PERCUTIAN 3H2M DI FURAMA BUKIT BINTANG HOTEL | BILIK PENGINAPAN YANG MESRA KANAK-KANAK

Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur bukanlah satu nama asing bagi pelancong-pelancong luar negara yang datang ke Malaysia, bahkan ianya cukup dikenali di kalangan masyarakat tempatan. Terletak di tengah ibu kota, berdekatan dengan kompleks membeli-belah cukup terkemuka di Malaysia menjadikan Furama Bukit Bintang sentiasa menjadi pilihan sebagai hotel penginapan mereka yang berkunjung ke ibu negara.

Kedudukannya yang begitu strategik di tengah bandar, pastinya kita tidak akan ada masalah untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam apabila menginap di sini. Selain mudah mendapatkan perkhidmatan Grabcar dan Uber, berdekatan dengan Furama Bukit Bintang juga terdapatnya stesen monorail (berhadapan dengan Berjaya Times Square). Untuk pengetahuan semua antara kompleks membeli-belah yang sentiasa destinasi pelancong dan rakyat Malaysia bila berada di bandar Kuala Lumpur seperti Berjaya Times Square (paling dekat dengan Furama Bukit Bintang, boleh berjalan kaki sahaja), Low Yat Plaza, Sungai Wang Plaza, Lot 10 dan banyak lagi.

Kami disambut mesra setibanya di Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur. Percutian 3 hari 2 malam di sini bersama keluarga saya biarpun hanya di ibu kota namun ianya tetap cukup bermakna apabila dapat menginap hotel yang mempunyai antara fasiliti terbaik di Malaysia.

Lobi Hotel Furama Bukit Bintang agak luas dan bersih. Disediakan juga tempat duduk buat pengunjung/tetamu hotel di lobi, tujuannya bagi keselesaan terutamanya bagi mereka yang sedang menunggu untuk masuk ke bilik (check-in).

Memandangkan Deepavali tidak lama lagi, kelihatan seni kolam ada terletak di tengah-tengah lobi Hotel Furama Bukit Bintang. Ini adalah sebagai tarikan kepada mereka yang datang ke sini, terutamanya mereka yang berbangsa India.

Antara dekorasi yang mencuri perhatian saya di sini. Konsep yang dibawa oleh Furama Bukit Bintang pada hiasan dalamannya moden dan klasik. Warna bumi seperti coklat menjadi elemen utama dalam dekorasi dalaman hotel ini. Memanc bantik dan sejuk mata memandang.

Mempunyai 27 tingkat ternyata Furama Bukit Bintang antara bangunan yang agak tinggi di bandar Kuala Lumpur. Terdapat juga kemudahan letak kereta di tingkat bawah khas untuk pengunjung/tetamu Furama Bukit Bintang yang membawa kenderaannya sendiri.

Anak-anak yang dah 'over-excited' untuk melihat kamar bilik yang bakal didiami selama 2 malam. Untuk bangunan tinggi pastinya ada kemudahan lif, dan yang bestnya Furama Bukit Bintang memang menitik-berat isu keselamatan tetamunya di sini. Mereka hanya dibenarkan menggunakan lif untuk naik ke atas sekiranya ada tag/kad akses masuk ke bilik.

Ini juga adalah salah satu kawasan di lobi hotel.Terletak berdekatan dengan kerusi santai yang telah disediakan, membolehkan pengunjung menonton televisyen sambil menunggu atau menghabiskan masa di lobi.

Bilik saya adalah jenis "connection rooms"  yang sesuai untuk keluarga yang datang bersama anak bercuti dan menginap di sini. Terdapat 3 bilik iaitu 1 bilik utama (master room) dan 2 bilik khas untuk anak. Menariknya, gaya susunan dan dekorasi barangan didalam bilik sangat unik dan comel terutama bilik khas untuk anak. Boleh saya katakan kemudahan yang diberikan adalah "kids-friendly" !

Ini adalah bilik master bedroom. Memang luas terdapat satu katil sangat besar (super king saiz rasanya). Berdekatan dengan katil terdapat dua pasang kerusi untuk bersantai. Bestnya didalam bilik ini terdapat juga sterika sekiranya tetamu hotel nak menggosok baju, bila-bila masa tak akan ada masalah. Hiks.

Ada televisyen dan meja kerja. Sekaligus boleh memberi pilihan kepada tetamu hotel seperti saya samada untuk berehat santai menonton televisyen ataupun menyiapkan tugasan yang dibawa. Kiranya boleh bersantai sambil bekerja.

My Yara yang begitu seronok menonton televisyen di sini. Amboii budak kecik ni marathon tonton kartun ya, hehehehe.

Bilik air juga sangat luas dan kemas. Dan ada hos paip disediakan. Saya memang suka sangat bila ada hos paip ini sebab ada kebanyakan hotel memang tiada disediakan.

Kamar mandi seperti yang saya katakan tadi begitu luas dan semua peralatan asas mandian seperti sabun mandi, syampu, tuala dan sebagainya ada disediakan oleh pihak hotel.

