Keseronokan Belajar Menari Di The Parenthood Wellness Sunway Piramid

Sebagai seorang ibu saya sentiasa mahu yang terbaik buat anak saya. Selain daripada memantau pendidikannya di sekolah, saya juga sentiasa memastikan anak saya sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat memberi manfaat.

Berkesempatan menyertai "The Dance Project" anjuran The Parenthood Wellness Sunway Piramid memang tidak saya lepaskan. Apatah lagi kelas ini juga ibu bapa boleh menyertainya sekali, sekaligus ianya boleh dijadikan masa beraktiviti bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang hebat!  (A bonding time session guys)


KINDERDANCE yang ditubuhkan sejak tahun 1979 dengan rekod prestasinya terbukti selama 38 tahun di Amerika Syarikat dan kini berada pada tahun kelima di Malaysia. Tumpuan asalnya adalah untuk memperkenalkan program tarian bagi kanak-kanak prasekolah dan pusat-pusat jagaan harian. Namun kini KINDERDANCE membuka peluang untuk ibu bapa untuk menyertainya istimewa di The Parenthood!

Untuk pengetahuan semua program ini adalah berdasarkan kepada program perdana (flagship) KINDERDANCE iaitu satu program tarian yang cukup terkenal di Amerika Syarikat
Program utama  KINDERDANCE adalah untuk mengajar si cilik  menari, membantu perkembangan motor mereka, beraktiviti gimnastik serta melaksanakan program kecergasan untuk kanak-kanak!

Kelas menari ini ditawarkan untuk kanak-kanak dari seawal usia 2 tahun sehinggalah kepada 12 tahun. Ianya bukan sahaja mengajar anak untuk sentiasa mengekalkan kesihatan badan melalui senaman bahkan ianya juga disusuli dengan beberapa gerakan mudah tarian. Kelas Kinderdance TIDAK hanya untuk perempuan. Ianya juga boleh disertai oleh kanak-kanak LELAKI tau.


Kinderdance Malaysia Menawarkan 3 Program di Parenthood:
Kindertots (umur 24-36 bulan) direkabentuk untuk membangunkan kemahiran motor kanak-kanak melalui aktiviti yang memerlukan kreativiti, pembangunan fizikal dan melakukan pergerakan tubuh badan semasa belajar mengenali nombor, warna, bentuk dan lagu. 

Kinderdance (umur 3-6 tahun) adalah perkembangan lebih kepada tarian, pembangunan motor dan program kecergasan yang diajar pada 3 tahap:- asas Ballet, Tap, Akrobatik dan pergerakan kreatif dengan menggabungkan konsep pendidikan. 

Yoga Kanak-kanak oleh Kinderdance (umur 4-7 tahun) direka untuk memberi lebih kecergasan dan memberi keselesaan mereka terhadap muzik, pergerakan yang meriangkan dan aktiviti imaginasi yang menggabungkan beberapa gaya unik yoga. 

Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa iaitu berusia 7 tahun ke atas dan terbuka kepada orang dewasa juga, terdapat juga kelas Bolly Shape, iaitu dijalankan selama 60 minit, diikuti dengan kelas kecergasan tarian kardio. Dengan pemilihan irama muzik yang menarik, ceria dan energik sekaligus menaikkan semangat kita untuk melakukan senaman badan yang mampu membakar sehingga 800 kalori dalam satu sesi. Ini terutama pada bahagian badan seperti lengan, dada, pinggang, abs, pinggul, paha dan kaki. Selain itu dengan beraktiviti seperti ini menyebabkan kita berasa 'seronok' dan aktiviti ini juga mampu mengurangkan rasa tekanan atau stress dalam hidup kita.

 Dengan tagline "Fun, Fitness with Dance - Developing Healthy & Confident Kids"  mengajak kanak-kanak untuk lebih yakin diri dengan membina lebih banyak sifat positif melalui  program yang telah direka khas- mendidik dan berseronok.

Saya juga dapat melihat potensi yang ada di dalam diri My Ameer. Beliau lebih berdikari dan boleh mengikut arahan yang diberi. Sekaligus mengajar Ameer untuk lebih menghormati terhadap guru yang mengajar serta yakin tentang kebolehan sendiri.

Kemahiran dan kecergasan sambil belajar melalui pengenalan kepada perkataan, nombor, warna, bentuk dan lagu. Pelatih menunjukkan gambar labah-labah.

Pelatih : What is this kids?
Anak: It's SPIDER!!!
Pelatih : You know how's spider walk?
Anak : Like this... (sambil menunjukkan cara labah-labah berjalan)

Seterusnya pelatih menunjukkan aksi tari dengan diiringi muzik dari lagu Itsy Bitsy Spider. Memang menghiburkan. Apatah lagi melihat gelagat anak-anak ini ternyata begitu seronok melakukan aktiviti ini. Lihat sahaja Amani yang bukan sahaja nampak keterujaannya menyertaa kelas tarian ini malahan beliau dapat mengikuti ajaran pelatih di sini dengan baik sekali.

Di satu sudut di ruang kelas. Apabila diberi masa untuk berehat sememangnya kanak-kanak ini akan memanfaatkan masa mereka dengan bermain dengan rakan-rakan yang hadir. Sekaligus membantu mereka bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya.

Salah satu kelas yang ada di dalam The Parenthood. Kemas, cantik dan teratur. Ianya dilengkapi dengan segala kelengkapan yang sangat membantu pembelanjaran kanak-kanak.

Program Kinderdance ini diadakan setiap hari Sabtu, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.45  pagi untuk kanak-kanak berumur 3 sehingga 6 tahun. Bagi manakala kanak-kanak berumur 24 hingga 36 bulan kelas bermula dari10.55 pagi hingga 11.25 pagi .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Hp : 0162968983 (Cheryl)
Email : info@theparenthood.com.my

Boleh juga dirujuk pada lampiran disertakan di bawah ya :-)



Uolls juga mencuba dulu program ini (dengan menyertai 'trial class' ) dengan cara mendaftar melalui mengisi borang online di link yang disertakan dibawah :




Pilih gaya hidup yang sihat untuk anak-anak anda! Ajar mereka untuk menjadi aktif, suka belajar, pandai bergaul serta berkawan dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang luar biasa!

Anak gembira,
Ibu bahagia!!!
Keseronokan Belajar Menari Di The Parenthood Wellness Sunway Piramid Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 24, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.