The Annabelle Creation | Review Jujur Dari Saya
Muka excited sebab dapat keluar dari rutin harian waktu malam, jaga adik dan jemur kain, kahkahkah. Tapi my Yana memang penggemari cerita hantu dan mistik. Rasanya dia banyak beli novel hantu dan jenis suka berkongsi cerita hantu dengan kengkawan dan adik beradik dia.
Dah macam mak mencarut jer kat situ, kahkahkah. Idok ya...tu bukan middle finger. Nak buat peace tapi terkeluar satu jari jer. Aishhh, mak bukan reti benar nak berwefie2 ni.
Ok, dari makin mengarut entri. Mehlah terus straight to the point ringkasan mengenai filem The Annabelle Creation dan sedikit review yang tak berapa nak ada dari mak ya....
Kisah patung Annabelle bagi saya adalah kisah cerita seram lagenda yang kebanyakan orang tahu tentang kisahnya. Cuma biasanya bila kita tonton dalam kisah/filem hantu sebelum ini, antaranya seperti Conjuring watak Annabelle ni hanyalah tempelan sahaja. Dan kalau ikutkan ada banyak jenis versi Annabelle yang kita dengar. Tapi asasnya tetap sama, patung yang bernama itu Annabelle itu mempunyai roh didalamnya. Dan ianya adalah roh jahat.
Untuk kisah The Annabelle Creation (2017), mengisahkan seorang pembuat patung Samuel yang hidup bersama isterinya yang cantik Eshter dan juga anak perempuan yang comel Annabelle. Seorang anak yang manja dan penyeri keluarga Annabelle meruapakan segalanya buat pasangan suami isteri ini.
Sehingga satu hari, Annabelle mati didalam satu kemalangan yang tragis di depan ibubapanya sendiri. Kematian Annabelle menyebabkan suami isteri ini kemurungan dan mereka telah meminta untuk diberi peluang untuk melihat Annabelle kembali, biarpun ianya hadir dalam bentuk bayangan. Dipendekkan cerita, mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah berurusan dengan roh yang sangat jahat. Dan roh jahat ini membuat satu permintaan dari pasangan ini iaitu membenarkan mereka untuk hidup di dalam patung Annabelle. Dan mereka telah bersetuju. Sehinggalah satu keadaan yang mana mereka baru sedar roh jahat itu terlalu jahat, menakutkan dan sangat merbahaya.
Banyak kejadian yang berlaku, sehinggalah patung Annabelle itu dikurung didalam satu almari didalam bilik dan tidak ada siapapun dibenarkan untuk membukanya.
Roh jahat didalam patung Annabelle bangkit semula dan bertindak lebih agresif dan kejam bermula apabila salah seorang anak yatim iaitu Janice melanggar pantang larang yang telah dipesan berkali-kali dari pemilik kediaman iaitu Mr Samuel. Janice telah membuka bilik yang menjadi telah kurungan roh jahat patung Annabelle. Pelbagai kejadian pelik dan menakutkan telah berlaku. Yang pastinya roh jahat patung Annabelle itu akan menggangu semua orang yang berada di dalam rumah tersebut. Dan roh jahat itu telah merasuk Janice (mengambil rohnya). Janice yang cacat kakinya menjadi sihat dan mula berkelakuan pelik.
Dan bermulalah pemburuan Annabelle dengan semua penghuni rumah agam tersebut. Nak tahu lebih lanjut untuk kisah yang berlaku dan 12 tahun selepas itu, uolls kenalah tonton sendiri, hiks (malas mak nak tulis panjang2 nooo)
Review dari saya:
Sebenarnya saya mengharap cerita ini keseramannya dia boleh beat filem The Conjuring (yang pertama) tetapi ternyata keseraman roh jahat Annabelle ini masih tidak mampu lagi. Ramai yang kata awal cerita agak slow dan bosan. Tapi bagi saya, ianya tetap OK. Mungkin sebab kisah ini pengambaraan mengambil konsep cerita2 dulu. Kereta klasik, wardrobe (pakaian) semua jenis zaman british dulu-dulu. Kisah Annabelle masa dia hidup pendek sahaja. Sebab watak utama adalah Annabelle yang patung.
Muzik skor, efek keseraman untuk filem Annabelle bagi saya so-so. Walaupun tidak dinafikan memang banyak juga part seram dan terkejut. Tapi sebab terlalu banyak, jadi klimaks tu agak senada. Kalau saya bandingkan dengan file The Conjuring yang pertama, saya masih tidak dapat melupai scene permainan 'hide and seek', tepuk2 tangan sambil pejam mata, itu belum aksi hantu yang duduk atas almari lepas tu melompat, hantu tergantung di pokok dan juga wajah valak yang begitu menyeramkan.
Tapi kalau kita tengok cerita Annabelle memang kita akan tertanya watak Samuel dan Eshter. Mereka seperti kelihatan pasangan misteri yang tahu sesuatu dan adakah mereka ini sebenarnya jahat. Rumah agam besar dan menyeramkan, kemunculan Annabelle yang merata-rata didalam rumah itu adakalanya memang menakutkan tetapi sebabnya ianya anak patung yang jahat jadi lama-lama tengok secara tidak langsung kita jadi imun (serasi dan tak heran) dengan wajah jahat dia. Saya rasa kalau watak Janice merasuk diperbanyakkan lagi seram.
Apapun, saya bagi 3/5 bintang selepas menonton cerita ini. Tidaklah membosankan, bagi saya ceritanya menarik juga. Cuma klimaks senada sangat. Muzik skor seram memang penting tapi kekadang suspen over teruk akan hilang sebab kita dah boleh predict jelmaan Annabelle tu akan keluar. Teringat pada filem The Conjuring ada juga scene dia yang takde muzik skor seram tiba hantu2 muncul kat depan secara tiba2. Memang mencarut jer masa menonton cerita tu. Yang adengan saspen macam itu memang sebenarnya boleh luruh jantung. Sebab kita tak suspek hantu tu muncul.
Next, The Doll katanya filem hasil karya warga seni Indonesia. Tengok patung tu takdelah seram. Cam nenek kebayan. Hahahahahaha.
The Annabelle Creation | Review Jujur Dari Saya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 10, 2017
Rating:
nak patung tu la
ReplyDelete