Saya dan Famili Menyertai Fun Drive To Ipoh 2017

Pada 30 September  2017 lepas, saya dan seisi famili telah menyertai "Fun Drive to Ipoh 2017".  Program anjuran Selangor Tourism Association (STA) ini adalah kolaborasi bersama Perak Tourist Association (PTA) dan Destination Perak. Tujuan utama "Fun Drive" yang melalui jarak perjalanan sejauh 300KM ini adalah untuk memperkenalkan kepada peserta cabaran beberapa tempat menarik di Kuala Selangor dan Ipoh.
"Fun Drive to Ipoh 2017" bermula dari Hotel Goldcourse Klang pada pukul 9.00 pagi. Tapi sebelum itu kami telah diberi penerangan ringkas oleh Chief Marshal tentang peraturan cabaran yang mana perkara keselamatan diambil berat terlebih dahulu. Setiap peserta cabaran adalah berkumpulan dan kami perlu menyelesaikan cabaran ini (mengikut segala arahan tulip) sepanjang pemanduan ke Ipoh.

Pit Stop pertama merupakan di bangunan C.A.M, syarikat pengeluar van terbesar (caravan) di Malaysia. Di sini kami perlu mengambil goodies beg yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu kami perlu melakukan satu tugasan iaitu mengambil selfie di antara salah satu caravan yang terletak di bahagian hadapan bangunan C.A.M.

Ok uolls kalau nak tahu juga mengenai van paling panjang yang boleh memuatkan sehingga 18 orang. Bolehlah "LIKE" Sendok Group di laman sosial FB. Siap satu selfie, terus muat naik dalam FB dengan hashtag wajib yang perlu disertakan sekali.

Dengan mengikut arahan tulip (klu) perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Selangor dan antara kawasan yang kami perlu lalui adalah Pantai Remis yang menemukan kami dengan The Kabin. The Kabin merupakan rumah percutian yang unik mengikut gaya terkini dengan memperkenalkan konsep kontainer.

Ada beberapa soalan yang perlu kami jawab dan ianya bukan juga mudah ya! Adanya yang seperti teka-teki dan ada juga yang perlu kita berfikir secara kritis. Semua perlu dijawab dengan tepat berdasarkan kilometer (KM ) yang dianggarkan dalam setiap tulip.
Selain daripada Taman Alam Selangor, Pantai Cermin dan Hotel De Palma adalah antara lokasi yang sempat kami singgah untuk mendapatkan jawapan dari setiap klu yang diberikan. Seriously, banyak rupanya tempat menarik di Kuala Selangor yang boleh kita lawati.

Kami juga perlu memecahkan persoalan klu dengan mencari jawapan melalui kilometer yang diberikan pada setiap tulip. Menariknya tentang "Fun Drive to Ipoh 2017" , untuk menyelesaikan setiap tulip kami perlu berbincang dan ini sekaligus menjadikan perjalanan kami sekeluarga begitu ceria dan tidak bosan.

Salah satu check point yang perlu kami berhenti dan mencari jawapan adalah Majlis Daerah Sabak Bernam. Di sini baru saya tahu rupanya banyak aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Majlis Kuala Selangor. Contohnya seperti Larian Bendang dan pelbagai lagi.

Kami juga perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah pekan lama, contohnya seperti nama asal Teluk Intan ialah Teluk Anson dan banyak lagi. Sekaligus dengan mencari jawapan tentang sejarah ini dapat mendedahkan anak-anak saya tentang sejarah lama yang perlu mereka tahu.

Tidak dinafikan pelbagai cabaran yang perlu kami tempuhi untuk meyelsaikan segala tugasan "Fun Drive to Ipoh 2017". Perjalanan yang agak panjang namun apabila dapat melihat keindahan kawasan yang kami lalui menjadikan kami begitu bersyukur tentang nikmat harmoni hidup di bumi Malaysia yang dirasai sehingga kini.

Kesilapan memahami satu pertunjuk tulip menyebabkan kami tersasar jauh dari perjalanan yang sepatutnya kami lalui. Di sini benar-benar menguji kesabaran saya dan famili. Bertambah berat lagi saya juga berhadapan dengan telefon kehabisan bateri dan power bank tidak berfungsi. Perjalanan kami turut diuji dengan keadaan trafik yang sangat perlahan disebabkan ada kemalangan kecil telah berlaku.

