Transformasi Rumah Ala Kadar Ikut Bajet

Setelah hampir 2 tahun, akhirnya bertukar juga beberapa barangan di rumah. So secara tidak langsung gaya tatarias rumah juga berubah. Nak kata lebih cantik sangat tu tak aderla. Tapi lebih kepada sesuatu yang lebih 'fresh' dan baru. Sedap sikitlah mata memandangnya.

Sudut atas rumah yang dulu tempat lepak anak-anak, samada tempat untuk mereka untuk belajar atau bermain komputer. Bagi saya sendiri memang kawasan ini sepenuhnya sudut permainan atas talian sekaligus menjadi tempat kesukaan anak2. Kadang2 saya naik menyampah juga tengok kawasan kurang bermanfaat ini, hahaha.

Tapi kali ini sudut disini telah diberi nafas baru. Menggantikan dengan sofa baru yang lebih luas dan selesa. Begitu juga dengan meja bertambah besar. Kawasan ini menjadi tempat anak2 membuat ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah mereka. Main game kat sini sekali-sekala pula.

 Ini adalah ruang tamu bawah hasil transformasi dari Nippon dan Majalah Wanita. Ringkas , minimalis dan menarik. Tapi keluasan nampak agak kecil ini kerana kawasan ini terlalu sarat dengan kerusi yang agak bersaiz besar,

Disebabkan sofa kuning yang seat 3 itu dah koyak. Jadi Dedet membelikan saya sofa baru. Pilihan warna dan rekaan saya yang pilih. Saya hanya menggantikan kerusi 3 seater yang koyak. Tetapi untuk ruang ini saya masih mengekalkan kerusi hijau, kerusi pepel (baru) dan kerusi jati sebanyak 2 biji (ini memang kerusi lama). Kerusi kuning yang lama 2 seater dan 1 seater saya letakkan di sudut yang lain. Yang mana akhirnya 3 kerusi itu menjadi tempat letak baju yang diangkat dari jemuran, hahaha.

Tapi ruang tamu saya still nampak pelik. Walaupun saya rasakan kombinasi kerusi dan perletakannya agak unik dan menarik. Rupa-rupanya warna langsir di sliding door yang dulunya berwarna coklat keemasan sangat tidak sesuai apabila dipadankan dengan kerusi meriah berwarna pepel. Akhirnya saya menukarkan langsir baru setelah bertahun tidak bertukar langsir.

Sekarang ini semuanya nampak lebih ceria (seperti Yara), mungkin juga sebab saya dah bosan dengan gaya susunan perabot lama. Walaupun sederhana sahaja pengubahsuaiannya tetapi ianya tetap memberi keseronokan kepada saya. Bak kata pepatah hipster biarpun seronok terejal berada di luar rumah, untuk tidur dan beristihrehat memang kita akan selesa untuk kembali ke rumah sendiri. Maklumlah Rumahku kan kekal sentiasa menjadi Syurga Duniaku.

Gitchewww..

Transformasi Rumah Ala Kadar Ikut Bajet Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 09, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.