Acronis dan Scuderia Toro Rosso : Gabungan Cemerlang dalam Sukan Permotoran F1

Acronis jenama bertaraf dunia cukup gah sebagai peneraju dalam perlindungan data awan hibrid untuk mana-mana saiz industri mahupun penggunaan individu, memenuhi keperluan infrastruktur IT moden, menawarkan perlindungan lengkap untuk semua data melalui 'back-up', penyimpaan dan penyegerakan fail serta berkongsi penyelesaian (share solutions).

Bersempena dengan acara 'Acronis Racing Week' di Kuala Lumpur, Malaysia, Acronis dan Scuderia Toro Rosso berkongsi tentang Acronis Access Advanced 8.0 terkini, terutama dari segi kebolehan sync data dan penyelesaian dalam membantu syarikat memastikan keselamatan dan 'fleksibel' apabila berkongsi data dengan peranti yang berkedudukan jauh.

Pasukan Scuderia Toro Rosso Formula 1 menggunakan Advanced Access Acronis untuk 'confidential telemetry data' dan dokumen R & D di antarapengilang, jurutera luaran dan subkontraktor.

“With Acronis Access Advanced, we’re in full control of our data. We can track the information path and even remote-wipe a laptop, tablet or mobile device if it is lost or stolen to prevent a competitor from accessing the data. Our plan is to share sensitive data that way,” 
Raffaele Boschetti, Ketua IT Scuderia Toro Rosso.

Produk Acronis sememangnya menjadi pilihan untuk pelumbaan pemotoran dan pihak yang terlibat dalam industri automotif, yang mana ianya mempunayi keselamatan dan kebolehpercayaan perlindungan data yang tinggi. Ini merupakan faktor yang sangat penting. Dan  untuk pengetahuan semua 30 peratus pelanggan perniagaan baru Acronis adalah berasal dari bidang automotif.

R &D global berpusat di Singapura, Acronis mengeluarkan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan fungsi produk perlindungan datanya. Ini termasuk Acronis hybrid cloud architecture  yang memberi pengguna  lebih fleksibiliti pengurusan data yang lengkap, perlindungan ransomware berasaskan AI yang mampu menyekat "sifar" hari serangan siber, dan pensijilan data berdasarkan blokchain untuk bukti kesahan data yang tidak berubah.
Untuk pengetahuan semua teknologi-teknologi ini telah memainkan peranan penting bagi kejayaan syarikat. Pada tahun lepas sahaja, Acronis True Image business meningkat sebanyak 20%, Acronis Backup sebanyak 25% dan Acronis Access business lebih dari 200% pada September 2017. Acronis

Backup Cloud, Backup-as-a-Service begitu inovatif untuk perkhidmatan pembekal dan juga terus berkembang pada kadar lebih daripada 100% setahun, disertai dengan pertumbuhan 350% dalam bilangan peranti yang dilindungi dan pertumbuhan 400% data yang disimpan di Cloud Acronis.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi inovatif Acronis, sila layari :- 


Untuk menjadi rakan kongsi Acronis, layari :


###########


Dalam majlis memperkenalkan teknologi Acronis, saya berpeluang menemui barisan pasukan Scuderia Toro Rosso. Apa yang menarik majlis santai ini memberi peluang untuk saya berkenalan lebih dekat lagi dengan pelumba bertaraf dunia seperti Carlos Sainz dan Pierre Gasly.
Serius saya memang excited dapat bertemu dan bergambar dengan Franz Tost, Scuderia Toro Rosso's Team Principal. Sangat peramah dan murah senyuman.

Pierre Gasly, pelumba baru yang sedang meningkat baik. Dan ini adalah pengalaman pertama beliau berlumba di Sepang :-)

 Kehadiran Carlos Sainz  juga mencuri perhatian ramai rakan media yang hadir. Biasanya kami dapat bertemu di skrin dan kini di depan mata. Siapa sahaja yang tidak teruja bukan??

 Selain daripada berkongsi tentang pengalaman pemanduan dan sebagainya. Kedua pelumba ini turut diberii cabaran untuk melukis litar Sepang berdasarkan pengalaman dan pemantauan mereka ketika melihat sendiri litar ini sewaktu sesi latihan diadakan.

Memang agak lucu melihat aksi-aksi pelumba hebat ini melukis. Namun tidak dinafikan memang mereka juga berbakat sebenarnya kerana berjaya menyiapkan lukisan seperti digambarkan mengikut masa yang diberikan.

Boleh lihat pada video yang dipaparkan :-)

Haze Leong bersama dengan hasil karya lukisan yang dihasilkan. Sangat pantas da cantik.

Haruslah ku rakamkan gambar dengan lukisan yang cantik ini. Berapa harganya kalau dijual ya, hehehe.

malam yang tidak mungkin dilupakan oleh Mr Hubby sebab berjaya memenangi salah satu hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan. Sebagai peminat perlumbaan F1, menerima koleksi ini memang membuatkan beliau sangat gembira dan teruja. Terima kasih kepada pihak penganjur!

Setia menyokong pasukan Scuderia Toro Rosso dan juga Acronis jenama IT terulung yang dipercayai mampu memberikan yang terbaik!
Acronis dan Scuderia Toro Rosso : Gabungan Cemerlang dalam Sukan Permotoran F1 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 28, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.