Bacaan Terbaru Dari Scholastic Untuk Anak-Anak Saya


Mencari bahan bacaan terbaik sememangnya penting terutama bagi memastikan kita boleh menarik minat anak-anak kita dengan tabiat yang suka membaca. Seperti ibu lain, saya juga sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat anak. Dalam entri-entri sebelum ini, memang sedia maklum saya adalah peminat buku bacaan keluaran dari Scholastic.

Ini kerana menerusi pengalaman anak-anak saya bersama bacaan kegemaran mereka iaitu Scholastic, saya sendiri dapati mereka dapat memperkasakan bahasa Inggeris mereka dengan lebih baik  lagi. Penguasaan bukan sahaja dari segi berbahasa bahkan lebih penting lagi dalam bentuk penulisan.

Namun begitu seperti saya pernah kongsikan sebelum ini bacaan yang dipilih haruslah sesuai mengikut kemahiran, minat dan peringkat usia mereka. Dan untuk kali ini ada 6 buku sebenarnya (1 tiada dalam gambar) yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.


Set bacaan ini didatangkan dalam bentuk kotak.  Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun. Dalam kotak ini ada buku nipis yang sangat mudah di bawa ke mana sahaja. Paling best, kita tidak perlu risau untuk kanak-kanak kecil seusia Ameer membawa buku ini ke mana dia suka. Contohnya Ameer akan belajar secar abergerak-gerak, kadang-kadang di atas katil, ada waktu di meja belajar dan biasanya di depan televisyen. Untuk anak kecil seperti Ameer, sifat ingin tahu adalah tinggi tetapi pemikiran belum masih fokus. Ini erana waktu kecil biasanya anak-anak ini lebih cenderung bermain (tidak dinafikan bermain juga sangat penting).

Yang membuatkan saya tertarik dengan buku ini, sebab ianya ada latihan yang mudah difahami dan diikuti. Dengan adanya gambar dan kosa kata yang boleh kita perkenalkan pada anak. Serta kita boleh menggilapkan kemahiran kritis pemikiran mereka dengan mengajak anak ini untuk melukis kembali objek yang mereka lihat.

Contoh, hasil lukisan Ameer. Not bad bukan. Hahahaah

Yerppp..Saya meletakkan bantuan rupa objek 3D ladybird di situ. Ini bagi menarik minat Ameer untuk percaya dan yakin yang dia mampu melukis dengan baik.

Terdapat juga buku membaca menggunakan perkataan yang mudah dan menarik. Secara tidak langsung menarik minat untuk Ameer untuk membaca bersama-sama dengan saya dengan bersungguh-sungguh.

Lihat betapa terujanya Ameer, hehehe.


Inilah bulu the Bad Guys hasil tulisan Aaron Blabey. Dan ini merupakan buku episod yang keempat. Saya dapati anak saya seperti Akid dan Afiq yang masing-masing berusia 12 dan 10 tahun, saya gemari genre buku seperti ini - animasi dan misteri.

Saya sendiri apabila melihat buku ini, turut tidak nafikan mengenai keseronokan membacanya biarpun berulang kali. sebagai orang dewasa tentu apa yang kita nampak gaya susun atur cerita dengan pemilihan 'font ' yang sangat memberangsangkan, kartun yang cantik dan paling penting jalan cerita yang menarik. Dan anak saya pula memberi 'feedback', cerita dalam buku ini sangat kelakarlah mummy....

Sama juga dengan buku PIG THE WINNER. Walaupun ianya bukan komik berkarektor namun, penceritaan santai dengan isi cerita yang menarik membuatkan anak-anak akan suka membaca dengan buku yang kita berikan pada mereka.

Ini adalah buku pilihan Amani yang berusia 7 tahun. Untuk anak seperti Amani memang dia jenis akan lihat muka depan dulu sebelum melihat isi kandungan buku. Mungkin tipikal anak-anak perempuan mereka sukakan sesuatu yang pinky, comel dan item yang 'girlish'.

Menarik didalam siri buku ini 4 tahap iaitu:
Level 1 Pre Reader - ABC dan first word
Level 1 Reader- Sight words, words to sound out and simple english
Level 2 Reader - New vocabulary & longer sentences (Buku yang menjadi pilihan Amani)
Level 3 Reader - Reading for inspiration & information.

My Amani yang sedang tekun membaca...

Ilustrasi didalam buku juga cukup menarik.



Amani yang sedang seronok membaca..

Afiq macam biasa koleksi buku NinjaGo dari Scholastic yang sentiasa menjadi kegemarannya sejak dulu lagi.

Ini merupakan koleksi beliau yang ketiga. Dan Afiq telah mengulang baca banyak kali juga kerana minatnya yang begitu teringi pada karektor dalam animasi NinjaGo.

Ilustrasi dalam buku. Kualiti kertas juga terbaik dan saya sangat sukakan grafiknya yang amat cantik.

Ini adalah buku Ameer. Peminat No 1 cerita Tom & Jerry.

Ianya lebih kepada gambar kartun dan perkataan mudah.

Bagi saya buku ini sangat sesuai untuk melayan anak-anak kecil di waktu santai. Seba ianya sangat 'colourful' dan anak-abnak sendiri menggemarinya kerana mereka cukup mengenali karektor didalam buku tersebut.

Manfaat masa dengan cara berfaedah,
Memberikan bacaan terbaik sebagai hadiah.
Pastinya keluaran Scholastic jenama buku yang cukup gah!


Untuk mengetahui lebih banyak buku Scholastic, boleh layari: https://www.facebook.com/Scholastic/

Bacaan Terbaru Dari Scholastic Untuk Anak-Anak Saya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.