5 Sebab Kenapa Anda Harus Terjah HPPNK2017 di Maeps Serdang

Berkesempatan untuk menghadiri Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) pastinya tidak akan saya lepaskan. Acara yang diadakan setiap tahun bagi mempertengahkan pelbagai produk perladangan, penternakan, pertanian dan perikanan dari Malaysia. 

Penganjuran karnival HPPNK 2017 kali ini berlangsung selama 4 hari bermula dari 28 September sehingga 1 Oktober 2017 (11 pagi - 6 petang). Terdapat banyak booth dibuka mengikut kategori yang dipertengahkan dan yang paling penting kita dapat lihat sendiri kualiti produk yang ditawarkan semua yang terbaik. Selain daripada itu melalui karnival yang sedang berlangsung ini memberi kita lebih banyak informasi bermanfaat terutama tentang produk berkualiti yang pernah dihasilkan menggunakan teknologi yang begitu mengagumkan.

Harga barangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan ada juga ditawarkan pada harga lelongan. Kiranya boleh dikatakan harga yang ditawarkan sangat munasabah dan mampu beli. Saya juga tertarik dengan pameran produk tempatan di dalam Dewan A yang mana ianya disusun mengikut negeri. Contohnya seperti negeri Sabah banyak menawarkan produk berasaskan hidupan laut. Terdapat juga jualan kuih cincin dari pameran produk Negeri Sarawak dan sebagainya. Kiranya kita boleh dapatkan produk tempatan negeri tersebut di HPPNK2017!


Berbanding dengan penganjuran karnival sebelum ini yang begitu luas kawasan karnivalnya, untuk HPPNK 2017 pengunjung tidak perlu risau kerana booth jualan dan perkongsian informasi akan diadakan di Hall A, B, C dan  D . Dan juga terdapat booth di kawasan persekitaran tempat letak kereta yang sememangnya telah dirizabkan khas untuk sebarang penjualan dan aktiviti yang berkaitan dengan perladangan,perikanan , penternakan, pertanian dan perladangan.

Terdapat juga pelbagai aktivit yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur. Contohnya seperti meneka berat lembu sado, pertandingan memasak, pertandingan swafoto, meneka bilangan butir nangka, pertandingan mewarna dan banyak lagi. Haruslah ke semua aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan telah disediakan hadiah istimewa sebagai ganjaran!

Selain daripada itu kemunculan duta HPPNK2017 iaitu selebriti  tanahair seperti Aiman Tino, Eka AF9 dan ramai lagi ke acara karnival  mampu memeriahkan lagi suasana dan mampu menarik lebih pengunjung ke sini

Bagi saya secara peribadi terdapat 5 SEBAB kenapa HPPNK2017 mempunyai tarikannya yang tersendiri :-)

Hasil mentah dari Malaysia

Kita perlu bangga kerana Malaysia kaya dengan hasil mentah terbaik yang mampu memberi pendapatan kepada negara. Di karnival HPPNK2017,kita boleh dapatkan segala macam barangan mentah terutama pertanian yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.


Lihat sahaja pada kualiti hasil tani yang ditanam. Memang mengagumkan. Dengan keadaan suhu panas lembap sepanjang tahun, ternyata Malaysia mampu menjadi salah satu negara yang kaya dengan barangan mentah terbaik.



Begitu juga dengan buah-buahan tempatan pelbagaijenis boleh kita dapatkan di sini. Terdapat juga booth-booth yang menjual air jus buah-buahan yang diperah dari buah yang segar.


Untuk perikanan pula, LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) telah bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) melalui tema untuk ruang pameran "My Seafood and Fisheries Product" yang telah mempertengahkan serta mempromosikan hasil perikanan negara.

Antara produk yang HOT dijual di sini ialah ikan bilis mata biru. Saya sendiri telah melihat kualiti ikan bilis mata biru yang ditawarkan. Kurang masin dan boleh dimakan terus kerana ianya ranggup juga. Banyak juga saya memborong ikan bilis kali ini memandangkan harga yang ditawarkan berbaloi. 


Kita juga boleh dapatkan anak-anak pokok untuk ditanam di halaman rumah di sini. Sememangnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, aktiviti menanam mampu mengurangkan jumlah perbelanjaan sayur setiap hari.

Tak minat sayur tetapi minat bunga? Jangan khuatir di LPPNK2017 ada menawarkan pelbagai jenis bunga yang cantik terutama bunga-bunga orkid.

Produk inovasi tempatan yang perlu kita sama-sama sokong

Terdapat pelbagai produk inovasi keluaran tempatan hasil R&D yang telah dijalankan. Baik dari hasil pertanian, perladangan mahupun perikanan. Membawa nama keluaran bumiputera Malaysia, ternyata produk-produk tempatan ini sebenarnya sudah mempunyai kelasnya yang tersendiri yang kita boleh banggakan.

