Althea Beauty Box Review - The Lazy Sunday Box
Cerita hujung lepas, saya 'unboxing' barangan "The Lazy Sunday Box" yang saya dapatkan dari https://my.althea.kr/ . Semuanya memang benar-benar terapi buat saya di hujung minggu. Hari-hari biasa hidup saya memang benar-benar sibuk, jadi apabila saya dapat memanjakan kulit wajah terutamanya dari produk istimewa dari Korea tentunya ianya memberi kepuasan dalam jiwa. Chewaaahhh. Jom tengok produk kecantikan dan penjagaan apa yang saya boleh rekomen untuk uolls guna..
Concealer Pro Pot dari Etude House ini kecil sahaja saiznya. Sangat kompak dan mudah untuk diletakkan didalam beg mekap, dan sekaligus boleh dibawa ke mana sahaja. Apa yang menarik baunya agak neutrel dan tekstur sangat lembut.
Warna concealer ini memang masuk dengan warna kulit wanita Asia. Dan produk ini memang anak saya Yana guna sentiasa memandangkan beliau ada sedikit masalah jerawat di rumah. Jadi dengan pemakaian produk concealer dari Etude House sangat membantu menutup benjolan jerawat di muka.
Warna coral. Tapi bila pakai di muka seakan gabungan warna pink dan peach. Nampak neutrel sangat sebagai pemerah pipi. I like....
Quick Toner Pack dari Laneige. Toner gaya pemakaian baru. Ada 20 pek didalamnya. Agak praktikal terutama jika kita pergi travel. Jadi hanya amik berapa pek yang kita kehendaki dan masuk terus dalam beg mekap. Tak perlu lagi bawa botol toner yag kita sedia maklum agak besar saiznya.
Krim pelembap dari Wangskin. Saiz dalam 50 gram. Sesuai pakai ketika waktu siang atau malam. Memang fungsi seperti krim pelembap yang lain iaitu untuk melembap dan melembutkan kulit wajah kita.
Althea Beauty Box Review - The Lazy Sunday Box
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 31, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...