Saya dan Yara Menyertai Kelas Urutan Bersama Tropika

Berpeluang menyertai kelas urutan bersama produk Tropika baru-baru ini memang saya tidak lepaskan. Apatah lagi, seperti yang sedia maklum saya memang pengguna produk VCO Tropika. Menariknya untuk urutan terutama kepada bayi (kita sedia maklum kulit bayi adalah sangat sensitif), kita boleh menggunakan Tropika Baby Hair & Body Oil.

Saya memang sangat sukakan bau  Tropika Baby Hair & Body Oil, ianya cukup menenangkan. Dan seperti yang kita ketahui minyak yang berasaskan kelapa dara memang agak pekat dan ini sangat memberi pinjamatan. Namun demikian minyak VCO juga sangat cepat dan mudah serap. Jadi ianya tidak akan melekit-lekit seperti kebanyakan minyak urutan yang terdapat di pasaran.

Kelas urutan anjuran Tropika ini memang esklusif yang mana hanya dihadiri oleh 8 ibu yang terpilih bersama bayi  mereka. Semua peralatan urutan disediakan oleh penganjur. Dan kelas urutan ini adalah dibawah bimbingan Gayle Berry (instructor- massage therapy) dari www.blossomandberry.com. Sebagai instruktor yang berpengalaman, beliau banyak berkongsi tips dan informasi cara urutan yang boleh diamalkan pada bayi kita.

My Yara yang begitu teruja untuk diurut. Walaupun Yara seorang bayi yang lasak tetapi dapat saya perhatikan anak bongsu saya ini akan berada dalam keadaan diam setiap kali saya membuat urutan. Mungkin beliau berasa sunggu selesa apabila diurut :-)

Sebelum memulakan urutan, pastikan kita sudah letakkan sedikit Tropika Baby Hair & Body Oil di telapak tangan. Sapu rata di kedua belah tangan. Dan digalakkan kita mengurut didlaam bilik yang cukup selesa dari segi pengudaraan dan pengcahayaan. Paling terbaik jika dapat dipasangkan dengan muzik yang dapat membantu bayi lebih selesa dan tenang.

Antara beberapa teknik urutan yang saya pelajari seperti:-
Mengenggam kemas di bahagian buku lali anak. Urut secara lembut di bahagian tersebut.

Urutan ini sangat membantu menguatkan motor pergerakan tapak kaki. Perlu diingatkan setiap urutan perlu dilakukan dengan lembut dan berhati-hati.
Urutan di bahagian jari-jari kaki anak.

Bahagian tapak kaki bayi adalah paling penting.  Dengan hanya menekan secara perlahan di bawah jari kaki anak. Dan juga di bahagian tengah kakinya juga. Ini dapat membatu anak yang mengalami masalah kembung ataupun sembelit.


Paling penting sepanjang urutan, kita perlu banyak berkomunikasi dengan bayi kita. Ini adalah satu cara kita dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Selain itu, setiap sentuhan urutan dari kita ibunya akan menjadi lebih hebat lagi apabila kita memandang wajah anak.

Salah satu kaedah urutan di bahagian belakang bayi yang boleh kita aplikasikan. Ini dapat membantu bayi untuk bernafas dengan selesa (terutama jika bayi itu ada masalah lelah).

Untuk urutan diperut ianya perlu dilakukan dari kiri ke kanan bagi memastikan anak tidak mengalami masalah kembong yang sering terjadi pada bayi waktu malam.


Video : Contoh lagu  yang diajar oleh Gayle Berry yang boleh kita nyanyikan ketika waktu urutan dilakukan. So catchy, hiks.

Yara yang berada dalam keadaan tenang dan selesa selepas aktiviti urutan dilakukan. Saya dapati urutan sebenarnya bukan sahaja membantu pembesaran fizikal Yara bahkan ianya juga memberi impak kepada emosi beliau. Saya dapati Yara tidak mudah meragam dan tidurnya jarang terjaga secara tiba-tiba.

Kita juga boleh mendapatkan pek percubaan Natural Baby Wash dan Baby Hair & Baby Oil.  Ini kerana produk ini menawarkan minyak VCO yang selamat digunakan untuk urutan bayi. Kita juga boleh memilih 3 jenis bau yang ditawarkan iaitu lavendar (feveret saya), aprikot dan bunga ros.

Apapun, terima kasih kepada pihak penganjur iaitu pihak Tropika kerana sudi menjemput saya untuk menyertai sekali bengkel urutan yang dianjurkan :-)

Oh ya uolls, jangan lupa untuk dapatkan produk Tropika remedi terbaik untuk keluarga anda!

Saya dan Yara Menyertai Kelas Urutan Bersama Tropika Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 12, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. Alaaa...urut untuk bayi jer ke..untuk mama takde..hehe...lama x pi urut ni

    ReplyDelete
  2. amanda suria- kannn parizan ayu pun terasa lenguh2 bdn dah ni hahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.