hanya sapukan sedikit di wajah dan leher setelah kita bersihkan dan sapu toner. Dalam 14 hari kulit akan kelihatan lebih cerah, lembut, awet muda, mengurangkan jerawat atau tona tidka sekata dan banyak lagi.

Gambar kredit Nazlan Nasir

Majlis pelancaran produk ini telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Kenalkan Dato Seri Udani Mohd Noor yang tekah memperkenalkan jenama Skin Idea. Sebagai CEO wanita ini telah berusaha gigih membangunkan empayar perniagaan produk kecantikkan di bawah syarikat Nutra Rich Sdn Bhd. Pernah gagal sekali dalam dunia perniagaan tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus bangkit dan menghasilkan produk bermutu seterusnya berkongsi dengan masyarakat di luar sana.

Dato Seri Udani itu juga yakin dengan kelebihan ciri-ciri yang ada di dalam Skin Idea serta pelan pemasaran yang strategi mampu membawa jenama ini pergi lebih jauh seterusnya menembusi pasaran Asia seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Vitenam.. Apatah lagi sekarang ini mereka juga telah berkerjasama dengan pihak Sime Darby Plantation dan beberapa universiti tempatan bagi menghasilkan beberapa produk baru yang lain dlama masa terdekat.

Beberapa selebriti tempatan turut hadir memberi sokongan antaranya seperti GAmbit Saifllah, mimi Lana, dayana Roza, Isa Khan, Nazeera Sardi dan Adiba Yunus. Kemunculan Dayang Nurfaizah dengan persembahan yang padu semenangnya memukau tetamu yang hadir di majlis pelancaran.

Terdapat juga persemabahan artis dari Thailand, kemunculan kumpulan Masin dari program Maharajalawak dan ramai lagi menjadikan malam perasmian dan pengenalan produk Skin Idea benar-benar meriah.

Apa yang pasti produk keluaran bumiputera ini sesuatu yang sangat istimewa dan dinantikan oleh ramai wanita. Untuk mejadi lebih anggun, awet muda dan menyerlahkan lagi pesona diri memang impian wanita dulu, kini dan selamanya.

Jangan lupa dapatkan di pasaran uolls!

Skin Idea Merealisasikan Impian Setiap Wanita Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 11, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.