Review Movie The Cars 3 | Saya Menang Premium Movie Ini :-)

Filem animasi sekuel The Cars 3 sememangnya sangat dinantikan saya dan keluarga. Ini kerana anak-anak saya memang mengikuti cerita ini dari sekuel pertamanya lagi. Karektor seperti The Lightening Mc Queen, The Mater, Sally, Doc Hudson dan ramai lagi sememangnya antara watak yang menghidup cerita ini.

Ok, berbalik pada kisah The Cars 3, ianya tentang perjalanan Mc Queen, yang semakin dikenali sebagai kereta yang terpantas di litar. Namun lumrah alam yang kita perlu akur, sehebat manapun kita pada satu masa kita akan juga tenggelam dengan kehadiran mereka yang baru.

Begitulah juga dengan nasib Mc Queen, apabila kehadiran Jackson Storm kereta baru berteknologi tinggi. Cara latihan dan pengujian enjin juga menggunakan kepakaran dan teknologi berinovasi seperti simulator dan sebagainya menyebabkan Mc Queen terasa dirinya akan mula dipinggirkan dalam sukan perlumbaan kereta. Apatah lagi rakan-rakan seangkatannya sudah mula bersara dari dunia perlumbaan. Dan semakin ramai kereta baru dan muda mula menggantikan mereka.

Namun Mc Queen tidak pernah rasa dirinya GAGAL, bahkan beliau cuba bangkit dan mahu setanding dengan mereka yang baru. Apa yang menariknya, dalam cerita The Cars 3 ini dari awal cerita sampai akhir sarat dengan emosi dan motivasi.

Sehinggalah beliau bertemu dengan Cruz yang asalnya merupakan trainer untuk Mc Queen. Tetapi akhirnya Cruz ni pula menjadi anak didik Mc Queen. Itupun segala macam konflik yang berlaku. Tapi saya memang kagum dengan semangat dan cita-cita Cruz dan atas sebab itu juga menyebabkan Mc Queen ini berubah fikiran dan menjadi lebih optimis.

 Tersentuh dengan kisah yang mana Mc Queen bertemu dengan kawan-kawan Doc (bekas jurulatih Mc Queen) yang mana mereka banyak kongsikan pengalaman mereka di litar dan juga kisah2 manis mereka selama bersahabat dengan Doc.

Bertemu dengan Miss Fritter di gelanggang yang tidak disangka menjadikan Mc Queen semakin diminati biarpun ada yang kata Mc Queen membuatkan imejnya lebih teruk. Banyak juga aksi yang comel dan sweet di scene ini.

 Sebenarnya menonton The Cars 3 ini ada juga yang part yang kita rasa sayu dan sedih. Ini terutamanya apabila Mc Queen teringatkan (flash back scene) jurulatih yang kenalkan beliau tentang dunia sebenar perlumbaan kereta iaitu Doc Hudson. Seriousla, boleh menitik air mata tau. Kita boleh refleks scene ni dengan kehidupan kita apabila kita mempunyai seseorang yang menjadi perangsang dalam kejayaan tapi beliau sudah tiada di dunia. Sedihkan....

Kenalkan antara karektor The Cars 3 sekuel terbaru The Cars. Cerita memang best, wajib tonton seisi keluarga. antara punch line yang saya suka dalam The Cars 3 seperti:-

Lightning McQueen: The racing is the reward, not the stuff!

Smokey Yunick: You'll "never" be the racer you once were! You can't turn back the clock, kid... but you can wind it up again.
Lightning McQueen: [about Doc] I would give anything to talk to him right now.

Sally Carrera: Don't fear failure. Be afraid of not having the chance, you have the chance!


Sebab excited nak menang tiket The Cars 3, saya dan Ameer mempertaruhkan gambar ini di instagram untuk peraduan anjuran Nuffnang dan Disney.

Kih Kih Kih


Dan saya dan Ameer berjaya memenangi barangan di atas:-

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Racing Jacket

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Adult Polo Shirt

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Cap

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Kids T-shirt

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Lenticular Notebook

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Window Sun Shade

1x Limited Edition Disney Pixar Cars 3 Sticker Sheet


Dan terima kasih juga Hangat team yang support tiket-tiket-tiket untuk anak-anak saya. So kami sekeluarga dapat tonton bersama.

Rezeki :-)


Review Movie The Cars 3 | Saya Menang Premium Movie Ini :-) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 25, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.