Namun ianya tidak pernah mematahkan semangat kami untuk menuju ke destinasi-destinasi terakhir sebelum penyerahan kertas jawapan yang diberikan. Dan buat pertama kalinya saya memasuki Kampung Gajah di Perak. Dan tidak dinafikan kawasan Kampung Gajah Perak masih mengekalkan kehijauan kampung mereka, terdapat banyak tanaman hijau dan paling menarik adanya kawasan bendang yang sangat luas di kampung ini.

Pit stop terakhir adalah di Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 - TT5 dan untuk pengetahuan semua di sini terletaknya kapal korek bijih timah terakhir di Malaysia. Bayangkan pertama kali saya melihat kapal korek bijih timah, haruslah teruja kan. Anak-anak saya yang hanya tahu pada nama, kini mereka boleh melihat sendiri di depan mata!

Saya difahamkan kawasan Tanjuang Tualang Tin Dredge No.5 ini akan dijadikan kawasan pelancongan yang bakal menarik ramai pengunjung di dalam dan di luar negara ke sini. Oh ya! Di sini juga pit stop yang perlu kami menyerahkan kertas jawapan dan juga menikmati makanan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur.

Setelah semuanya selesai, dalam pukul 3 tengahari kami bergerak beramai-ramai secara konvoi ke bandar Ipoh. Sempat juga kami singgah di Kellie's Castle yang mempunyai 1001 sejarah dan rahsia yang menjadi bualan masyarakat setempat sehingga kini. Jika tidak silap saya, castle ini dibina bersempena dengan kasihnya seorang suami kepada isterinya. 

Penginapan kami untuk semalaman adalah ditaja oleh M Hotel. Dan jika berkesempatan saya akan kongsikan tentang hotel ini didalam satu entri yang lain. Memang selesa dan bersih.  Untuk pengetahuan semua hotel ini baru sahaja dibuka selepas Raya baru-baru ini.

Pukul 6.30 petang kami bergerak ke Lost World of Tambun untu majlis penyampaian hadiah dan makan malam bersama pihak penganjur dan penaja. Dan untuk pengetahuan korang, bermula 1 Oktober 2017 selama sebulan The Lost World of Tambun mengadakan acara Spooky Halloween sebagai salah satu tarikan untuk pengunjung ke sini.

Haruslah bergambar dengan ikon/maskot yang The Lost World of Tambun sebagai tanda kenangan :-)

Bagi anak-anak saya tarikan utama The Lost World of Tambun bukan sahaja kerana ada petting zoo, mining cafe, ekstrem park dan sebenarnya mereka teruja untuk bermain air. Uniknya di sini, ianya kawasan mandi juga dibuka pada waktu malam dan terdapat juga kolam panas! Syok woooo mandi kolam berwap di dalam cuaca sejuk. Ala-ala jakuzi semulajadi.

Sempat mengabadikan kenangan menerusi bidikan lensa... Antaranya seperti :-





Melihat anak gembira memang 'priceless' kan...heheheheh

Cabaran yang disertai pastinya tidak akan dilupakan oleh kami sekeluarga. Setiap cabaran dan halangan di hadapi bersama. Ini mengajar kami untuk lebih sabar dan sentiasa berkomunikasi. Paling penting ianya seperti melancong sambil menghayati sejarah dan keindahan negara sendiri. Tidak dinafikan sebenarnya begitu banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Selangor dan Ipoh.

Terima kasih kepada penganjur  Selangor Tourism Association (STA) , Destination Perak dan Perak Tourist Association (PTA) atas acara hebat ini. Begitu juga dengan pihak urusetia yang bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan acara lancar dari mula sehingga tamat.

Paling membahagiakan segala penat lelah kami lalui sepanjang siang hari membuahkan hasil apabila kumpulan kami dinobatkan pemenang nombor 9. Hadiah kemenangan merupakan percutian di salah sebuah hotel di Pulau Pinang. Yeay!!!!

Acara Fun Drive To Ipoh 2017 memang mencabar minda,
Paling penting keseronokan meluangkan masa bersama keluarga!


Saya dan Famili Menyertai Fun Drive To Ipoh 2017 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 02, 2017 Rating: 5

3 comments:

  1. syok btul la fun drive ke ipoh tu...byk juga pitstop

    ReplyDelete
  2. MT memang seronok, banyak gila pit stop..tapi byk tak sempat amik gambar...huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah syoknya 1 family join. apa yang penting kerjasama

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.