Istimewa Dari Elrah Exclusive dan Rania Couture di The Curve

ELRAH EXCLUSIVE satu jenama pakaian yang tidak asing lagi buat peminat-peminat baju melayu, jubah, kurung moden dan kurta bercitarasa tinggi. Dengan adanya kolabrasi bersama artis-artis terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang dan ramai lagi menjadikan jenama ini satu fenomena yang cukup luar biasa.

Untuk mendapat yang terbaik dan tepat dengan pilihan hati, saya telah berkunjung sendiri ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Are The Curve Damansara. Yang menariknya pilihan koleksi Elrah Exclusive di booth ini cukup banyak. Bukan sahaja terdapat pelbagai rekaan pakaian bahkan didatangkan juga dengan semua warna yang ditawarkan dalam setiap rekaan.

Bagi saya sendiri, antara faktor memilih pakaian bukan sahaja terletak pada rekaannya yang begitu 'in' dengan peredaran zaman bahkan fabrik yang digunakan juga memainkan peranan yang sangat besar. Dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, kita memang mencari fabrik yang sesuai dipakai tidak kira berada didalam cuaca apapun. Dan Elrah Exclusive ternayata tidak pernah silap memberikan yang terbaik buat pelanggannya, nah lihat sahaja kepada kualiti fabrik yang dipilih untuk setiap rekaan ternyata tidak pernah menghampakan. Sejuk dan selesa!


Rekaan dari Elrah Exclusive juga sangat praktikal buat pemakai. Untuk mereka yang gemarkan poket di hadapan, bolehlah memilih rekaan yang ini. Begitu juga dengan kemasan butang yang disediakan yang mana saya tertarik dengan butang hitam (hidden) sebagai kemasan dan butang baju lut sinar penutup gaya di kolar.

Close up sikit dengan melihat ketelitian pada jahitan dan juga butang baju yang memang terjahit sedia melengkapkan busana istimewa dari Elrah Exclusive. Begitu kemas bukan?


Bukan pakaian wanita sahaja yang inginkan ciri-ciri "mesra wuduk" dalam setiap rekaan pakaiannya. Bahkan lelaki hari ini juga perlukan rekaan seperti ini dalam pakaian mereka. Ini apabila mereka hendak ambil air wuduk tidak perlulah menyingsing bahagian lengan (yang adakalanya kita akan terasa ketat di bahagian lengan). Dan dengan adanya zip di tangan hanya tarik (zip) ke atas. Ianya cukup praktikal dan mudah, sekaligus memberi lebih ketenangan untuk kita menjalankan ibadat.

Antara contoh rekaan lain dari Elrah Exclusive yang menyebabkan saya sudah jatuh cinta dengan jenama ini ialah rekaan kurta yang mempunyai zip dii bahagian tepi badan. Dengan rekaan yang mengikut postur badan, kehadiran zip di sebelah tepi menjadikan pemakai tidak akan ada masalah untuk menyarung atau membuka kurta yang dipakainya. Ianya memang sangat praktikal dan hasilnya dengan zip di tepi menyebabkan pemakai tampil lebih bergaya.

Oh ya! Ini adalah trademark untuk pakaian keluaran Elrah Exclusive. Pastikan anda membeli pakaian yang original dari jenama ini. Jadi bagaimana nak dapatkan yang ori? Anda perlulah membeli dari pihak Elrah sendiri seperti di Booth Elrah Exclusive dan Rania Couture Concourse Main Area The Curve Damansara.


3 rekaan kurta FattahAminXelrahExclusive mencuri perhatian,
Dah sarung di badan terasa luar biasa kehenseman,
Wefie satu sebagai bukti kejadian!

Begitu selesa ketika menggayakan,
Elrah Exclusive menjadi tarikan,
Harganya memang sangat berpatutan,
Alang memakai 1001 kepuasan.

Apa yang saya perhatikan rekaan dari Elrah Exclusive ini bukanlah jenis bermusim boleh dipakai. Bahkan tidak dinafikan rekaannya yang "up to date" dengan kehendak pasaran semasa menjadikan ianya memenuhi citarasa pengguna hari ini.


