Barangan dalam talian pilihan pengguna Malaysia semasa Ramadan dan Hari Raya

 Sempena Ramadan ini, dan menjelang sambutan Hari Raya yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, lebih ramai pengguna di Malaysia dijangka memilih untuk membeli keperluan mereka secara dalam talian, termasuk produk seperti e-baucar dan barangan runcit, menurut 11street (www.11street.my) hari ini, iaitu salah sebuah pusat membeli belah dalam talian terbesar di Malaysia. Di samping itu, pengguna juga akan terus memilih pembelian dalam talian bagi barangan khusus seperti pakaian dan elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata: “Pembeli di Malaysia berterusan melangkaui
jangkaan kami. Semasa musim Ramadan dan Raya dari 2015 hingga 2016, jualan dalam talian kami
secara keseluruhannya menyaksikan peningkatan lebih 2.5 kali ganda. Bagi tempoh sepanjang
Ramadan dan Raya pada tahun ini pula, 11street menjangkakan jualan dalam talian kami akan terus
meningkat sehingga 50 peratus, jika dilihat kepada corak pembelian pelanggan yang semakin
berkembang.”


Sebagai persediaan untuk sambutan Hari Raya, pengguna di Malaysia dijangka terus memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi barangan popular seperti elektronik, gajet untuk kediaman dan pakaian. Kajian yang dijalankan 11street juga mendapati terdapat peningkatan ketara dalam pembelian e-baucar pada 2016 susulan lebih banyak pilihan ditawarkan dalam kategori tersebut. Selain itu, jumlah carian bagi e-baucar untuk makanan dan minuman melonjak sehingga 1.2 juta kali semasa musim Ramadan pada tahun tersebut.

Kim menambah: “Tahun ini, kami jangkakan pelanggan akan membeli lebih banyak e-baucar terutamanya untuk bufet buka puasa. Ini kerana lebih banyak restoran dan premis makanan lima bintang kini memilih untuk menggunakan platform 11street bagi menawarkan sajian lazat mereka. Kami sentiasa melakukan perubahan demi perubahan untuk memastikan kami berada selangkah di hadapan dalam trend membeli-belah dalam talian pada masa ini, seperti yang anda dapat lihat daripada tawaran luas kami. Sepanjang usaha kami untuk memperbanyakkan tawaran dan meningkatkan keselamatan pembelian dalam talian, kami lihat keyakinan pengguna terhadap 11street juga bertambah. Ini terbukti apabila motosikal juga dibeli menggunakan platform kami!”
Menjelang musim cuti Hari Raya ini, 11street juga menjangkakan jumlah carian bagi perkhidmatan
kenderaan dan barangan berkaitan keselamatan jalan raya akan meningkat beberapa kali ganda di
Malaysia sebagai persediaan balik kampung. Sejak mula menawarkan perkhidmatan platformnya
pada 2015, 11street telah menyaksikan peningkatan sekurang-kurangnya tiga kali ganda bagi jumlah
carian serta jualan dalam talian untuk kerusi kereta bayi dan pakej penyelenggaraan kereta.

Menurut pusat membeli-belah dalam talian itu, corak sikap pengguna ini didorong oleh harga
barangan lebih rendah yang ditawarkan dalam talian bagi membantu menangani kos sara hidup yang
semakin meningkat, serta faktor lain seperti kemudahan pembelian dalam talian dan kepelbagaian
pilihan produk.
Apa yang lebih menarik, pada 2016 terdapat sebahagian pengguna Malaysia dilihat membuat persediaan lebih sempena Hari Raya dengan membeli barangan yang tidak disangka-sangka –
seperti komputer riba khas untuk permainan video dan jersi sukan. 11street mulakan kempen Gila-Gila Raya dengan laman web baharu dalam Bahasa Malaysia serta Tawaran Hebat

Kim seterusnya menambah: “Memang sangat menyeronokkan untuk menetap di Malaysia yang
mempunyai masyarakat majmuk kerana semua perayaan di sini diraikan secara bersama. 11street
gembira untuk mengumumkan kempen terbaru kami – Gila-Gila Raya – yang dibanjiri dengan banyak tawaran sangat menarik dan diskaun luar biasa untuk setiap pembeli di luar sana!”

Bermula hari ini sehingga 23 Julai, 11street akan memulakan kempen Gila-Gila Raya dengan memperkenalkan laman promosi serba baharu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi
memudahkan lagi pengguna Malaysia untuk membeli-belah bagi keperluan mereka sempena
Ramadan dan Hari Raya. Kempen Gila-Gila Raya ini akan dijalankan secara habis-habisan melalui
tawaran sangat menarik bagi barangan popular, jenama utama dan pakaian siap pakai oleh pereka
terkenal mula pada harga RM1.

Sepanjang tempoh kempen itu, pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga 22 peratus
untuk setiap pembelian menggunakan kad kredit bagi semua jenis barangan selain ditawarkan
penghantaran segera serta percuma bagi barangan tertentu. Selain itu, kemuncak kempen Gila-Gila
Raya anjuran 11street ini adalah perkongsian yang dijalin dengan pereka selebriti terkenal seperti
Remy Ishak, Amar Amran, MariBeli Butik; serta jenama pengguna dan gaya hidup seperti F&N,
JOCOM, L’Oreal, MamyPoko, Nestle dan Unilever untuk menawarkan lebih banyak tawaran
Ramadan dan Hari Raya.
“Kami yakin rakyat Malaysia akan terus memilih 11street dalam persediaan mereka untuk Hari Raya. Justeru kami sentiasa peka dengan corak pembelian pelanggan kami supaya 11street dapat menawarkan promosi lebih baik yang menepati keperluan mereka. Apa yang penting adalah kami ingin menjadikan setiap pengalaman membeli-belah dengan 11street sebagai sesuatu yang menggembirakan, pada setiap sama,” menurut Kim.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen Gila-Gila Raya di 11street, sila layari
http://bit.ly/2spWa63.
Barangan dalam talian pilihan pengguna Malaysia semasa Ramadan dan Hari Raya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 18, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.