RAWATAN H20 YANG BEST DI CELEBRITY SKIN EXPERT SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Perempuan mana yang tak nak kelihatan cantik kan? Rasanya semua nak sentiasa tampil menarik. Semua sebab nak kepuasan sendiri. Untuk tampil lebih berkeyakinan. Dan sebenarnya bagi saya sendiri, untuk nampak menarik bukan sekadar solekan di muka semata-mata. Ianya perlu dari kebersihan dan kelembutan kulit muka itu sendiri. Maknanya kalau kita tonjolkan "naked face" kita tanpa mekap still kelihatan berseri-seri, hehehe.
Memandangkan Celebriti Skin Expert ini terletak tidak jauh dari rumah. Haruslah saya terjah untuk merasai sendiri rawatann muka yang ada ditawarkan di sini :-)
Alamat Celebriti Skin Expert :
Jalan Kristal K7/K ,
Seksyen 7, 40000 shah Alam
Selangor
✅ Mencerahkan Kulit
✅ Mengurangkan Pigmentasi
✅ Untuk pencerahan "crystal clear"
✅ Memanjakan kulit
.
Ini adalah bilik yang saya gunakan untuk rawatan muka. Sederhana sahaja keluasannya.
Inilah mesin H20 yang digunakan dalam rawatan muka saya. Canggih mesin ni tau. Boleh menyedut kotaran muka, semburan serum dan pelbagai lagi.
Siap terasa dalam kepala banyaknya angin. Jarang saya pergi spa atau pusat rawatan muka perunding mereka mengurut muka. Tapi di Celebriti Skin Expert memang dia ada buat urutan muka yang sangat best. Korang kena cuba tau!
Ini macam proses vacuum muka. Memang terasa muka kita disedut-sedut kotoran. Rawatan ini setelah muka kita diletakkan krim membersihkan bulu-bulu roma halus (black head dan white head) di muka.
Lepas tu ada semburan serum dekat muka. Memang best rasa masa ni. Terasa muka memang tegang dan bersih gilerr...
Di Celebriti Skin Expert juga ada menjual produk mereka sendiri. So, kalau uolls nak tengok produk penjagaan muka apa yang ditawarkan bolehlah datang terus ke sini ya.
Untuk rawatan H20 ni mengambil masa tidak sampai 2 jam (lebih kurang 1 jam 30 minit). Tapi seriouslah setelah membuat rawatan memang terasa sangat kulit muka ni bersih, lebih anjal dan paling penting lembut dan macam ringgan sedikit. So, saya memang rekomenkan uolls untuk datang ke sini, apatah lagi sekarang ada harga promosi ditawarkan iaitu RM138 (Harga asal RM198). Memang berbaloi -lah dengan harga dan servis yang diberikan.
Untuk temujanji dan pertanyaan boleh hubungi di talian :
03-55194159
Waktu beroperasi :
Setiap hari 11 Pagi sehingga 8 malam
Keterangan lanjut boleh layari :
RAWATAN H20 YANG BEST DI CELEBRITY SKIN EXPERT SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 29, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...