Tidak adillah kalau hanya membeli-belah untuk kaum lelaki sahaja. Di booth ini juga saya sempat mencari pakaian khas buat diri sendiri. Lihat sahaja pada rakan saya Iena Wahab yang begitu teruja apabila melihat koleksi dari abaya dari Rania Couture.

Saya dipahamkan untuk setiap rekaan abaya yang dijual hanya didatangkan lebih kurang 2 helai sahaja. Ianya begitu esklusif sekali. Rugi tau kalau tak "grab" satu buat diri sendiri :=)

Ini adalah rekaan abaya yang dijual disini dari jenis bersulam di bahagian depan dan lengan.Variasi jenis rekaan sulaman yang boleh dipilih oleh pelanggan. Sememangnya abaya akan didatangkan dengan warna hitam (ada juga warna lain namun ianya tetap menjadikan hitam antara warna asas) dan yang menjadi kelainannya ialah rekaan, potongan dan juga hiasan pada abaya itu sendiri.

Antara kemasan abaya dari Rania Couture. Sulaman benang emas bersama batu-batu aksesori yang memang terletak kemas dan cantik di bahagian dada dan lengan.

Juraian bunga dengan jahitan benang emas bersama hiasan batu-batu manik. Esklusifnya batu yang digunakan berwarna hitam. Pemakaiabaya ini ternyata akan tampil lebih elegan dan sofistikated.


Close up pada lengannya. Serious! Sangat kemas. Dengan tenunan yang padat menaikkan lagi seri si pemakai abaya untuk rekaan ini.

Saya pula memilih rekaan abaya yang mempunyai renda di bahagian tangan.  Dan jubah yang ditaburi dengan manik-manik mutiara. Gabungan warna hitam dengan aksesori pakaian warna putih menyerlah keperibadian saya yang sukakan gaya hidup sederhana.

 Oh ya! Setiap pembelian abaya akan didatangkan juga dengan shawl yang sememangnya telah dipadankan bersama dari segi fabrik dan rekaan. Jika anda ingin kelainan dari segi pemilihan warna abaya yang kebanyakan hitam. Anda boleh memilih abaya seperti dari koleksi Niza gayakan. Tetap cantik dan menyerlah keayuaan buat si pemakainya.


Biarpun hanya jual di booth, namun kami tetap boleh memilih selesa dan mencuba menggayakannya. Ini adalah antara rekaan yang terdapat di booth Rania Couture. Memang berbaloi untuk mereka yang mencari abaya di sini kerana terdapat begitu banyak pilihan rekaan dan dijual pada harga yang berpatutan.

Saya dan abaya tidak boleh dipisahkan. Pelengkap gaya untuk ke majlis agama mahupun untuk ke kenduri kendara. Adakalanya saya juga ber-abaya ke tempat kerja. Ini kerana ianya cukup selesa dan sesuai untuk digayakan dalam semua acara.

Dan uolls jangan lupa tau singgah di booth Elrah Exclusif dan Rania Couture Concourse Main Area The Curve Damansara. Datang dan jumpa sendiri pemilik booth yang sangat peramah iaitu Cik Putri dan geng-geng Elrah seperti Jai, Shah dan Dira. Begitu juga dengan Encik Halim Cellicious dan Cik Myra Lodin wakil dari Rania Couture. Pembukaan booth di sini sehingga 3 Syawal 2017 ya!

Ada tawaran menarik bagi mereka yang membeli pada hari Jumaat (penghulu segala hari) jam  1 sehingga 3 tengahari, pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli abaya dari Rania Couture.

Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara.

Untuk pembelian 3 pasang, akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.

Oh ya! Bagi pelajar yang ingin menyertai Program "Jom Elrah" bolehla email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi juga Encik K di talian 013-5040728.

Sebelum saya terlupa, untuk tahun ini ada perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Anda boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728. Tetapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.

Untuk lebih info boleh layari IG : @elrahdamansara

Istimewa Dari Elrah Exclusive dan Rania Couture di The Curve Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.