Contohnya seperti sos ikan dan budu oleh Syarikat Ketereh, sate ikan, sos nenas, jeli madu kelulut dan banyak lagi. Seriously, kalau disenaraikan memang panjang produk tempatan yang boleh kita jumpa di sini. Namun antara produk-produk yang menarik perhatian saya seperti ;-
Air kordial Roselle yang kaya dengan vitamin dan khasiat yang diperlukan oleh badan.
Di sini juga saya telah menemui begitu banyak keluaran jenama AgroMas. Biasanya saya memperolehi produk ini pasaraya besar seperti Mydin. Namun terkini kita boleh mendapatkan produk ini melalui  pembelian laman web www.agrobazaar.com.my .

 Ini memudahkan produk tempatan kita dipasarkan dan sekaligus tidak hanya bergantung kepada penjualan di rak-rak di pasaran tempatan semata.

Terdapat juga jualan kek, biskut serta manisan "home-made" yang kita boleh dapatkan di sini. Ketika berada di sekitar booth di sini saya sempat juga belajar membuat puding diraja, manisan yang agak 'rare' namun masih lagi mendapat permintaan masyarakat tempatan kerana kesedapannya.

Sepertimana yang kita ketahui nanas adalah antara buahan tempatan yang mempunyai serat yang tinggi dan kaya vitamin yang sangat menyokong imunisasi badan kita. Dan saya sangat rekomenkan anda untuk mencuba sendiri nenas dari booth Bob Nanas. Rasanya memang manis dan sedap.

Selain daripada buah, terdapat juga jus buah nanas dan juga kek nanas yang gebu gebas. Saya akan kongsikan tentang kesedapan kek nanas ini bersama jus buahan di entri yang lain (cikedaut ya gaiss). Dan saya dapat merasakan produk tempatan dari Bob Nanas ini sebenarnya boleh pergi lebih jauh lagi. 

Seperti sambal daging kering, sambal ikan juga cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Selain daripada boleh dijadikan sebagai inti kuih simpul, karipap mini dan sebagainya. Ianya juga enak dimakan bersama nasi panas.

Dan ada juga dikalangan kita suka menikmatinya bersama roti bun :-)

Dan ini adalah feveret saya iaitu ikan perkasam yang mana resepi ini adalah datangnya dari negeri Kedah.

Pemasaran Industri Peringkat Malaysia dan Antarabangsa

Di karnival HPPNK2017 juga kita boleh melihat trend makanan yang sering mendapat perhatian masyarakat setempat. Ada juga makanan-makanan ala hipster yang mana produk tempatan yang diinovasikan. Antaranya seperti Kuro Prawns, Churros Lekor, Lemang Sushi, Sate Ikan, Sate Tuna, Popia Sata dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan semua, Kuro Prawns ini telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Yang mana keunikkan dan kesedapan hidangan telah menambat hati juri sekaligus hidangan ini berjaya dinobatkan sebagai juara. Saya sendiri memang sudah merasainya - tekstur isi udang yang sungguh lembut bersama keranggupan di luar.

Sate tuna juga yang wajib dicuba apabila ke Karnival HPPNK2017. Sesuatu yang jarang dijumpa tetapi harus dicuba kelainan dan keunikkan hidangan ini.






Terdapat pelbagai jenis produk tempatan yang telah dikomersialkan atas permintaan masyarakat tempatan mahupun  antarabangsa.Apa yang menarik kita boleh lihat cara pembungkusannya yang sangat praktikal.

Selain makanan, terdapat juga produk penjagaan diri yang dihasilkan daripada bahan mentah tempatan.

Nilai komersial, teknologi tinggi dipertaruhkan

Untuk menghasilkan produk yang terbaik, sememangnya penggunaan teknologi berinovasi tinggi memang sangat membantu.
Contohnya pernghasilan sup sarang burung walit. Masyarakat cina amnya memang ramai yang gemarkan sup ini kerana ianya memberi energi dan meningkatkan daya tahan diri tubuh badan.

Namun kini kita juga boleh mendapatkan khasiat sarang burung melalui pengambilan yang didatangkan dalam bentuk sachet dan sebagainya.

Variais serunding kini berada di pasaran, antaranya seperti serunding tuna dan serunding ketam.

Rumpai laut ini dikatakan boleh mengekalkan wajah dan tubuh seseorang untuk kelihatan awet muda. Sekarang sudah ada didalam bentuk serbuk dan pil jadi memudahkan kita untuk mengambil pemakanan rumpai laut setiap hari.

Di HPPNK2017 juga kita berpeluang mendapatkan pelbagai jenis akar kayu. Tanaman 'rare' ini biasanya orang lama sahaja yang arif tentang cara menikmati dan penggunaannya.

 Antara hasil inovatif dari Mardi ialah mesin membakar lemang.

HAsilnya lemang dapat dibakar dalam bentuk yang cantik dan masak sepenuhnya.

Saya berkesempatan mempelajari bagaimana dedak makanan ayam dihasilkan. Melalui pembakaran jagung mengikut suhu tertentu yang mengambil kira proses peneringan dan sebagainya sehinggalah ianya dijadikan dedak halus bagi memudahkan ayam untuk memagutnya di atas tanah.



