Transformasi Rumah Ala Kadar Ikut Bajet
Setelah hampir 2 tahun, akhirnya bertukar juga beberapa barangan di rumah. So secara tidak langsung gaya tatarias rumah juga berubah. Nak kata lebih cantik sangat tu tak aderla. Tapi lebih kepada sesuatu yang lebih 'fresh' dan baru. Sedap sikitlah mata memandangnya.
Sudut atas rumah yang dulu tempat lepak anak-anak, samada tempat untuk mereka untuk belajar atau bermain komputer. Bagi saya sendiri memang kawasan ini sepenuhnya sudut permainan atas talian sekaligus menjadi tempat kesukaan anak2. Kadang2 saya naik menyampah juga tengok kawasan kurang bermanfaat ini, hahaha.
Tapi kali ini sudut disini telah diberi nafas baru. Menggantikan dengan sofa baru yang lebih luas dan selesa. Begitu juga dengan meja bertambah besar. Kawasan ini menjadi tempat anak2 membuat ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah mereka. Main game kat sini sekali-sekala pula.
Tapi ruang tamu saya still nampak pelik. Walaupun saya rasakan kombinasi kerusi dan perletakannya agak unik dan menarik. Rupa-rupanya warna langsir di sliding door yang dulunya berwarna coklat keemasan sangat tidak sesuai apabila dipadankan dengan kerusi meriah berwarna pepel. Akhirnya saya menukarkan langsir baru setelah bertahun tidak bertukar langsir.
Sekarang ini semuanya nampak lebih ceria (seperti Yara), mungkin juga sebab saya dah bosan dengan gaya susunan perabot lama. Walaupun sederhana sahaja pengubahsuaiannya tetapi ianya tetap memberi keseronokan kepada saya. Bak kata pepatah hipster biarpun seronok terejal berada di luar rumah, untuk tidur dan beristihrehat memang kita akan selesa untuk kembali ke rumah sendiri. Maklumlah Rumahku kan kekal sentiasa menjadi Syurga Duniaku.
Gitchewww..
Transformasi Rumah Ala Kadar Ikut Bajet
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 09, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...