Produk Tempatan Yang Semakin Mendapat Nama di Malaysia : JUS BOB NANAS

Berkesempatan menerjah booth JUS BOB NANAS di HPPNK2017 , saya sempat membawa balik minuman jus nanas yang sememangnya menjadi feveret saya sejak mula mengenalinya pada tahun lepas. Apa yang menariknya, JUS BOB NANAS kini tidak hanya mengeluarkan produk jus dan jualan buah nanas sahaja. Bahkan jenama ini terus melangkah setapak maju lagi dengan memperkenalkan kek nanas.

Rasanya ramai yang sudah sekian maklum tentang khasiat yang boleh diperolehi buah nanas. Selain daripada mengandungi vitamin C, nanas juga adalah kaya dengan serat fiber. Ini sangat membantu dalam proses penghadaman dalam badan.

Memahami dengan potensi buah nanas ini yang boleh membantu masyarakat kita untuk hidup dengan gaya sihat, JUS BOB NANAS telah mengambil inisiatif untuk memasarkan produk NANAS di pasaran tempatan.

Antaranya seperti:- 

Ini merupakan produk utama dari JUS BOB NANAS, iaitu jus segar buah nanas. Memang sedap giler apatah lagi kalau kita menikmatinya dalam keadaaan sejuk. Harga untuk satu botol adalah RM5 sahaja.

 Buah nanas segar yang sedia untuk di makan. Diletakkan didalam bekas yang sememangnya sangat praktikal untuk di bawa ke mana sahaja. Berkonsepkan on-the-go, buah nanas dari JUS BOB NANAS ini sememangnya manis dan setiasa berada didalam segar.

Kek muffin nanas yang dijual dalam bekas sedia penutup, juga sangat praktikal untuk dibawa sebagai bekalan ataupun dijadikan goodies untuk acara keraian tertentu. Resepi muffin nanas ini adalah istimewanya dari JUS BOB NANAS.

 Selain muffin nanas, turut diperkenalkan sempena dengan HPPNK2017 ini adalah kek nanas. Boleh dijadikan hidangan untuk tetamu ataupun dimakan bersama keluarga di waktu petang. Paling penting, ianya kek 'home-made' tanpa sebarang perasa tambahan atau pewarna tiruan.

 Tekstur kek yang sangat lembut dan sedap. Saya sangat syorkan korang untuk mencuba kek dari JUS BOB NANAS. Ini kerana dalam setiap gigitan kek ini juga kita akan dapat rasa serat fiber dan kemanisan buah nanas secara saemulajadi.




 Untuk dapatkan produk dari JUS BOB NANAS, boleh hubungi talian dan saluran sosial media seperti di atas. Segala informasi mengenai produk mereka turut  dikongsi di laman FB JUS BOB NANAS.

 Produk JUS BOB NANAS juga boleh didapati secara terus pasar malam dan pasar tani seperti tertera di gambarajah di atas. Jangan lupa terjah ya!

 Jom dapatkan produk JUS BOB NANAS di pasaran,
Untuk khasiat yang diperlukan badan,
Sambil menyokong produk tempatan!

Produk Tempatan Yang Semakin Mendapat Nama di Malaysia : JUS BOB NANAS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 01, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.