Pengalaman Menyertai Shopping Spree Bersempena Dengan Kempen Tukar dan Jimat!


Terpandang kepada promo mengenai kempen yang melintas di timeline FB menyebabkan saya terus merakamkan gambar secara selfie dengan produk harian kegemaran saya iaitu produk pembersih tangan Watsons. Dan tanpa disangka, penyertaan yang ber ula dengan hanya suka-suka akhirnya saya terpilih sebagai salah seorang pemenang. Dan hadiahnya cukup lumayan iaitu mengambil sebanyak mana barangan Watsons dalam masa 1 minit yang diberikan.Siapa yang tidak teruja apabila dapat kaut barangan secara PERCUMA apatah lagi ianya dari jenama yang digemari :-)


Seramai 10 pemenang kempen Tukar dan Jimat yang dipilih melalui peraduan di Instagram itu, diberi peluang berbelanja sakan selama 60 saat bersama Rakan Selebriti Watsons, Fasha Sandha. Menurut
Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh,  "Aktiviti berbelanja sakan itu adalah cara dari pihaknya berterima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan berterusan".

Bagi Fasha Sandha  sendiri, "Aktiviti ini memberi pengalaman yang menyeronokkan apatah lagi dapat aktiviti belanja sakan oleh pemenang"


Kempen Tukar dan Jimat adalah inisiatif berterusan jenama Watsons Malaysia untuk memastikan ahli VIP dan pelanggan memperoleh produk berkualiti pada harga berpatutan. Lebih-lebih lagi di zaman ekonomi hari ini, masyarakat perlu lebih bijak dalam menguruskan kewangan harian mereka. Oleh yang demikian pemilihan produk berkualiti pada harga yang menguntungkan seperti jenama Watsons sememangnya satu langkah yang terbaik.

Saya dan Amy Aril sempat lagi bergambar bersama Fasha Sandha sebelum aktiviti bermula. Acara bermula lebih pukul pada 7.10 malam. Dengan hanya berbekal satu bakul, pemenang haruslah berlari ke dalam outlet dan memilih barangan Watsons yang mereka gemari. Jika masih mempunyai berbaki masa (sebelum tamat), pemenang boleh berlari ke tempat permulaan dan mengambil bakul kosong yang lain bagi memuatkan lagi barangan Watsons yang mana mereka sempat ambil lagi.

Pelbagai aksi menarik para peserta sempat dirakamkan. Kehebatan tentulah dari peserta lelaki yang sangat tangkas mengambil segala barangan Watsons yang mereka inginkan.

Namun aksi adik ini juga mencuri hati saya. Nampak agak panik tetapi beliau berjaya mengaut begitu banyak barangan Watsons dalam tempoh 1 minit. Melihat kepada gambar sudah tahu betapa pantasnya beliau berlari, hehehe.

Suasana di dalam outlet Watsons MyTown Cheras. Masing-masing bersungguh-sungguh memuatkan produk Watsons yang dipilih ke dalam bakul yang dibawa. Memang gamat dan meriah!

Antara aksi saya yang sempat dirakamkan dari lensa rakan media. Nampak sungguh sopan dan berhati-hati bukan? Hahahaha..sebenarnya saya memang kalut ketika ini untuk menyusun segala barangan yang saya kehendaki dalam bakul Watsons. Alangkah best kalau diberikan troli, hehehehe. Pasti saya dapat kaut dengan lebih banyak lagi ..   :-P

Tempoh dalam 1 minit biarpun sekejap tetapi ianya cukup bermakna buat saya. Apabila ditemuramah bertanyakan tentang pendapat saya untuk acara yang dianjurkan oleh Watsons ini, jawapan saya tentulah ianya memberikan sesuatu pengalaman yang mengujakan. Sebagai salah seorang pengguna barangan Watsons, saya kerap berbelanja di outlet jenama peruncit kesihatan ini. Ianya bukan hanya kerana harga yang ditawarkan cukup berpatutan bahkan segala barangan keperluan seisi keluarga ada di jual, jadi ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga ketika keluar berbelanja.

Hasil kautan barangan Watsons dalam tempoh 1 minit. Tidak terasa kepenatan bahkan lebih kepada keseronokan dan rasa kesyukuran.

Antara pengamal media yang turut hadir memberi sokongan terhadap Kempen Tukar dan Jimat dari Watsons Malaysia. Paling dirindui tentulah Nisa Kay, yang sudah lama tidak bersua dek kerana kesibukan beliau sebagai pengacara dalam pelbagai program TV sejak akhir-akhir ini.

Wanita bahagia yang gembira bersama barangan Watsons yang berjaya dirembatnya dalam 1 minit. Walaupun agak melucukan kerana satu bakul barangan yang dipilih tidak boleh diambil kira. Dek kerana kesilapan mengambil barangan bukan jenama Watson dan juga terambil dengan banyaknya produk tester di rak. Namun hasil rembatan ini sahaja sudah membahagiakan saya kerana saya dapat berkongsi barangan Watsons ini bersama rakan dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, barangan yang dikaut sememangnya barangan keperluan harian saya sekaligus ianya dapat memberi penjimatan terhadap perbelanjaan rumah saya untuk 2-6 bulan tahun ini! Alhamdulillah. Terima kasih Watsons :-)

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen, boleh layari www.watsons.com.my/switchandsave
Pengalaman Menyertai Shopping Spree Bersempena Dengan Kempen Tukar dan Jimat! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 02, 2017 Rating: 5

4 comments:

  1. syok kn dpt shopping spree...meriah brg2 ayu

    ReplyDelete
  2. mt- mmg syokkan hehehehe..tahniah juga MT...rezeki sungguh hehehe

    ReplyDelete
  3. best giler.. rembat jer barang hat mahal.. heheheh

    ReplyDelete
  4. jue- hehehe...barangan mahal semuanya kologen hehehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.