KEMPEN ‘GROW AMAZING’ INISIATIF OLEH ANMUM ESSENTIAL DAN JOM SERTAI PERADUAN UNTUK MENANGI HADIAH MENARIK!!!
Mungkin anda dapat melihat anak anda
semakin membesar dan kuat, tapi pernahkan anda terfikir samada otak mereka juga
berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak
agak sukar untuk diperhatikan.
“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan
yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami
tumbesaran otak kanak-kanak,” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia.
“Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur
pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara
yang dapat menyokong perkembangan otak si
manja.”
Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel
otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara
sel-sel tersebut juga amat penting.
Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan
sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk
2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja
dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun, hubungan sel-sel otak ini mungkin telah
berganda sebanyak 6 kali!
“Perhubungan
ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi
antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang
pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran
luaran, semakin banyak perhubungan akan
terbentuk,” jelas Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands
Malaysia. “Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran,
memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai
seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.”
**DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan
penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel
Ada berita baik untuk semua pembaca blog www.ayuarjuna.blogspot.my, uolls nak menang tak Anmum Essential Kit Edisi Terhad seperti gambar di bawah :-)
Kalau berminat boleh jawab 2 soalan seperti yang dinyatakan di bawah dan emelkan ke ayuarjuna@gmail.com bersama butiran diri anda seperti nama, alamat penghantaran, nombor telefon dan produk pilihan Anmum Essential ( samada Step 3 for age 1-3, Step 4 for ages 3+). Tarikh akhir pernyertaan adalah 22 Jun 2017.
- Gangliosida (GA) adalah penting buat kanak-kanak bagi menghubungkan sel-sel otak mereka. (Betul/Salah)
- Lengkapkan slogan: “Saya mahukan anak saya membesar dengan hebat (Grow Amazing) kerana___” (tidak lebih 10 patah perkataan).
Jom sertai, mana tahu ada rezeki dapat susu FREE!!
Hihi
KEMPEN ‘GROW AMAZING’ INISIATIF OLEH ANMUM ESSENTIAL DAN JOM SERTAI PERADUAN UNTUK MENANGI HADIAH MENARIK!!!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 09, 2017
Rating:
Comelnya rupa orang lidi yang anak sis lukis tu. Hehe. Minum susu anmum infacare boleh bantu sel sel otak dengan dha dan khasiat yang banyak kan
ReplyDelete