Pusingan Pertama My Fun Cooking Competition 2017


Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri ke acara pertandingan memasak My Fun Cooking Competition 2017 di The Space One City Mall. Pertandingan yang disertai oleh pasangan ibu/bapa/penjaga bersama anak ini akan berentap mempertengahkan hasil hidangan yang menggunakan produk Lee Kum Kee yang disediakan oleh penganjur.

Ini adalah antara hadiah yang ditawarkan kepada peserta dan pemenang setiap pusingan.

Untuk hadiah pemenang setiap pusingan, mereka akan mendapat hamper Lee Kum Kee dan juga microwave elektrik jenama Electrolux.

Antara peralatan pinggan mangkuk yang disediakan untuk peserta menggunakan bagi mempersembahkan hidangan yang telah siap dimasak.

Barisan juri yang dilantik oleh pihak penganjur. Mereka perlu mengadili hidangan masakan peserta berdasarkan rasa, cara persembahan dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan hidangan.

Peserta yang begitu tekun mendengar taklimat pertandingan sebelum cabaran dimulakan.

Setiap peserta diberikan voucher RM50 untuk membeli segala bahan yang diperlukan untuk cabaran memasak. Setiap minggu tema adalah berlainan, dan untuk minggu ini temanya adalah ayam. Selain daripada ayam, peserta perlu membeli bahan masakan lain untuk menjadikan hidangan seperti yang telah dirancangkan.

Untuk pengetahuan semua, peserta kanak-kanak perlulah berusia 10 tahun sehingga 18 tahun sahaja. Di sini cabaran bagi anak-anak bagi menunjukkan skil mereka dalam masakan samada mereka sendiri yang menyediakan hidangan ataupun mereka memberi pertolangan/bantuan (assistant chef) dalam cabaran memasak.

sepanjang memasak, mereka juga perlu mengambil berat tentang ciri-ciri keselamatan dan kebersihan. Ini sangat dipandang serius oleh pihak penganjur cabaran ya!

Puan Rozana bersama anak dengan hasil hidangan sup yang berjaya disiapkan.

Puan Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee yang baru berusia 11 tahun. Menariknya tentang menu yang dipertandingkan iaitu Kum Kee Golden Patties menggunakan banyak produk Lee Kum Kee.

para juri yang perlu menilai hasil persembahan hidangan dari setiap peserta cabaran. Banyak juga komen-komen membina telah diberikan kepada semua peserta.


Untuk pusingan pertama My Fun Cooking Competition telah dimenangi oleh pasukan ibu dan anak iaitu Puan Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee. Pasukan ini akan mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung pada 12 November 2017 nanti. Mereka juga akan berentap dengan semua pemenang setiap pusingan dan juga selebriti jemputan iaitu Peter Davis.


Nak saksikan sendiri pertandingan My Fun Cooking Competition 2017 secara live, uolls bolehlah datang ke One Space, One City Mall pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dibawah.

Jadual pertandingan yang dianjurkan adalah seperti berikut:-
Pusingan 1 : 15 Oktober 2017
Pusingan 2 : 22 Oktober 2017
Pusingan 3 : 29 Oktober 2017
Pusingan Akhir : 12 November 2017


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh layari laman Facebook rasmi acara "My Fun Cooking 2017" :-)

Pusingan Pertama My Fun Cooking Competition 2017 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.