Neubodi Jenama Yang Saya Yakini Dulu Dan Kini | Review
Diasaskan pada tahun 2008, Neubodi adalah jenama pakaian dalam yang dapat memberikan kecantikan dan keyakinan pada setiap wanita moden hari ini. Satu jenama yang dapat memberi memberi inspirasi kepada kaum wanita yang hari ini sehelai bra tidak hanya berfungsi sebagai baju dalam bahkan ianya menjadi pakaian keperluan harian yang penting dan sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan badan dan memberi kecantikan yang diinginkan oleh seorang wanita. Neubodi juga memberi komitmen yang tinggi dalam menghasilkan baju dalam terbaik terutama dari segi rekaan, saiz mengikut gaya yang tepat dan sempurna serta sesuai untuk semua wanita.
“Every Woman Deserves the Right Bra” falsafah dalam satiap rekaan daripada jenama Neubodi.
"To us, design starts with the desire to allow every woman to afford a beautiful, high quality quality without having to compromise for fit. We devote 100% to ensure our collections are made from high quality materials and superior craftsmanship. This is why every piece of Neubodi bra requires a far greater proportion of manual work -- - from crafting, cutting, stitching, testing to fitting, each bra goes through at least 45 stages of assembly with over 60 different parts of materials to create the impeccable fit.”
Anne Tan, Pengarah Urusan & Pengasas Neubodi
Menariknya sewaktu pembelian baju dalam di sini, saya telah diajar cara pemilihan bra dan pemakaian yang betul bagi memastikan saya telah memilih bra yang paling tepat dan bersesuaian dengan diri saya.
Dan ini adalah bra pilihan saya.Ada 3 warna tetapi saya begitu meminati warna ini. Klasik dan elegan. Apa yang suka mengenai bra ini selain nampak cantik, ianya mempunyai lace dibahagian hadapan jadi memudahkan saya untuk membuat 'adjustment' di bahagian hadapan.
Jahitan memang sangat kemas dan terperinci. Kita boleh lihat sendiri betapa kemasnya jadi tidak hairanlah kenapa setiap kali kita memakai produk Neubodi, ianya memberi keselesaan yang maksima.
Lihat sahaja, tali branya memang nampak sangat kukuh. Menariknya kita boleh membeli penyambung cangkuk sekiranya kita ingin menggantikan yang baru ataupun badan kita menjadi semakin lebar pada masa akan datang. (haha)
Ini antara kenapa saya suka jenama Neubodi, mereka mengamalkan "The Holistic Fitting Session". Di mana cara pengukuran untuk mendapatkan bra terbaik dengan TIDAK menggunakan pita pengukur, bahkan dengan sentuhan, melalui penglihatan dan merasai sendiri kita memakainya. Staff Neubodi sememangnya telah dilatih untuk melayan dan mengajar kita cara pemakaian dengan betul. jadi sebagai pelanggan, kita akan betul rasa puas hati dengan mendapatkan bra yang terbaik dan sekaligus menjadikan pembelian kita sesuatu yang sangat bernilai. Dan jangan tidak percaya fitting room di Neubodi antara yang cantik dan selesa yang pernah saya cuba.
Paling menarik saiz bra yang ditawarkan bermula dari 65A sehingga 100I, jadi kita tidak akan ada masalah membuat pemilihan bra sekiranya badan kita terlalu besar ataupun terlalu kecil. Ini belum lagi keterujaan saya melihat rekaan yang ditawarkan, ada yang fabrik lace, bra untuk ibu yang menyusu anak, bra khas untuk bersukan dan pelbagai lagi.
Oh ya! Saya sempat juga membeli seluar khas untuk bersenam dan boleh juga dijadikan seluar untuk larian. Ianya sangat membantu untuk saya membakar lemak terutama di bahagian peha dan betis. Saya dah cuba memang terasa sangat selesa.
Saya juga menggunakan produk ini khas untuk mencuci barangan dalaman Neubodi. Penting ya kerana produk ini hanya boleh dibasuh menggunakan tangan sahaja. Rendam, sentall dengan tangan secar alembut, bilas dan sidai. Cara sidai bra pun ada caraya bagi memastikan bra tahan lama dan tidak rosak.
Ini adalah rupa badan saya sebelum memakai produk Neubodi. Agak selebet dan tidak nampak begitu yakin dalam diri.
Dan ini adalah saya setelah menggunakan produk Neubodi, tampil lebih berkeyakinan dan berpersonaliti. Chewahhhh hahahahah.
Tapi seriouslaaa, tak ada lagi benjolan lemak berlebihan di bahagian belakang dan saya nampak lebih yakin dari biasa. Nah! Sekarang saya percaya biarpun ianya pakaian dalam, tapi ianya tetap mampu menyerlah personaliti kita tanpa kita sedari.
Sekarang pun tengah berlangsung Kempen Derma Bra, dan kita boleh dapatkan harga istimewa dengan setiap derma yang dibuat untuk projek kitar semula. Nak tahu lebih lanjut boleh layari pautan ini ya - http://ayuarjuna.blogspot.my/2017/10/bra-drive-sumbangsokongkitar-semula.html
Dan ini adalah saya setelah menggunakan produk Neubodi, tampil lebih berkeyakinan dan berpersonaliti. Chewahhhh hahahahah.
Tapi seriouslaaa, tak ada lagi benjolan lemak berlebihan di bahagian belakang dan saya nampak lebih yakin dari biasa. Nah! Sekarang saya percaya biarpun ianya pakaian dalam, tapi ianya tetap mampu menyerlah personaliti kita tanpa kita sedari.
Sekarang pun tengah berlangsung Kempen Derma Bra, dan kita boleh dapatkan harga istimewa dengan setiap derma yang dibuat untuk projek kitar semula. Nak tahu lebih lanjut boleh layari pautan ini ya - http://ayuarjuna.blogspot.my/2017/10/bra-drive-sumbangsokongkitar-semula.html
So, uolls, kalau nak dapatkan produk Neubodi bolehlah terjah outlet-outlet seperti dibawah. Produk sememangnya esklusif, hanya terdapat di sini sahaja :-)
Mid Valley Megamall
One Utama Shopping Centre
Bangsar Village II
Encorp Strand (High Street)
Empire Shopping Gallery
Aeon Bukit Tinggi Shopping Mall
Imago Shopping Mall
Vivacity Shopping Mall
Suria Sabah Mall
Ibu pejabat dan boleh juga wal-in untuk pembelian produk Neubodi di sini :-
Neubodi Holdings Sdn Bhd
52A-3, Jalan PJU 5 / 20D, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor T: +603 6150 1288 F: +603 6142 8385
Laman web rasmi:
Laman web rasmi:
Neubodi Jenama Yang Saya Yakini Dulu Dan Kini | Review
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 20, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...