Ada Apa Dengan Restoran Pak Man Kota Damansara

Bagi mereka yang meminati masakan pantai timur seperti nasi kerabu, nasi dagang dan laksam, bolehlah terjah ke Restoran Nasi Pak Man. Restoran yang dibuka pada akhir tahun 2016 ini terletak di 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.

Cara yang paling mudah untuk ke sana adalah melalui lebuhraya NKVE exit (keluar) tol KOTA DAMANSARA. Restoran ini terletak berhampiran dengan pintu masuk tol ini. Restoran yang terletak di antara barisan bangunan kedai yang juga telah disediakan dengan kawasan parkir kenderaan. Selain itu untuk pelanggan yang hendak menggunakan pengangkutan juga tidak akan ada masalah, ini kerana kawasan Kota Damansara mempunyai kemudahan bas, teksi dan MRT. Jika hendak lebuh mudah, boleh juga menggunakan sistem GrabCar atau Uber!

 Keluasan restoran agak sederhana tetapi cukup untuk memuatkan ramai pelanggan pada satu-satu masa. Saya sangat suka dengan susunan meja kerusi di sini yang menampakkan ruang kedai selesa untuk datang makan serta bersantai.


Antara menu yang telah saya cuba dan sangat rekomenkan pada uolls yang datang ke sini ialah:-


Nasi Pak Man | RM8

Ini merupakan signature dish untuk Restoran Pak Man. Nasi putih panas-paans bersama kuah kerutub, ayam goreng 3 ketul (boleh tahn juga besarnya), sambal (paling kick) dan timun.  Bagi saya antara yang faktor killer yang menjadikan nasi ini begitu mengancam rasanya ialah kuah kerutub yang super sedap dan sambal pedas yang kick rasanya. Apatah lagi dinikmati bersama 3 ketul gorengan ayam yang masih panas. Memang terbaik rasanya sesuai dengan harga yang dikenakan. 

Nasi Kerabu Daging Bakar 

Di Restoran Pak Man untuk set nasi kerabu biasa (kosong) adalah berharga RM4.80, manakala jika kita tambah lauk seperti daging bakar akan ditambah lagi dengan harga RM4.80. Selain itu, terdapat juga lauk tambahan lain antaranya seperti ayam kampung (RM5.50), ayam goreng (RM.5.80) dan ayam percik (RM6).

Kalau orang Kelantan dan Terengganu pertaruhan kesedapan makanan tersebut adalah bergantung kepada sambal dan ulam-ulam yang pelbagai didatangkan bersama nasi. Untuk nasi kerabu dari restoran ini, bagi saya antara yang terbaik.

Nasi Berlauk Ayam | RM5.80

Set ini memang lengkap dengan nasi, lauk protein iaitu ayam, sambal serta sayur iaitu timun. Apa yag menarik hidangan ini dihidangkan dengan meletakkan lauk berkuah ayam tersebut didalam bekas kecil. Well presentation! Oh ya terdapat juga nasi berlauk ikan yang ditawarkan pada harga RM6.

Nasi Dagang Ikan | RM7.50

Antara masakan yang renyah untuk disediakan tetapi memang sedap apabila dimakan. Ini merupakan masakan kegemaran suami saya yang memang berasal dari Kelantan. Bagi saya sendiri ketika mencuba masakan ini, nasi dagang dimasak perfect, lembut dan panjang nasinya. Begitu juga dengan kuah (lauk) yang  cukup rasa didatangkan bersama memang berpadanan dengan rasa nasi yang dimasak. Acar agak manis (bagi saya) tetapi bagi rakan-rakan yang lain ianya cukup rasa dan sempurna.

Laksam | RM6.80

 Hidangan tradisi masyarakat pantai timur ini cukup popular terutama dijadikan sebagai sarapan pagi. Keenakkan kuah ikan bersantan dengan sedikit percikan rasa asam, dimakan bersama ulam dan juga mee laksam (setengah orang memahami ianya adalah lempeng putih yang dimasak tanpa minyak, kemudian gulung dan dipotong sama saiz). Sekali lagi, killer untuk hidangan ini lebih kepada sambal Restoran pak Man yang begitui kick. Tetapi saya tidak dinafikan rasa kuah laksam itu juga hebat rasanya,

Roti Goldees | RM4

Ohmaiiiiii tengok gambar ini balik saya teringat-ingat kesedapan roti ini. Saya sangat suka pada kelembutan roti paun yang dihidangkan dan yang paling win tentulah kayanya yang lemak-lemak rasa madu bersusu. Perghhh, makan satu set roti ini memang sudah kenyang. Apatah lagi jika dinikmati bersama secangkir kopi panas. Perghhh, "nikmat mana yang harus kau dustakan"...gituuuuu

Roti Tik Tak |RM5

Ini adalah Roti Tik Tak cukup popular dikalangan peminat-peminat makanan dari kedai kopitiam, hahahaha. Tetapi dikalangan masyarakat pantai timur kami menggelarkannya roti goyang. Sebab adanya sebiji telur separuh masak yang tergoyang-goyang diatas roti tersebut. Didatangkan juga bersama roti paun yang lembut dan kaya yang super sedap. Tengok hidangan inipun, kita dah tahu ianya cukup menyelerakan :-)


Semua hidangan berjaya dihabiskan secara berjemaah dengan rakan-rakan saya yang kuat makan. Bahkan sebenarnya kami telah repeat order berkali-kali sebab sedap sangat masakan yang ada dijual di Restoran Pak Man. Ini bukan pujian kosong tetapi ikhlas dari hati. 


Geng kuat makan yang ada datang bersama saka-saka mereka. Kahkahkahkah

Apapun, serius uolls. Kalau teringin nak rasa hidangan Kelantan yang sedap dengan harga mampu bayar terjahlah Restoran Pak Man di Kota Damansara. Makan sekali mungkin akan repeat berkali-kali datang balik untuk makan lagi.

hiks
Ada Apa Dengan Restoran Pak Man Kota Damansara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 30, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.