FURAMA BUKIT BINTANG | GYM, SWIMMING POOL DAN FURAMALAND

Bila menginap di hotel, fasiliti yang disediakan memang saya akan guna kemudahan fasiliti yang disediakan. Selain dapat memanfaatkan masa rehat dan santai di hotel, dengan melakukan pelbagai aktiviti kemudahan yang disediakan turut memberi keterujaan dalam diri saya.

Antara fasiliti di Furama Bukit Bintang yang saya telah cuba seperti gymnasium, kolam mandi dan juga FuramaLand!

Gymnasium
Gymnasium terletak di tingkat 3 berhadapan dengan kolam mandi hotel. Keluasan bilik gymnasium ni memang besar. Dan terdapat banyak sangat peralatan untuk bersenam disediakan buat semua tetamu Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Anaqi yang sangat beria bersenam untuk kelihatan segak katanya, hahaha.


Swimming Pool

Terdapat dua jenis kolam yang disediakan di sini, satu khas untuk kanak-kanak dan satu memang untuk golongan dewasa. Tertarik dengan lokasi kolam yang menghadap bandar Kuala Lumpur memang sangat cantik terutamanya pemandangan ketika waktu malam.

Berenang ni memang best tau. Terutama di kawasan yang mempunyai permandangan yang indah. 

Salah satu momen yang saya akan abadikan sampai bila-bila. "Bonding time" antara abang dan adik. Cantikkan 'view' dia :-)

Disediakan juga kerusi rehat di tepi kolam mandi. Jadi bagi mereka yang ingin bersantai di tepi kolam mandi sambil menunggu anak mereka bermain air dan berendam puas-puas, bolehlah duduk di kawasan sini.

FuramaLand
Taman permainan mini yang terletak di lobi ini sememangnya menjadi tarikan mereka yang datang bersama anak-anak kecil. Samada anak-anak akan bermain di sini sambil menunggu urusan ibubapa mereka di kaunter lobi hotel selesai. Ataupun tetamu yang sudah menginap di sini, dan anak mereka hendak bermain atau melakukan aktiviti 'indoor'.

Lihatlah, betapa seronoknya anak-anak saya berada di FuramaLand. Pelbagai aktiviti 'indoor' yang dapat mereka bermain bersama. Paling penting semua permainan yang disediakan adalah selamat dan sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

3 Hari 2 Malam kami sekeluarga bercuti di sini,
Pelbagai kenangan manis menjadi memori,
Pastinya Furama Bukit Bintang sentiasa dihati,
Fasiliti terbaik bilikpun cantik dan ini memang terapi!
FURAMA BUKIT BINTANG | GYM, SWIMMING POOL DAN FURAMALAND Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.