Saya dan Yara Menyertai Kelas Urutan Bersama Tropika
Saya memang sangat sukakan bau Tropika Baby Hair & Body Oil, ianya cukup menenangkan. Dan seperti yang kita ketahui minyak yang berasaskan kelapa dara memang agak pekat dan ini sangat memberi pinjamatan. Namun demikian minyak VCO juga sangat cepat dan mudah serap. Jadi ianya tidak akan melekit-lekit seperti kebanyakan minyak urutan yang terdapat di pasaran.
Kelas urutan anjuran Tropika ini memang esklusif yang mana hanya dihadiri oleh 8 ibu yang terpilih bersama bayi mereka. Semua peralatan urutan disediakan oleh penganjur. Dan kelas urutan ini adalah dibawah bimbingan Gayle Berry (instructor- massage therapy) dari www.blossomandberry.com. Sebagai instruktor yang berpengalaman, beliau banyak berkongsi tips dan informasi cara urutan yang boleh diamalkan pada bayi kita.
Sebelum memulakan urutan, pastikan kita sudah letakkan sedikit Tropika Baby Hair & Body Oil di telapak tangan. Sapu rata di kedua belah tangan. Dan digalakkan kita mengurut didlaam bilik yang cukup selesa dari segi pengudaraan dan pengcahayaan. Paling terbaik jika dapat dipasangkan dengan muzik yang dapat membantu bayi lebih selesa dan tenang.
Antara beberapa teknik urutan yang saya pelajari seperti:-
Mengenggam kemas di bahagian buku lali anak. Urut secara lembut di bahagian tersebut.
Urutan ini sangat membantu menguatkan motor pergerakan tapak kaki. Perlu diingatkan setiap urutan perlu dilakukan dengan lembut dan berhati-hati.
Urutan di bahagian jari-jari kaki anak.
Bahagian tapak kaki bayi adalah paling penting. Dengan hanya menekan secara perlahan di bawah jari kaki anak. Dan juga di bahagian tengah kakinya juga. Ini dapat membatu anak yang mengalami masalah kembung ataupun sembelit.
Video : Contoh lagu yang diajar oleh Gayle Berry yang boleh kita nyanyikan ketika waktu urutan dilakukan. So catchy, hiks.
Yara yang berada dalam keadaan tenang dan selesa selepas aktiviti urutan dilakukan. Saya dapati urutan sebenarnya bukan sahaja membantu pembesaran fizikal Yara bahkan ianya juga memberi impak kepada emosi beliau. Saya dapati Yara tidak mudah meragam dan tidurnya jarang terjaga secara tiba-tiba.
Apapun, terima kasih kepada pihak penganjur iaitu pihak Tropika kerana sudi menjemput saya untuk menyertai sekali bengkel urutan yang dianjurkan :-)
Oh ya uolls, jangan lupa untuk dapatkan produk Tropika remedi terbaik untuk keluarga anda!
Saya dan Yara Menyertai Kelas Urutan Bersama Tropika
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 12, 2017
Rating:
Alaaa...urut untuk bayi jer ke..untuk mama takde..hehe...lama x pi urut ni
ReplyDeleteamanda suria- kannn parizan ayu pun terasa lenguh2 bdn dah ni hahahah
ReplyDelete