FURAMA BUKIT BINTANG | MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN SPICES

Saya dan keluarga juga berpeluang menikmati merasai hidangan tengahari yang disediakan di Spices Restaurant yang terletak di tingkat 3 Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur. Apa yang menarik, selain daripada pelbagai jenis hidangan yang ada ditawarkan, harga untuk setiap menu hidangan juga murah dan berbaloi.

Dengan hanya RM9.90 dan tambahan RM2 dikenakan untuk pencuci mulut, sup, appertizer dan juga jus buah sememangnya harga ini sangat berbaloi apatah lagi menikmati di dalam restoran Hotel yang berprestij. Paling menarik semua menu ini adalah hasil idea personal dari chef-chef di Furama Bukit Bintang.

Antara menu hidangan yang ditawarkan didalam "Chefs' Economy Specials" ialah:-
(Boleh rujuk gambar di bawah)

Macam-macam jenis hidangan menarik yang ditawarkan bukan? Rasanya dengan harga dan hidangan seperti ini, lebih berbaloi untuk tetamu hotel menikmatinya di sini jika dibandingkan dengan harga makanan yang terdapat di luar yang mungkin lebih mahal harganya.

Saya telah mencuba beberapa hidangan istimewa makan tengahari di sini, dengan cara 'dome-style' sesuai untuk tetamu yang datang berkeluarga, terutama yang mempunyai ramai anak seperti saya,

Antara hidangan enak yang kami nikmati di waktu makan tengahari di sini seperti :-

Tomyam seafood. Agak pedas tapi memang sedap lebih-lebih lagi banyak makanan laut didalamnya seperti udang dan sotong. Biarpun pedas tetapi anak-anak saya seperti Amani dan Afiq begitu menggemarinya.


Sup cendawan. Pilihan kepada mereka yang tidak suka menikmati makanan pedas. Kuah agak pekat, dan ini memang benar-benar 'homemade mushroom soup', sedap dan terasa kesedapannya (freshness).  Agak manis juga.

Spaghetti with chicken bolognaise. Menu khas untuk kanak-kanak yang memang jika anak kecil saya seperti Ameer inilah adalah kesukaan beliau. Hidangan istimewa untuk mereka yang tidak makan masakan pedas seperti kanak-kanak kecil. 

Kari ikan tenggiri bersama bendi. Antara hidangan panas untuk dimakan bersama nasi putih. Memang kaw kaw rasa karinya. Apatah lagi gabungan bendi dan ikan tenggiri yang memang pejal isi ikannya.

Ayam paprik. Kesesuaian dengan konsep mempelbagaikan jenis hidangan makanan tengahari. Selain ayam terdapat juga bunga kobis yang memang menjadi kesukaan anak-anak saya.

Sayur pak choy tumis istimewa. Bagi menghasilkan pemakanan sihat yang lengkap, perlulah ada sayuran dalam set hidangan. Kemewahan cendawan didalamnya menjadikan ini antara yang menjadi feveret anak-anak sewaktu menikmati hidangan makanan tengahari di sini.

Set lengkap makanan tengahari yang sangat disyorkan jika kita datang menikmatinya bersama keluarga terutama yang mempunyai anak. Ada pelbagai pilihan menu pedas dan tidak pedas sesuai dengan citarasa ahli keluarga yang datang makan bersama.

Fresh fruit platter bersama kuih sago melaka. Pencuci mulut kegemaran saya iaitu sago melaka. Yang bestnya ada topping krim segar dan hirisan buah strawberi. Nyummmyyy...

Kopi dan teh. Pilihan air pelengkap hidangan makanan tengahari. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan air putih sejuk/suhu bilik sepanjang menikmati hidangan makanan tengahari di sini.

Bercuti didalam hotel Furama Bukit Bintang ni pun dah seronok tau! Tak perlu gagah mencari kedai makanan di luar, ini kerana di Spices Restaurant di Furama Bukit Bintang menyediakan pelbagai pilihan menu menarik dengan harga terbaik!

Keterangan lanjut mengenai hotel, boleh layari https://furama.com/.

Menyusul entri lain Buffet BBQ yang super best dan fasiliti yang ohsem di sini, check it out nanti gaisss!!!

FURAMA BUKIT BINTANG | MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN SPICES Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 18, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.