Syampu Teh Hijau Follow Me
Gaiss nak inform ni, Follow Me baru sahaja memperkenalkan Syampu Teh Hijau yang diperbaharui dengan wajah baharu. Dirumus khas dengan teh hijau dan ekstrak tumbuhan semula jadi, formulasi ini membantu menguatkan rambut dari akarnya dan meninggalkan rambut terasa lebih sihat dan mudah diurus!
Kulit kepala yang bersih, bebas daripada kotoran, serpihan dan sebum memberi persekitaran lebih baik dalam menggalakkan pertumbuhan rambut; akan tetapi, dandanan rambut yang kerap dan penjagaan kebersihan diri yang kurang baik termasuk tidak mencuci rambut secara tetap boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang seterusnya membawa kepada masalah kelemumur dan keguguran rambut. Tambahan pula, faktor persekitaran luaran termasuk keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia bukan sahaja memburukkan, malahan berpotensi mencetuskan siri masalah rambut seperti kulit kepala yang berminyak dan gatal, folikel tersumbat dan penipisan rambut.
"Oleh itu, amalan penjagaan kesihatan rambut yang betul dengan serta-merta amatlah penting dan menyedari bahawa langkah utama untuk penjagaan rambut bermula dari akar dengan mengekalkan kulit kepala yang bersih dan sihat, Follow Me ingin memberi penyelesaian penjagaan rambut kepada setiap individu dengan Syampu Teh Hijau yang turut dirumus khas dengan ekstrak tumbuhan semula jadi untuk keadaan rambut dan kulit kepala yang berbeza, "kata Jessky Hah, Pengurus Produk Follow Me.
Didapati dalam 5 varian, Syampu Follow Me Teh Hijau termasuk 6-dalam-1, Anti-Kelumumur, Anti-Rambut Gugur, Lembut & Licin dan juga Penjagaan Kulit Kepala. Di samping itu, terdapat juga dua varian perapi, iaitu Anti-Rambut Gugur dan Lembut dan Licin, kesemuanya mengandungi manfaat berikut untuk membantu menjaga serta menyihatkan rambut dan kulit kepala:
Follow Me Syampu Teh Hijau 6-dalam-1
Direka khas dengan ekstrak Teh Hijau, Syampu 6-dalam-1 ini enawarkan 6 jenis penyelesaian kepada kulit kepala yang berbeza dalam hanya 1 syampu. Ia membantu menghilangkan bau kulit kepala, melegakan kegatalan kulit kepala, mengurangkan kelemumur, mencegah keguguran rambut, dan pada masa yang sama melicinkan rambut. Selain itu, ia memberi sensasi sejuk dan wangian segar kepada kulit kepala apabila digunakan. Sesuai untuk individu yang mempunyai kombinasi kulit kepala gatal, kelemumur, kulit kepala berminyak dan masalah keguguran rambut.
Follow Me Syampu Teh Hijau Anti-Kelumumur
Follow Me Syampu Teh Hijau Anti-Kelumumur yang dirumuskan dengan Teh Hijau dan ekstrak Rumpai Laut adalah sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal. Ekstrak Teh Hijau mengandungi sifat antioksida yang boleh melindungi rambut dari radikal bebas, manakala ekstrak Rumput Laut dengan Komplek Pro-Tec pula membantu menghilangkan kepingan kelemumur yang longgar, menghilangkan sel-sel mati yang berlebihan pada kulit kepala dan mengurangkan kegatalan kulit kepala untuk rambut yang lebih sihat dan bebas kelemumur.
Follow Me Syampu Teh Hijau Penjagaan Kulit Kepala
Ini adalah syampu penjagaan kulit kepala yang mempunyai gabungan ekstrak Teh Hijau dan Minyak Beran Beras. Ia membantu melindungi rambut dari kerosakan matahari, menormalkan kulit kepala berminyak, menyinarkan rambut dan menguatkan akar rambut untuk rambut yang sihat dan lebih mudah diurus. Ia sesuai untuk individu yang mempunyai kulit kepala berminyak dan mereka yang sering terdedah kepada pancaran matahari.
Follow Me Syampu Teh Hijau Lembut & Licin + Follow Me Perapi Teh Hijau Lembut & Licin
Follow Me Syampu Anti-Rambut Gugur + Follow Me Perapi Anti-Rambut Gugur
Dirumuskan dengan teh hijau dan ekstrak biji anggur, Follow Me Syampu Anti-Rambut Gugur sesuai untuk individu yang mengalami masalah rambut gugur. Ekstrak Biji Anggur yang terkandung dalam syampu membantu mengurangkan keguguran rambut, menguatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, gunakan dengan Perapi Anti-Rambut Gugur kerana ia menguatkan lagi setiap helai rambut, mengelakkan rambut bercabang dan penipisan rambut serta memastikan rambut anda sentiasa licin dan berkilat.
Review
Saya sangat sukakan baunya, gabungan bauan bunga sakura dan juga teh hijau. Begitu lembut menenangkan. Ianya mudah dibilas dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencuci biarpun rambut kita panjang.
Setelah mencuci rambut, kita perlu memelihara kesihatan rambut dengan menggunakan "conditioner". Saya dapati rambut saya semakin lembut tiada masalah kusut. Dan paling penting saya sangat sukakan bauan sakura dan teh hijau. Kombinasi fauna yang begitu tepat sebagai terapi diri.
Jom cuba produk terbaru Follow Me :-)
Syampu Teh Hijau Follow Me
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 22, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...