FURAMA BUKIT BINTANG | BUFFET SARAPAN
Holllaaaa...
Pagi-pagi kami sekeluarga dah bangun untuk memulakan aktiviti. Memandang waktu sarapannya bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi, jadi kami telah memilih untuk bersarapan di awal pagi sebelum jam 7.00 pagi. Seperti yang dijangkakan, tidak ramai lagi tetamu Furama Bukit Bintang turun bersarapan.
Untuk menu sarapan pagi, kebanyakan hidangan adalah berkonsepkan citarasa asia dan antarabangsa. Ini bagi memenuhi citarasa tetamu Furama Bukit Bintang yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia.
Antara hidangan masyarakat Asia yang cukup popular seperti nasi lemak, kue teow goreng, bubur nasi berlauk dan pelbai lagi.
Terdapat juga roti dan pastri yang semuanya enak-enak dan boleh dicuba oleh setiap pengunjung yang datang ke mari. Lembut pastri dia, sedap sangat!!!
Ini adalah fried egg sunny side up. Favourite my Anaqi.
Pilihan menu pagi yang mudah, berkhasiat dan mengenyangkan - pelbagai jenis cereal dan susu.
Kegemaran saya dan Yara iaitu bubur putih di makan panas-panas.
Frensh toast! Makan panas-panas macam terbaik!
Minuman panas - ada kopi dan teh. Kita boleh menikmatinya samada bergula sahaja ataupun bersama dengan susu.
Jus buah-buahan seperti air guava dan fresh orange, pilihan bagi mereka yang tidak menggemari minuman panas.
Terdapat juga mee rebus dan mee sup, begitu juga telur omellette yang menjadi pilihan anak-anak saya setiap kali bersarapan di sini Sememangnya pilihan menu sarapan di Furama Bukit Bintang Kuala
Nantikan review seterusnya mengenai hidangan istimewa tengahari, buffet BBQ dan fasiliti best di sini ya!
FURAMA BUKIT BINTANG | BUFFET SARAPAN
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 18, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...