Ini adalah bilik khas untuk anak. Saya cukup teruja dengan hiasan kamar terutama dari segi cadar, selipar didalam bilik semuanya adalah gambar kartun. Comel sangat.

Comelkannnn cadar khas di bilik anak saya ni. Bantal semua bersaiz mini dan bergambar kartun. Lihat sahaja Yara yang bukan main nyenyak tidur di atas tilam ini :-)

Tengok ni betapa comelnya selipar bilik dan alas kaki yang disediakan di bilik anak. Alolololo warna-warni memang menceriakan hati.

Di bilik anak juga ada diletakkan kemudahan televisyen dan meja kerja. Dan malam-malam memang menjadi 'port' Yana untuk mengulangkaji pelajaran di sini. Sambil bercuti boleh belajar jugakan. Sebab kemudahan ada jadi haruslah tidak dipersiakan.


Ini pula kamar mandi anak. Geram tengok benda-benda comel dalam bilik air khas untuk anak. Seriously! Semua memang mesra kanak-kanak. 

Lihat sahaja tuala khas untuk kanak-kanak yang super comel. Begitu juga perkakasan asas mandian semuanya memang khas untuk penggunaan kanak-kanak. Jadi kita boleh menggunakan produk ini buat anak-anak tanpa teragak-agak.

Si Yara yang super-happy selepas mandi. Bukan main comel bertuala corak teddy bear dengan sabun mandi yang ada disediakan dalam bilik air kanak-kanak. Melihat senyuman si kecil ini, ibu mana yang tak happy. Hihi

Bakul sampah yang comel, set berus gigi khas untuk anak-anak dan menariknya ada bangku yang boleh digunakan anak ketika mereka hendak memberus gigi dan mencuci tangan atau muka.

Bukan main beria Ameer menggosok gigi. Bestkan, dengan kemudahan yang disediakan oleh Furama Bukit Bintang Hotel. Semuanya mesra kanak-kanak.

Antara fasiliti yang disediakan didalam bilik kanak-kanak adalah minuman segera yang diberi secara percuma oleh pihak hotel. Sesuai dengan konsep bilik kanak-kanak, selain daripada cawan dan sudu plastik terdapat juga pek MILO 3 in 1 . Bagi bilik utama terdapat juga cerek untuk memasak air yang didatangkan bersama teh/kopi dan juga gula serta mug kaca.

Ini juga adalah bilik khas yang didekorasi untuk kanak-kanak. Didalam bilik ini terdapat satu katil, satu sofa dan juga televisyen. Jadi anak-anak tidak perlu berebut jika mereka hendak menonton rancangan berlainan dengan adik-beradiknya yang lain.

Biarpun 'single-bed' namun saiz katil juga agak besar boleh memuatkan sehingga dua anak saya iaitu Afiq dan Ameer.

Dengan segala fasiliti yang disediakan memang mesra kanak-kanak, tidak hairanlah anak-anak saya begitu selesa dan gembira apabila berada di sini. Mereka boleh berkumpul dan duduk bercerita bersama. Bermain kad monopoli bahkan menonton rancangan di televisyen secara santai dengan suasana yang cukup membahagiakan pada pandangan mata saya.

Di bilik ini juga terdapat meja dan kerusi khas untuk kanak-kanak seperti Ameer. Sangat comel! Melihat Ameer duduk di sini dan melakukan aktiviti yang digemarinya seperti bermain 'game' di tab kesayangannya.

Antara fasiliti lain didalam bilik, terdapat juga peti ais untuk kita menyimpan makanan atau minuman untuk disejukkan.

Dan juga peti simpanan sekiranya kita ada barangan berharga untuk disimpan. Oh ya! bagi tetamu yang inginkan baby cot katil khas untuk bayi, bolehlah membuat permintaan khas kepada pihak hotel ya. Sebab ianya ada disediakan oleh pihak Furama Bintang Hotel bagi tujuan memberi keselesaan kepada tetamunya yang datang bersama anak kecil.

Pemandangan indah di waktu malam dari tingkap bilik yang kami menginap :-)

Harga penginapan istimewa ditawarkan buat pengunjung yang datang bersama famili. Memang berbaloi guys! Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai promosi lain boleh layari https://furama.com/ ya!

Saya juga akan kongsikan di entri lain tentang buffet sarapan pagi yang ohsem, makan malam penuh istimewa di BBQ buffet, makanan tengahari yang enak pilihan dari chef-chef hebat Furama Bukit Bintang Hotel. Begitu juga dengan fasiliti seperti gymnasium, kolam renang dan FuramaLand yang ada di hotel ini. Nanti jangan lupa baca tau, review menarik mengenai Furama Bukit Bintang Hotel!

xoxo;
PERCUTIAN 3H2M DI FURAMA BUKIT BINTANG HOTEL | BILIK PENGINAPAN YANG MESRA KANAK-KANAK Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 17, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.