Jenama Cekoley, produk makanan segera tempatan daripada ternakan seperti lembu. Antara produk yang dikeluarkan seperti hot-dog, bebola daging dan sebagainya.


Ingin bercucuk tanam? Kita boleh dapatkan biji benih tanaman di sini.

Yang mana jika kita mengikut cara dan teknik penanaman yang betul, kita akan mendapat hasil sayuran yang segar. 

Dengan teknologi terbaik juga kita boleh menghasilkan herba dan ubatan menggunakan bahan mentah tempatan. Dan pastinya ianya telah melalui pelbagai peringkat dalam R&D bagi memastikan produk yang dihasilkan itu mujarab.

 Kualiti seiring dengan harga yang ditawarkan

 Sepanjang saya berada di karnival HPPNK2017, saya perhatikan ke semua produk yang ada di sini memang berkualiti seiring dengan harga yang ditawarkan. Jadi tidak hairanlah karnival yang dianjurkan setiap tahun ini sememangnya sangat dinantikan masyarakat setempat amnya. Saya difahamkan karnival seperti HPPNK ini juga ada dianjurkan di negeri-negeri tertentu.Cuma ianya adalah didalam kapasiti yang kecil.


Antara tarikan utama di HPPNK2017 ialah di kawasan ini. Yang mana di sini ada buah-buahan tempatan yang sentiasa menjadi feveret rakyat Malaysia. Antaranya seperti raja buah iaitu buah durian, mangga, kelapa dan banyak lagi.

 Pelbagai jenis manisan ada ditawarkan di sini. antaranya seperti air mango dan air buah naga float. Sedap giler uollls.

Kendurian time! Menikmati buah durian D24 yang cukup sempurna dari segi rasa dan ketebalan isi. Pada mereka yang begitu gemarkan raja buah ini jangan lupa untuk singgah HPPNK2017 tau.

Hidangan minuman petang kegemaran masyarakat Malaysia. Antaranya seperti goreng pisang, goreng cempedak, pisang goreng berkeju dan kerepek.

 Close-up gambar pisang goreng :-)


Jika berada di sini dan perut anda minta diisi, singgah sahaja di Food Empayar Hall D bahagian bawah. Terdapat banyak food truck dengan pelbagai pilihan makanan dijual di sini. Ada gulai ikan pating, nasi ayam goreng kunyit mat rock, kebab dan pelbagai lagi.
 Jus pegaga! Pertama kali saya mencubanya. Rasanya sedap juga- masam-masam dan manis.

Churros!!!!! Ini kalau menikmatinya dalam keadaan panas-panas, saya mampu menghabiskan sepinggan seorang diri.

 Makanan yang sedap tapi susah nak jumpa. Ini adalah udang sanggul. Ranggup di luar tapi isinya sangat lembut.

Nak cuba kelainan untuk pilihan bercuti, bolehlah mencuba Napas Cuba @ Mardi . Lihat sahaja pada pembinaan struktur bangunan penginapan dan menu yang disediakan di kedai makan di sini memang benar menarik minat saya. Ianya agak unik dan "trendy"sesuai dengan perkembangan inovasi dunia hari ini.
Kafe Napas Cube di mana  saya dan rakan media lain menikmati sarapan pagi. Terdapat beberapa pilihan menu sarapan pagi yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat setempat. Antaranya seperti nasi lemak ayam berempah, lontong dan pulut bersama rendang.

Lontong..
Pulut kuning bersama rendang ayam yang marvelous!!
Kalau uolls datang sini, harus juga mencuba nasi lemak ayam berempah, sebab memang sedap!

 Di HPPNK2017 juga ada petting zoo tau! Jadi bolehlah bawa anak-anak kita untuk mendekati lagi haiwan yang comel dan jinak ini. Saya sendiri teruja apabila berada di sini, apatah lagi kalau kanak-kanak.

Antara yang menarik:-








Memang jinak benar binatang di sini. Geram rasanya. Jadi ini adalah salah satu tarikan jika kita datang bersama ahli keluarga yang lain terutamanya kanak-kanak.

Oh ya! Suka saya nak kongsikan bagi adik-adik lepasan SPM atau para remaja di luar sana yang ingin menceburi bidang pertanian. Anda bolehlah mencuba menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian ataupun menyertai Agropreneur Muda 2017. Untuk lebih informasi bolehlah datang ke Hall A di HPPNK2017 Maeps Serdang.



Nak dapatkan maklumat lanjut dan promosi lagi boleh layari media social HPPNK 2017 :-


Facebook : 


Instagram : 


Twitter : 



Produk Malaysia.
Kebanggan kita,
Kenali bersama,
di HPPNK2017 semuanya ada!

#HPPNK2017
#MFF2017
#MOA
#OurFoodOurFuture

5 Sebab Kenapa Anda Harus Terjah HPPNK2017 di Maeps Serdang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 30, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.