Berbuka Puasa Dan Shopping Ala Orang Jepun di Citta Mall

Dalam kesibukan bekerja saya sempat singgah ke Citta Mall untuk berbuka dan membeli-belah sebagai persiapan untuk berhari-raya. Menariknya di Citta Mall bukan sahaja mempunyai tempat letak kereta yang luas, di sini juga terdapat banyak pilihan kedai makan untuk berbuka puasa. 

Memandangkan saya tiba agak awal, sempat juga saya mencari-cari kasut dan cermin mata baru untuk cik suami. Al-maklumlah lelaki sememangnya jarang sangat nak membeli kasut baru. Melainkan ianya sudah lusuh atau terkoyak tapak barulah mencari baru. Tetapi memandangkan kasut raya perlu ada, gigihla saya heret suami untuk datang memilih dan membeli.


Lokasi pertama saya terjah adalah kedai kasut TOMAZ yang terletak di Tingkat 1. Banyak juga pilihan kasut di sini dan harganya bermula serendah RM79. Kasut jenama TOMAZ cukup terkenal dengan hasil rekaannya dan material yang cukup selesa kepada si pemakai.

Antara yang mencuri perhatian saya ialah rekaan dari jenis bertali, loafer, kulit dan pelbagai lagi. Warna yang ditawarkan juga pelbagai untuk mereka yang sukakan gaya yang sederhana, ceria dan klasik.

Antara rekaan terbaru dari TOMAZ! Lihat sahaja pada rekaannya ternyata memenuhi citarasa anak-anak muda hari ini. Rekaan tempil lebih 'fun' dan 'happening'  buat pemakai.

Kasut kulit - smart dan klasik

Cik Suami memang meminati rekaan seperti ini. Katanya boleh dipakai untuk acara kasual dan juga ke pejabat juga. Konsep gaya versatil memenuhi semua acara yang disertai.

Sudah selesai memilih kasut, kami mencari pula cermin mata baru. Kebetulan ada harga promosi yang ditawarkan di MILANO di Ground Floor. Kedai cermin mata buat mereka yang sukakan fesyen dan pada yang sama berkaca mata.



Dari cermin mata untuk dipakai kerana kita memang memerlukannya sehinggalah 'shades' *cermin mata hitam untuk bergaya. Dari pelbagai jenama, dijual pada harga terbaik dengan kualiti terhebat.

Sambil mencari kedai-kedai untuk berbuka puasa, kami sempat singgah  di pusat pembelajaran kraf di Jane Yap Atelier di Tingkat 1 Citta Mall. Menariknya untuk kelas seni di sini mereka menerima kanak-kanak seawal 4 tahun sehinggalah yang sudah remaja berusia 18 tahun. Ke semua instruktor yang terpilih mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang seni.



Sebab dah lama tidak merasai makanan Jepun, jadi suami saya telah mengesyorkan untuk berbuka dengan hidangan Jepun. Antara pilihan kedai makanan Jepun di Citta Mall adalah Restoran Iyakimono yang terletak di Ground Floor.

Antara hidangan yang disyorkan disini seperti:-
  • Super Value Set C [teppayanki salmon, sanma, tokayaki, salad, sup, nasi dan air teh hijau - untuk 2 orang makan]
  • Set salmon gril
  • Australia Slice Beef Udon
  • Grill Squid
  • Grill Yakitori
  • Takoyaki Abolone
  • Tokayaki Octopus
  • Tokayaki Chicken Cheese
  • Ice Peach Tea
  • Passion Fruit Drink


Tetapi jika hendak merasi sendiri suasana ala-ala makan di negara Jepun, boleh singga di Tokyo Kitchen di Ground Floor Citta Mall. Pelbagai pilihan makanan enak dari negara Jepun ditawarkan didalam menu.

Namun yang lebih mengujakan saya tentunya suasana persekitaran kedai ini. Selain daripada kemas dan cantik, dekorasi di dalam restoran ini benar-benar diberi sentuhan seperti restoran yang terdapat di negara matahari terbit.

Sememangnya terdapat banyak pilihan kedai makanan untuk berbuka puasa bersama keluarga di Citta Mall. Ada makanan tradisional, Barat, Korea, Jepun dan banyak lagi. Selain daripada itu, di Citta Mall juga terdapat banyak outlet yang menawarkan barangan perhisan rumah, kedai kasut, kedai buku, barangan elektronik dan sebagainya. Ianya seumpaman pusat sehenti yang menawarkan begitu banyak barangan dan servis yang pastinya dapat memberi kepuasan pada setiap pengunjung yang datang ke Citta Mall.

Keterangan lanjut boleh layari : http://www.citta.com.my

xoxo;
Berbuka Puasa Dan Shopping Ala Orang Jepun di Citta Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 04, 2017 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.