FURAMA BUKIT BINTANG | MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN SPICES
Saya dan keluarga juga berpeluang menikmati merasai hidangan tengahari yang disediakan di Spices Restaurant yang terletak di tingkat 3 Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur. Apa yang menarik, selain daripada pelbagai jenis hidangan yang ada ditawarkan, harga untuk setiap menu hidangan juga murah dan berbaloi.
Dengan hanya RM9.90 dan tambahan RM2 dikenakan untuk pencuci mulut, sup, appertizer dan juga jus buah sememangnya harga ini sangat berbaloi apatah lagi menikmati di dalam restoran Hotel yang berprestij. Paling menarik semua menu ini adalah hasil idea personal dari chef-chef di Furama Bukit Bintang.
Antara menu hidangan yang ditawarkan didalam "Chefs' Economy Specials" ialah:-
(Boleh rujuk gambar di bawah)
Macam-macam jenis hidangan menarik yang ditawarkan bukan? Rasanya dengan harga dan hidangan seperti ini, lebih berbaloi untuk tetamu hotel menikmatinya di sini jika dibandingkan dengan harga makanan yang terdapat di luar yang mungkin lebih mahal harganya.
Saya telah mencuba beberapa hidangan istimewa makan tengahari di sini, dengan cara 'dome-style' sesuai untuk tetamu yang datang berkeluarga, terutama yang mempunyai ramai anak seperti saya,
Antara hidangan enak yang kami nikmati di waktu makan tengahari di sini seperti :-
Tomyam seafood. Agak pedas tapi memang sedap lebih-lebih lagi banyak makanan laut didalamnya seperti udang dan sotong. Biarpun pedas tetapi anak-anak saya seperti Amani dan Afiq begitu menggemarinya.
Sup cendawan. Pilihan kepada mereka yang tidak suka menikmati makanan pedas. Kuah agak pekat, dan ini memang benar-benar 'homemade mushroom soup', sedap dan terasa kesedapannya (freshness). Agak manis juga.
Spaghetti with chicken bolognaise. Menu khas untuk kanak-kanak yang memang jika anak kecil saya seperti Ameer inilah adalah kesukaan beliau. Hidangan istimewa untuk mereka yang tidak makan masakan pedas seperti kanak-kanak kecil.
Kari ikan tenggiri bersama bendi. Antara hidangan panas untuk dimakan bersama nasi putih. Memang kaw kaw rasa karinya. Apatah lagi gabungan bendi dan ikan tenggiri yang memang pejal isi ikannya.
Ayam paprik. Kesesuaian dengan konsep mempelbagaikan jenis hidangan makanan tengahari. Selain ayam terdapat juga bunga kobis yang memang menjadi kesukaan anak-anak saya.
Set lengkap makanan tengahari yang sangat disyorkan jika kita datang menikmatinya bersama keluarga terutama yang mempunyai anak. Ada pelbagai pilihan menu pedas dan tidak pedas sesuai dengan citarasa ahli keluarga yang datang makan bersama.
Fresh fruit platter bersama kuih sago melaka. Pencuci mulut kegemaran saya iaitu sago melaka. Yang bestnya ada topping krim segar dan hirisan buah strawberi. Nyummmyyy...
Keterangan lanjut mengenai hotel, boleh layari https://furama.com/.
Menyusul entri lain Buffet BBQ yang super best dan fasiliti yang ohsem di sini, check it out nanti gaisss!!!
FURAMA BUKIT BINTANG | MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN SPICES
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 18, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...