Kedai Konsep " Playtime With Didi and Friends" Kini Dibuka Di The Mines

Siapa minat Didi & Friends? Rasanya ramai peminat karektor ini yang terdiri bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Apa yang menarik kini kita boleh mendapatkan barangan Didi & Friends di kedai konsep pertama mereka iaitu di The Mines.

Dan saya bersama anak-anak telah berkesempatan menyertai majlis pelancaran kedai konsep tersebut baru-baru ini. Turut sama di majlis turut dijemput adalah 30 kanak-kanak daripada ruamh anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

 
Berkesempatan untuk menemubual dengan Ketua Pegawai Ekskutif  dan Pengarah Digital Durian (DD) Animation Studio Sdn Bhd ,Encik Sinan Ismail sememangnya tidak saya lepaskan. Menurut Encik Sinan idea menghasilkan karektor Didi ketika anaknya berusia 1 tahun. Pada ketika itu lambakan video muzikal kanak-kanak di youtube memang sangat banyak. Namun untuk mencari video muzikal yang sesuai dengan kanak-kanak agak kurang.

Menurut Encik Sinan Ismail terdapat 3 perkara utama yang ingin dicapai pengenalan kepada kedai konsep menerusi kerjasama Didi & Friends dengan ZOOMOOV  iaitu:-
  • sesuatu yang boleh menggembirakan kanak-kanak
  • untuk memberi pengalaman Didi & Friend di luar kaca TV
  • menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibubapa

Dan nama Didi itu sendiri adalah inspirasi dari perkataan Digital Durian dan kini telah menghasilkan sebanyak lebih kurang 46 lagu dengan 540 juta views dari Youtube. Apa yang penting penghasilan video Didi & Friends adalah untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak selain daripada membantu 'motor skill' mereka.

Tidak dinafikan anak saya seperti Amani dan Afiq juga membesar dengan menonton muzik video dari Didi & Friends. Pelbagai lagu klasik zaman saya ketika kanak-kanak juga dapat didengari dari kompilasi muzik Didi & Friends. Contohnya seperti Can Mali Can, Bapaku Pulang Dari Kota, Burung kakak Tua dan banyak lagi.

Antara sebilangan anak-anaka yatim yang hadir dan turut memeriahkan acara yang disediakan khusus buat mereka. Memang nampak anak-anak ini begitu seronok sekali.

Di kedai konsep ini juga ada ditawarkan permainan tunggangan Muzikal Didi, Nana dan Jojo yang mana RM10 untuk tunggangan 5 minit dan RM20 untuk 3 kali tunggangan selama 5 minit.

My Amani dan Ameer yang begitu teruja menunggang bersama. Bukan main seronok menunggang sampai berkali-kali mereka pusing di kawasan kedai konsep tersebut dengan menaiki Nana.

Anaqi dengan Yara: Hiks. Macam penakut sikit reaksi Yara bila menaiki Jojo. Mungkin sebab ianya adalah pengalaman pertama buat Yara bermain alatan tunggangan seperti ini.

Di kedai konsep ini juga ada dijual barangan premium Didi & Friends. Antaranya seperti soft toys, buku, beg sekolah, t-shirt dan banyak lagi.

Anak-anak juga boleh boleh melakukan aktiviti seni di sini. Memang seronok apabila melihat anak-anak kita bersungguh-sungguh melakukan aktiviti seni. Aktiviti seperti ini mampu membentuk sifat positif dalam diri anak-anak dan menyerlahkan daya kreativiti dalam diri mereka.

Seperti Ameer dia masih memerlukan sokongan dalam mengikuti segala langkah untuk aktiviti seni ini. 

Namun ianya tidaklah sukar, apa yang penting kita perlu memcuba terlebih dahulu. Dengan cara dan teknik yang betul ianya memang sangat mudah untuk dihasilkan.
 
Tada!!!!!!!!!!1 Hasil kerja seni 3 adik beradik yang telah siap dan boleh dibawa pulang.

Apa yang penting kedai konsep "Playtime With Didi & Friends" menawarkan pelbagai aktiviti edutainment dan dengan kehadiran maskot watak utama Didi menambahkan lagi keseronokan pengunjung yang hadir. Dan saya sendiri tidak sabar dengan siri animasi muzikal Didi & Friends yang bakal bersiaran di kaca televisyen tidak lama lagi!

Kedai Konsep " Playtime With Didi and Friends" Kini Dibuka Di The Mines Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.