Sebab Saya Lebih "Cool" Dengan CoolBlog
Bagi saya untuk lebih "COOL"..
"Kita perlu ada rasa percaya diri, tahu apa yang diinginkan dan sentiasa mencari solusi untuk mencapai visi dan misi. Untuk memperolehi semua ini, kita perlu ada rasa tenang dalam diri dan sentiasa optimis. Tapi kadang-kadang kita perlu ada saat yang mana kita perlukan ruang untuk diri sendiri dan menikmati sesuatu yang enak untuk kepuasan sekaligus bertindak sebagai terapi emosi"...
Dan menikmati minuman CoolBlog, bagi saya sangat COOL antara sebab-sebabnya 👀💖
Dan memang sangat "Cool" apabila kita mendapat layanan mesra daripada pekerja Cool Blog yang sememangnya mereka telah dilatih menjadi peramah dan sabar melayan pelanggan. Apatah lagi ketika cuaca HOT (panas) dengan keadaan diri yang dahaga, dengan fikiran melayang-layang memikirkan pelbagai perkara tetapi semuanya dapat diredakan apabila berada di depan kiosk CoolBlog dan disambut mesra 😍
Feveret minuman CoolBlog dulu, kini dan selamanya ialah Passion Fruit . Saya boleh menikmati minuman ini 2 bekas dalam satu-satu masa, hokeh. Rasanya yang masam-masam manis buah memang buat saya lebih COOL. Apatah lagi menikmatinya ketika cuaca panas, memang boleh sejukkan hati dan perasaan. Oh ya! Pengenalan logo baru trademark untuk CoolBlog nampak lebih 'fresh' dan lebih 'COOL'.
Muka happy beria bila hajat untuk menikmati minuman kegemaran diperolehi. Terasa sempurna yang hamat hari ini, biarpun kepenatan tak hengat! Hiks. Cool bukan? 😎
Menikmati minuman CoolBlog ketika bersiar-siar di taman memang memberi kepuasan. Sambil memandang saujana pemandangan hijau dan air tasik biru kejernihan menambah ketenangan. Kombinasi 😉 pemandangan hijau + air tasik biru + minuman COOL dari CoolBlog = memberi keDAMAIan.
Dan ianya lebih COOL bila minuman ini dikongsi bersama orang-orang tersayang. Haruslah dikongsi memandangkan orang-orang kesayangan saya semuanya menggemari minuman CoolBlog ini. Lebih berkongsi lebih rasa nikmat ketika menikmatinya. Gituhhh.
Menikmati minuman CoolBlog lebih COOL sambil bergossip. Seriously, memang syok sambil bercerita dan bergossip, kita menyedut air enak dari CoolBlog. Gossip HOT terus jadi COOL, kahkah. Percayalah setiap saat menikmati minuman COOL BLOG memberi terapi pada diri.
Saya juga gemar menikmati minuman CoolBlog ketika sedang mengemas kini (update) entri di blog. Saat yang sangat sempurna apabila saya berada dalam COOL, idea menulis memang datang mencurah-curah. Sekaligus memberi inspirasi kepada saya untuk terus menulis tentang perkara/isu yang ingin dikongsikan di dalam blog. Istimewa bacaan santai buat pembaca-pembaca blog kesayangan saya.
Adakalanya juga saya menikmati minuman CoolBlog ketika menghabiskan masa senggang saya dengan membaca buku atau menonton rancangan kegemaran. Memang rasa COOL melakukan aktiviti kegemaran sambil menikmati minuman kesukaan.
Unik dengan identiti tersendiri.
Yang terbaik pada harga mampu miliki.
Ditawarkan khas dari CoolBlog berinovasi!
Sedikit Infomasi Tentang CoolBlog
Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari perisa tempatan dan global yang terbaik dalam ciptaan ‘ice blended’ dan ‘smoothie’. Operasi kami bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 jenis minuman dan pencuci mulut daripada 300 lebih varian produk. CoolBlog telah megemukakan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk mengembangkan jumlah cawangan di pasaran tempatan dan antarabangsa kepada 500 cawangan. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.
Sebab Saya Lebih "Cool" Dengan CoolBlog
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 05, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...