Bagiku “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”...Stunning Enchanteur


Umpama bunga yang mekar tampil lebih berseri dengan keharumannya begitulah diibaratkan apabila dikaitkan tentang wangian dengan wanita. Dengan keharuman menjadikan penampilannya cukup sempurna.  Seperti saya sendiri akan sentiasa memastikan diri berbau wangi dengan haruman yang sesuai bagi menyerlahkan lagi pesona diri saya.

Kajian membuktikan wanita yang memakai haruman akan dilihat lebih tampil menarik. Nah! Tidak hairanlah mengapa wanita sejak dulu lagi telah mengetahui mengenai fakta bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. Ianya seumpama daya tarikan bagaimana tertariknya seekor lebah kepada pati nektar yang wangi baunya.

Dan diantara wangian yang menhadi feveret saya, dulu kini dan selamanya adalah dari jenama Enchanteur!



Untuk pengetahuan semua ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena dengan pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Apa yang menarik wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Jesteru itu tidak hairanlah jika peemakai  wangian Stunning ini akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri. Ini kerana wangian ini mampu menjadikan kita wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personaliti diri.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Jika diteliti botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. 


Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias. Cantik dan menarik, harum wangian terbaik!



ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.  Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C
Bagiku “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”...Stunning Enchanteur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 17, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.