Citrawarna Kuala Lumpur 2017 | The Sunrise, The Green and The Echo Within
Bertemakan The Sunrise, The Green and The Echo Within acara Citrawarna Kuala Lumpur 2017 kali ini membawakan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakang kecantikan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang besih.
Untuk pengetahuan semua Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah diadakan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu) pssst: hari ni tau! Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Acara gemilang ini adalah anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran”
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 adalah inspirasi dari Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 baru-baru ini - Sustainable Tourism : A Tool For Development. Program ini menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam aktiviti pelancongan.
Uniknya program Citrawarna 2017 kali ialah ianya menggabungkan elemen teater tarian, muzikal dan perbarisan di jalanan (street parade). Rentetan dari penganjuran Citrawarna pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkanadalah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Nah! ternyata Citrawarna senantiasa menampilkan konsep terbaru, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak tahun 1999 lagi.
Citrawarna Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm.
Uniknya program Citrawarna 2017 kali ialah ianya menggabungkan elemen teater tarian, muzikal dan perbarisan di jalanan (street parade). Rentetan dari penganjuran Citrawarna pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkanadalah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Nah! ternyata Citrawarna senantiasa menampilkan konsep terbaru, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak tahun 1999 lagi.
Aturcara majlis Citrawarna 2017
“Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.”
Berita baik untuk pencinta alam, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT.
Selain itu, Fiesta Trak Makanan Citrawarna Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajaklebih ramai masyarakat setempat untuk merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini adalah selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui aplikasi mobile wallet.
Dato’ Seri Mohamed Nazri

So uolls, jom kita meriahkan acara Citrawarna 2017!!!
Citrawarna Kuala Lumpur 2017 | The Sunrise, The Green and The Echo Within
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 28, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...