Kimball Menawarkan Resepi Hidangan Sahur yang Mudah, Berkhasiat dan Lazat untuk Ibu-ibu Yang Sibuk
Ia juga merupakan tempoh paling sibuk buat ibu-ibu
Melayu kerana mereka perlu mengimbangi tugas harian di rumah, pejabat dan
menyediakan hidangan bersahur pada awal pagi untuk ahli keluarga tersayang.
Bagi ibu yang pertama kali menyediakan sahur
untuk anak-anak kecil, timbul kebimbangan sama ada hidangan yang disediakan itu
mampu memberi tenaga secukupnya kepada mereka sepanjang hari dan sesuai untuk anak
yang cerewet dan pilih makanan. Namun, perkara yang paling membimbangkan ialah
adakah makanan itu dapat disediakan dan dinikmati sebelum waktu sahur berakhir.
Kimball, jenama produk kulinari rakyat
Malaysia dengan warisan melebihi 40 tahun memahami cabaran yang dihadapi oleh
ibu-ibu Melayu, termasuk terpaksa bangun awal pagi semasa bulan Ramadan untuk
menyediakan hidangan sahur. Oleh itu, Kimball memberikan penyelesaian untuk
hidangan sahur yang mudah dan lazat supaya ibu-ibu mempunyai lebih masa untuk
menemani keluarga.
Bagi seorang ibu berkerjaya dengan tiga orang
anak, Pn Nur Yusnizah Yushof, Ramadan ialah masa yang istimewa kerana beliau
boleh menjadi contoh dari segi rohani kepada anak-anaknya. Namun begitu, beliau
merasakan bahawa aspek pengurusan masa menjadi cabaran paling besar, terutama
dalam penyediaan makanan untuk bersahur. Beliau biasanya memasak hidangan sahur
di rumah kerana mahu hidangan tersebut sesuai untuk selera keluarga, di samping
menawarkan nutrisi dan tenaga sewajarnya supaya mereka boleh berpuasa dengan
sempurna.
“Anak perempuan saya
berumur 14 dan 12 tahun, mereka sudah berpuasa sejak beberapa tahun lalu.
Penyediaan hidangan sahur pertama untuk anak sulung saya agak sukar kerana saya
mahu memberikannya makanan yang menyelerakan dan juga membolehkannya bertahan sepanjang hari. Masa
itu, saya tidak tidur kerana risau, malah saya membeli makanan tambahan di
kedai kerana takut saya tidak sempat memasak makanan untuk bersahur.
Insha’Allah, semuanya berjalan lancar. Sebab itu saya sentiasa mencari resepi
yang mudah untuk sahur,” jelas Pn Nur Yusnizah.
Memahami cabaran yang
dihadapi oleh para ibu sepanjang Ramadan terutama penyediaan hidangan sahur,
Kimball yang mempunyai rangkaian luas sos, sos pasta dan pasta kering telah
bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani untuk menghasilkan lima resepi sahur yang
mudah dan lazat serta ia boleh dijamu oleh 5 ahli keluarga dengan bajet sekitar
RM15 sahaja.
Sebagai seorang ibu juga,
Chef Rohani memahami keperluan untuk tampil dengan resepi mudah yang boleh
disediakan ketika sahur atau pada malam sebelumnya.
Resepi-resepi ini
dicipta khas menggunakan produk Kimball terdiri daripada makanan yang
berasaskan kepada nasi, pasta dan roti. Roti Berinti Kimball yang menjadi
kegemaran ramai, Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang sangat mudah, Sos Ayam
Cendawan Dengan Angel Hair Kimball yang sedap dan senang, hidangan tradisional
Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball serta Bun Ayam BBQ Kimball yang bersaiz
gigitan dan enak. Semua hidangan ini juga berkhasiat untuk seisi keluarga untuk
menjalani puasa dengan selesa. Sebagai contoh, ia menggunakan pasta Angel Hair
Kimball berbanding mee kerana ia lebih sihat, berkhasiat dan mengenyangkan.
“Saya menghasilkan
resepi-resepi ini agar ia mudah dan boleh disediakan pada malam sebelumnya.
Rasanya juga tetap selazat apabila dipanaskan ketika Sahur,” kata Chef Rohani.
“Saya pasti akan
menggunakan resepi-resepi Kimball ini sepanjang Ramadan. Resepi Chef Rohani
memang bagus kerana resepi yang ala ‘satu periuk’ ini dapat menjimatkan masa memasak
dan mencuci. Keluarga saya sangat menggemari Satu Periuk Nasi Ayam Hainan
Kimball dan Bun Ayam BBQ Kimball. Sos-sos Kimball yang digunakan juga memang
menambah perisa dan memendek masa penyediaan makanan,” katanya.
Menurut Pengurus
Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball
memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, terutama ketika hendak
menyediakan hidangan sahur sepanjang Ramadan. Maka, Kimball telah menghasilkan
resepi-resepi yang mudah, berkhasiat dan lazat untuk memberikan ibu-ibu lebih
banyak masa bersama dengan keluarga, dengan memendekkan masa yang diluangkan di
dapur.
“Sebagai contoh, Nasi
Goreng Tomato Pedas Kimball boleh disediakan dengan pantas. Ia merupakan satu
hidangan yang berkhasiat kerana mengandungi sumber karbohidrat, protein,
vitamin dan mineral. Apa yang lebih bagus lagi, semua hidangan sahur Kimball
yang kami hasilkan boleh dinikmati oleh lima orang sekeluarga dengan kos cuma RM15
atau kurang,” kata Cik Tania.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Kimball serta pilihan resepi yang pantas, mudah dan lazat pada harga berpatutan, sila layari laman web: http://www.kimball.com.my/.
Kunjungi juga laman Facebook https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ untuk mengetahui perkembangan dan maklumat terkini tentang produk Kimball dan bagaimana memaksimum rasa dengan ramuan ringkas yang boleh anda dapati di rumah pada harga yang rendah!
Kimball Menawarkan Resepi Hidangan Sahur yang Mudah, Berkhasiat dan Lazat untuk Ibu-ibu Yang Sibuk
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 06, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...