Keterujaan Saya Menyertai Larian Nivea Care 2017 Dan Bersama Menyokong Kempen Penjagaan Diri!

 
Pada 29 Oktober baru-baru ini berlangsungnya acara Nivea Care Run bertempat di Precint 6 Putrajaya. Secara jujurnya saya jarang dapat join aktiviti larian terutama waktu pagi. Tapi untuk larian anjuran Nivea kali ini saya memang excited. Sebagai pengguna barangan Nivea tegar, haruslah bersemangat dalam memberi sokongan segala aktiviti yang dianjurkan apatah lagi ianya berkait rapat dengan Yayasan Budi Selangor. 


Untuk pengetahuan semua hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run. Acara yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, rangkaian jenama deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan.

Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit kita perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta memberikan bawah lengan kesan lebih lembut dan licin.

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,”

“Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga
dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini.”

Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.





Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan selain daripada tanggungjawab sodial mereka untuk terus membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Semua peserta acara lain memang excited. Apatah lagi, berlari di Putrajaya yang cantik dan bersih memang benar-benar memberi kepuasan. Perancangan perjalanan program dari pihak Nivea juga terurus dan bersistematik. Di mana seawal jam 7.30 pagi semua peserta larian sudah berkumpul dan kami telah bersama-sama membuat aktiviti zumba dengan bimbingan jurulatih yang terbaik.



Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect & Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang.

Terdapat juga khemah PENYAYANG, kita boleh datang dekat dan melihat sendiri aktiviti dan program yang telah dianjurkan. Dan bagimana usaha NGO ini membantu masyarakat Malaysia yang menghadapi masalah penyakit kanser.



Menariknya setiap peserta larian yang memuat naik gambar mereka di media sosial instagram dengan hashtag #mynivea #niveacarerun dan tag kepada @mynivea berpeluang untuk mendapatkan foto mereka yang bercetak di sini secara PERCUMA.

 Kehadiran selebriti tanah air seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie memeriahkan lagi NIVEA Care Run ini. Oh ya! Nadia Heng dan Fiqrie juga bertindak sebagai pengacara majlis di acara larian ini :-) Memang meriah dengan gelagat mereka berdua ini.


Selain ada cabutan bertuah, terdapat juga soalan kuiz yang mudah diajukan kepada peserta larian. Memang gamat giler suasana kerana masing-masing ingin memenangi barangan Nivea. Antara peserta pertama yang bertuah adalah saudara Fifi, saya masih ingat lagi tentang soalan yang diajukan iaitu mengenai apakah bahan di dalam deodoran Nivea yang menjadikan kulit bawah lengan lembut dan licin. Jawapannya ialah 'Krim"..... pantas dan tepat sekali.... Syabas Fifi :-p

Alohhhhh nampak macam achik sangat rupa paras gue. Kahkah. Penat berjalan katanya, hahahaha. Jumpa ngan adik kehpam ni, haruslah ajak bergambar. Nak dapat aura positif dan optimis kita kena selalu berada dengan mereka-mereka seperti ini. Btw, awatnya Kak Diya posing melampau dengan medal. Tahula 5KM.... erkkkk...

Yang bestnya, kat sini banyak giler props yang cantik2 disediakan pihak Nivea boleh kita bergambar. Serious, best! Jadi tak perlu berebut atau tunggu lama nak bergambar sebab pilihan props sangat banyak, kita pilih saja port yang sesuai.


Permulaan yang baik di hujung minggu, bersama NIVEA Protect & Care peneman setiap hariku. 

Haruslah tiap tahun kita join aktiviti larian dari Nivea, demi untuk kesihatan dan kesejahteraan diri selain sebagai tanggungjawab sosial sama-sama memberi sokongan di atas kempen yang bermanfaat pada masyarakat!

Jangan lupa dapatkan deodoran NIVEA Protect &Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.



Keterujaan Saya Menyertai Larian Nivea Care 2017 Dan Bersama Menyokong Kempen Penjagaan Diri! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 30, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.