Terasa Segar Selepas Menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray
Tidak dinafikan semburan wajah kini merupakan sebahagian penting di dalam
rutin penjagaan wajah serta merupakan solusi bagi menyegarkan dan mengurangkan
kelesuan semasa perjalanan. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengunci
kelembapan agar kulit tampil muda dan licin. Semburan wajah bukan sahaja
membantu saya menghadapi cuaca sepanjang tahun, malah semburan menyegarkan ini
sangat sesuai digunakan pada musim panas.
Dengan pengalaman melebihi
100 tahun dalam bidang perubatan dan kajian kulit, Eucerin® telah
menjadi sebuah jenama yang sentiasa melahirkan produk dermatologi berinovasi
dan kini memperkenalkan Eucerin®
Aquaporin Mist Spray dengan manfaat 10 dalam 1 yang mempunyai formulasi unik
dan berkesan untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 30 kali ganda.
Sementara semburan wajah yang
biasa menyejat dengan cepat di udara menjadikan kulit lebih kering dan akhirnya
menjadi sensitif; Eucerin®
Aquaporin Mist Spray sebaliknya menawarkan lebih dari sekadar air. Dengan Hyaluronic
Acid, ia memastikan kulit kekal hidrat lebih lama. Ia mampu mengunci
kapasiti air di atas permukaan kulit wajah agar dapat memberikan kelembapan
yang berpanjangan. Hyaluronic Acid juga mengandungi manfaat anti-penuaan yang
dapat mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.
Eucerin® Aquaporin
Mist Spray juga mengandungi bahan-bahan lain yang mampu
mencerahkan, menambah serta melegakan kegatalan kulit. Dengan Gliserin, sejenis
bahan yang mampu mengurangkan kadar kehilangan air amat berkesan untuk menarik
molekul-molekul air dari persekitaran sekeliling seterusnya membekalkan
penghidratan segera pada kulit. Pengguna juga akan mendapat manfaat melalui
ramuan inovasi Gluco-Glycerol yang merupakan alga biru-hijau yang sangat
berkesan untuk mengatifkan Aquaporin- salur pengedaran kelembapan semulajadi
yang berada di dalam lapisan kulit. Aquaporin ini berfungsi dari dalam untuk
memberikan kelembapan antara sel-sel kulit dan mengimbangkan kadar kelembapan
kulit.
Eucerin® Aquaporin
Mist Spray amat sesuai untuk:
a) Individu yang aktif di lapangan
Berada di luar
sepanjang masa akan mendedahkan kita kepada cahaya matahari, ditambah pula
dengan pencemaran udara memerikan kesan yang amat buruk kepada kulit manusia.
Pendedahan kulit kepada pencemaran udara juga turut berkait rapat dengan
masalah penuaan kulit pra-matang dan masalah kulit lain. Dengan sekali semburan
Eucerin®
Aquaporin Mist Spray ia dapat memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit
serta merta.
b) Rawatan kulit kering
Kulit kering merupakan
masalah lazim yang sering berlaku memandangkan kita sering berada di dalam
suasana berhawa dingin disebabkan iklim panas tropika. Berada di dalam rumah
dengan keselesaan penghawa dingin tidak bermakna kulit akan kurang terdedah
kepada persekitaran yang tercemar. Dengan penyaman udara, kulit akan cenderung
untuk kehilangan kelembapan yang mengakibatkan iritasi dan kulit kusam. Dengan semburan Eucerin® Aquaporin
Mist Spray membolehkan kulit kembali
aktif, lembap, licin dan berseri. Setiap semburan bukan sekadar menyegarkan tetapi
turut membekalkan kelembapan kedalam setiap lapisan kulit.
c) Pengguna alat solek
Apabila menggunakan Eucerin®
Aquaporin Mist Spray kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan mulus
menjadikan solekan lebih mudah digunakan. Dengan saiz partikel yang halus ia
dapat meresap kedalam lapisan kulit menjadikan permukaan kulit lebih halus.
Mengakhiri rutin solekan dengan semburan ini juga akan memastikan solekan pada
wajah lebih tahan lama.
Wajah sebelum dan selepas menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray. Jika sebelum menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray wajah saya agak kusam dan kelam dan selepas menggunakannya wajah saya lebih berseri dan terasa 'segar'.
Eucerin® Aquaporin Mist Spray boleh didapati dalam saiz 50ml pada harga RM21.90 manakala semburan bersaiz 150ml dijual pada harga RM45.90. Eucerin® Aquaporin Mist Spray kini boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia.
Terasa Segar Selepas Menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 15, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...