FURAMA BUKIT BINTANG | BUFFET SARAPAN

Holllaaaa...
Pagi-pagi kami sekeluarga dah bangun untuk memulakan aktiviti. Memandang waktu sarapannya bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi, jadi kami telah memilih untuk bersarapan di awal pagi sebelum jam 7.00 pagi. Seperti yang dijangkakan, tidak ramai lagi tetamu Furama Bukit Bintang turun bersarapan.

Untuk menu sarapan pagi, kebanyakan hidangan adalah berkonsepkan citarasa asia dan antarabangsa. Ini bagi memenuhi citarasa tetamu Furama Bukit Bintang yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia.

Antara hidangan masyarakat Asia yang cukup popular seperti nasi lemak, kue teow goreng, bubur nasi berlauk dan pelbai lagi.

Terdapat juga roti dan pastri yang semuanya enak-enak dan boleh dicuba oleh setiap pengunjung yang datang ke mari. Lembut pastri dia, sedap sangat!!!

Ini adalah fried egg sunny side up. Favourite my Anaqi.

Dan ini adalah fried egg - over easy

Pilihan menu pagi yang mudah, berkhasiat dan mengenyangkan - pelbagai jenis cereal dan susu.

Kegemaran saya dan Yara iaitu bubur putih di makan panas-panas.

Nak lebih enak, boleh dimakan bersama hidangan tambahan teperti telur asin, ikan bilis, minyak bijan, kicap pedas, lobak jeruk dan pelbagai lagi.

Roti bakar uollls...

Frensh toast! Makan panas-panas macam terbaik!

Buah-buahan segar yang boleh dinikmati sebagai pencuci mulut ketika sarapan pagi.

Minuman panas - ada kopi dan teh. Kita boleh menikmatinya samada bergula sahaja ataupun bersama dengan susu.

Jus buah-buahan seperti air guava dan fresh orange, pilihan bagi mereka yang tidak menggemari minuman panas.

Terdapat juga mee rebus dan mee sup, begitu juga telur omellette yang menjadi pilihan anak-anak saya setiap kali bersarapan di sini Sememangnya pilihan menu sarapan di Furama Bukit Bintang Kuala 

Nantikan review seterusnya mengenai hidangan istimewa tengahari, buffet BBQ dan fasiliti best di sini ya!

FURAMA BUKIT BINTANG | BUFFET SARAPAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 18, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.