Plant Protein Suplemen Terbaik Untuk Saya Tambah Susu Badan

Melihat anak membesar sihat memang impian saya. Apatah lagi anak seusia 3 bulan yang masih memerlukan belaian dan susu yang cukup zat bagi menampung pertumbuhan serta pembesarannya. Doktor juga ada mengesyorkan agar saya memberikan susu badan secara esklusif sehingga 6 bulan. Dan paling terbaik pemberian susu badan sehingga 2 tahun. Ini kerana dengan memberi susu badan secara esklusif bukan sahaja kita dapat berikan susu yang terbaik, bahkan ianya juga dapat merapatkan hubungan saya dan anak.

Bagi memastikan badan saya mampu mengeluarkan susu yang diperlukan anak, saya telah mengambil inisiatif dengan mengambil suplemen sokongan Plant Protein. Apa yang menarik tentang produk ini ialah :-

1. Ianya berasaskan sepenuhnya daripada tumbuhan.
Jadi tidak hairanlah warna serbuk Plant Protein ini ada sedikit kehijauan sedikit.

2. Tiada gula tambahan atau pewarna tiruan.
Ianya memang tiada tambahan gula dan juga apa jua campuran pewarna. Jadi tidak perlu risau jika pengambilan suplemen ini boleh menyebabkan obesiti dan sebagainya. Ini kerana ianya tidak akan berlaku. Selain itu, suplemen ini memang 100 peratus bebas pewarna tiruan, ianya dihasilkan dari sumber sumulajadi.

3. Mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi.

Asid Amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan sebenarnya perlu diambil dari diet pemakanan kita seharian seperti daging,susu, sayuran,buah-buahan dan bijirin.

Terdapat 9 asid amino (yang diperlukan oleh badan) iaitu:



  • Histidine Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah. Meningkatkan tahap penyerapan kalsium, menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit -birit.
  • Isoleucine Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
  • Methionine Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan. Melakukan sintesis hemoglobin dan gluthathione untuk melawan radikal bebas.
  • Lysine Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga. Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim.
  • Leucine Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan fungsi jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas bersenam. Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
  • Phenylalanine Terdiri dari tiga jenis:D Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine. Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal.
  • Threonine Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen. Turut menghasilkan antibodi.
  • Valine Penting untuk metabolisme otot dan membaikpulih tisu rosak.
  • Tryptopan Asid amino terbesar yang berkaitrapat dengan hormon serotonin dan melatonin,bermaksud ia membantu mengawal perasan dan aktiviti tidur.


4. Rendah lemak, bebas kolestrol
Jangan risau untuk pengambilan suplemen Plant Protein tidak akan menyebabkan kita menyebabkan darah tinggi atau penyakit jantung. Bahkan ianya sangat penting bagi memastikan kita mendapat diet yang seimbang dan sempurna.

5. Sebagai prebiotik dan kale
Prebiotik penting untuk membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk ibu ini dan ianya akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu
 Manakala 'Kale ' merupakan raja sayur-sayuran yang kaya dengan sebatian cruciferous khas, sumber antioksidan yang kuat dan memberi fitonutrien semulajadi.

Serbuknya agak halus, tidak ada bau yang pelik dan bewarna kehijauan. Nak sediakan juga agak mudah, hanya 1 scoop dalam 1 cawan sederhana. Saya bancuh dengan air suam. Dan saya telah mengambil 2 kali sehari. Iaitu di awal pagi dan malam sebelum tidur.




Boleh lihat review saya tentang produk ini menerusi video di atas.

Apa yang menarik setelah secara konsisten saya mengambil produk ini. Saya tidak lagi rasa stress kerana susu badan memang sentiasa cukup. Saya juga cukup tidur ini kerana anak saya tidak lagi kerap bangun tidur malam, ini kerana beliau sudah cukup kenyang setelah diberikan susu badan. Pengambilan setiap hari juga menjadikan badan saya cukup bertenaga dan seronoknya saya jarang jatuh sakit (mungkin sebab saya dibekalkan dengan prbiotik secukupnya didalam badan).

Harga yang ditawarkan di pasaran ialah RM79.90. Sememangnya sangat berbaloi dengan hasil output setelah pengambilannya. Badan kita umpama enjin yang sentiasa memerlukan minyak yang terbaik bagi memastikan ianya dapat berjalan serta beroperasi dengan paling terbaik. Apapun apabila kita sihat dan punyai susu badan yang banyak, ianya juga memberi kebaikan buat anak-anak yang tercinta.

Plant Protein boleh diambil oleh ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu badan. Keterangan lanjut boleh layari :-
FACEBOOK:

WEBSITE:

Plant Protein Suplemen Terbaik Untuk Saya Tambah Susu Badan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 07, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.