Snek dan Kudapan Resepi Dari Hong Kong Yang Enak dan Ringkas Di Dairy Tooth
Dairy Tooth, kiosk yang menjual pelbagai makanan ringgan dan minuman istimewa dari budaya masyarakat Hong Kong sememangnya seuatu yang istimewa dan perlu dicuba. Dengan mempertengahkan konsep "take away" sahaja, pelanggan boleh membuat pesanan secara terus dan ianya akan disediakan secara 'fresh'.
Saya difahamkan terdapat 3 cawangan Dairy Tooth di kawasan Lembah Klang iaitu di Sunway Piramid, Jaya One dan Berjaya Times Square. Dan saya telah menerjah Dairy Tooth yang terletak di Tingkat 1 Orange Atrium Sunway Piramid.
DT Original HK Egg Puffs | RM6.90
Ini adalah antara snek yang menjadi pilihan pelanggan, "best selling" item katanya. Saya sendiri telah mencubanya memang sedap giler. Sebab ianya snek yang rasanya sedap dan memang sangat ranggup. Memang dah try sekali, tak akan berhenti mengunyah.
Chocolate Egg Puffs | RM6.90
Dan ada jika anda peminat rasa coklat. boleh mencuba Egg Puffs perasa coklat. Memang tidak mengecewakan. Sedap dan ranggup, cair di mulut! Selain daripada perisa coklat, terdapat juga perisa keju dan seaweed.
Memang saya perhatikan, rata-rata pelanggan yang datang ke sini akan membuat pesanan Egg Puffs ini. Sebab ianya snek ringgan dan ringkas, jadi biasanya pelanggan akan menikmati snek ini sambil bersiar-siar di dalam mall Sunway Piramid.
Rupanya ada teknik tertentu untuk memastikan bahan masakan dimasukkan secara sempurna didalam pembakar khas Egg Puffs ini ya. Nampak mudah, tapi sebenarnya ianya perlukan skil juga, hiks.
Menggunakan suhu dan dan tempoh yang tertentu menjadikan Egg Puffs ini boleh dimasakkan sempurna dan paling penting ianya menghasilkan tekstur yang ranggup.
Selain daripada Egg Puffs yang menjadi feveret, terdapat juga snek lain yang turut menjadi permintaan pelanggan. Antaranya seperti:-
Waffle With Peanut Butter | RM9.90
Butter Sugar French Toast | RM8.90
Kanak-kanak memang akan teruja dengan warna-warni dan rasa french toast ini. Lemak-lemak berkrim gitu!!
Chocolate French Toast | RM8.90
Hidangan ini juga antara yang win dalam hati saya. Sebagai peminat coklat dan roti yang tegar, french toast ini antara yang tersedap saya pernah nikmati.
Polo Bun
Jelly in Coconut Milk | RM10.90
Jika saya datang ke sini lagi, saya pasti akan repeat membeli jelly ini. Apatah lagi kalau menikmatinya di waktu panas terik, ainya benar-benar mampu menyejukkan tekak. Rasanya memang sedap. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
HK Style Ice Lemon Tea | RM6.90
Bukan sebarang ice lemon ya. Resepi terbaik dari Hong Kong dibawa ke Malaysia. ada rasa jelly sikit tetapi perlu diingatkan sebelum menikmatinya kita perlu kacau dari bawah terlebih dahulu bagi memastikan kita mendapat rasa manis yang sekata.
Blackcurrant Tea | RM6.90
DT HK Signature Milk Tea | RM7.90
DT HK Signature Milk Tea not bad juga rasanya. Agak pekat juga rasa teh tetapi dibancuh sempurna dengan susu. Ini juga resepi istimewa yang dibawakan dari Hong Kong.
Psst: Harga istimewa hanya RM2 ditawarkan untuk Milk Tea bermula dari 14 August - 27 August 2017. Jangan lepaskan peluang untuk membeli dan mencuba tau :-)
Psst: Harga istimewa hanya RM2 ditawarkan untuk Milk Tea bermula dari 14 August - 27 August 2017. Jangan lepaskan peluang untuk membeli dan mencuba tau :-)
Keterangan lanjut boleh layari:-
FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/dairytoothmalaysia
INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/dairytooth.malaysia
www.facebook.com/dairytoothmalaysia
INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/dairytooth.malaysia
Selamat menjamu selera!!
Snek dan Kudapan Resepi Dari Hong Kong Yang Enak dan Ringkas Di Dairy Tooth
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 15, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...