Pertandingan Membuat Pizza Paling Pantas!
Domino's telah mengajurkan pertandingan membuat pizza paling pantas yang hanya terbuka untuk staf-staf Domino's Malaysia. Pertandingan ini antara lain bertujuan untuk mencari 2 peserta ke acara Pertandingan Pembuat Pizza Paling Pantas di Asia Pasifik.
Untuk pengetahuan semua acara ini dianjurkan setiap tahun bagi mengikhtiraf kepakaran dan kemahiran pengurusan masa para pembuat pizza Domino's.
"Pertandingan ini adalah unik dan ianya adalah sebagai wardah yang hebat untuk menyerlahkan bakat pembuat pizza kami yang lazimnya bekerja di belakang tabir. Membuat pizza di Domino's sebenarnya memerlukan teknik dan latihan rapi bagi menghasilkan pizza yang sempurna dan perlu menepati 10 ciri yang bermula dari doh yang diuli dengan tangan. Ini sememangnya bukanlah satu proses yang mudah dan kami sangat berbangga kerana mempunyai pembuat pizza yang pakar di Malaysia"
" Pembuat pembuat pizza menguasai dua kelebihan penting : kepantasan dan kualiti. Kami tidak boleh memadang terhadap dua perkarea ini. Masa adalah faktor sangat penting kerana Domino's Pizza sememangnya terkenal sebagai pakar penghantara pizza. Jadi kami perlu menghantar dalam masa 30 minit selepas tempahan dibuat"
Seramai 16 peserta yang mengambil bahagian. dan masing-masing sebenarnya sudah mempunyai rekod membuat pizza antara yang terpantas. Dan untuk kali ini sebanyak 3 jenis pizza bersaiz besar perlu disediakan iaitu pizza Beef Pepperoni, Mushroom dan Plain Cheese. Peserta bukan sahaja perlu menyediakan pizza dengan pantas tetapi juga memerlukan 10 ciri untuk menghasilkan pizza sempurna.
Perghhh memang saya kagum dengan kepantasan peserta ini menguli doh. Sebenarnya tidak mudah ya! Perlu teknik dan skil tertentu untuk menghasilkan lapisan pizza yang baik dan cantik.
Pasukan sorakan yang memeriahkan acara, semuanya staf-staf dari Domino's Malaysia. Mereka telah datang untuk sama-sama memberi sokongan kepada rakan mereka yang bertanding.
Tahniah diucapkan. Dan moga peserta yang mewakili negara ke acara pertandingan di Asia Pasifik membawa kejayaan kepada Malaysia!
Pertandingan Membuat Pizza Paling Pantas!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 16, 2017
Rating:
aku suker pizza, apsal x hajak aku hehehhe
ReplyDeletealaaa aku pun org hajakkkk...hikhik
ReplyDelete