M Motel Meru, Hotel Bajet Serba Baru
Bercuti singkat ke Perak baru-baru ini dek menyertai Fun Drive ke Ipoh, saya dan keluarga telah menginap di M Motel Meru Ipoh. Menariknya tentang M Motel ini ianya baru sahaja dibuka pada pertengahan tahun ini dan semua fasilitinya masih baru dan berkeadaan baik.
Untuk pengetahuan semua M Motel Meru terletak begitu hampir dengan MAPS taman tema animasi pertama di Asia. Lokasinya agak strategik juga kerana berhampiran dengan Pasaraya Besar Mydin dan pelbagai deretan kedai makan yang boleh kita singgah.
Antara sijil penganugerahan dan pengiktirafan bersempena dengan pembukaan M Motel Meru :-)
Kawasan koridor hotel yang bersih. Apatah lagi menggunakan warna putih sebagai asas memang memberi impak yang agak luas di laluan ini. Apatah yang penting hotel ini bersih dan terjaga cantik. Untuk penginapan di M Motel Meru, terdapat beberapa jenis bilik ditawarkan. Menariknya ada juga bilik yang boleh memuatkan sehingga 4 orang.
Untuk keluarga ramai seperti saya kami telah memilih 2 bilik yang besar yang mempunyai "connection door" bagi memudahkan kami berkomunikasi. Memang mudah terutama bagi saya sendiri yang banyak menguruskan logistik keperluan keluarga seperti pakaian dan sebagainya.
Ada peti ais juga tau! So, kalau nak simpan apa-apa barang untuk disejukkan tak ada masalah. Macam saya dan keluarga, kami memang jenis suka menyimpan air sejuk so bila tengok dekat M Motel ni ada peti ais apa lagi teruslah berbotol-botol air kita orang sejukkan.
Paling best ada aircond yang berfungsi dengan baik. Salah satu ciri hotel yang biasanya saya cari ketika bercuti di mana sahaja. Saya juga suka dengan dinding batu bata yang nampak klasik dan agak cool. Memang cantik kalau dijadikan 'background' OOTD, hikhik.
Bilik air yang sederhana luas lengkap dengan cecair sabun mandi dan juga tuala bagi memudahkan tetamu M Motel membersihkan diri. Ada 'heater' jadi kalau kita nak mandi dengan air panas tidak ada masalah.
Bilik tidur saya dan anak-anak perempuan. Memang sedang elok selesa untuk kami. Paling penting kami dapat tidur lena. Untuk bilik lelaki terletak di bilik sebelah Tak sempat nak amik gambar, hahaha)
Jadi uolls, sekiranya datang bercuti ke Ipoh ataupun dalam perjalanan ke sesuatu destinasi dan ingin tempat untuk berehat sebelum transit, bolehlah mencuba M Motel Meru tempat penginapan anda. Apatah lagi, sekarang masih lagi berlangsung promosi pada harga serendah RM35 satu bilik.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
M Motel Meru, Hotel Bajet Serba Baru
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 08, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...