Tayangan perdana "Marvel's Spider-Man" | Anak Saya Teruja Menontonnya Sambil Beraktiviti di Jumpstreet Asia
Spiderman kisah dari komik kini telah diadaptasikan menjadi siri animasi tentunya memenuhi impian kanak-kanak yang memang meminati karektor ini. Dan watak Spiderman ini bukan sahaja digemari golongan kanak-kanak bahkan ada juga golongan dewasa yang meminati dan mengikuti siri ini dari episod pertama lagi.
Berpeluang menghadiri tayangan premier siri Spider-Man terbaru bersama anak-anak memang saya tidak lepaskan. Apatah lagi tayangan ini telah diadakan di Jumpstreet Asia, taman rekreasi 'indoor' yang cukup terkenal menyediakan pelbagai aktiviti lompatan menarik yang boleh disertai oleh pengunjungnya.
Kuasa baru yang beliau perolehi menyebabkan Peter Parker harus belajar lebih bertanggungjawab dan pada yang sama beliau perlu menyesuaikan di Horizon High, sebuah sekolah menengah khas dalam bidang Sains untuk mereka yang bijak. Peter juga perlu menghadapi kehidupannya sebagai seorang pelajar pada siang hari, dan sebagai adiwira pada waktu malam.
Siri ini juga memperkenalkan rakan pasukan Spider-Man yang lain iaitu rakan kelas Peter di Horizon High antaranya seperti:-
• Gwen Stacy aka Spider-Gwen (Laura Bailey), pelajar terkenal di Horizon High yang membuat penyelidikan khusus tentang DNA dan gen.
• Anya Corazon aka Spider-Girl (Melanie Minichino), pelajar cemerlang di Horizon High yang menggunakan akalnya untuk mengembangkan kekuatan/kehebatan labah-labahnya.
• Miles Morales aka Kid Arachnid (Nadji Jeter), pelajar termuda Horizon High yang memperolehi kuasa labah-labahnya sendiri melalui eksperimen sains Peter.
Menggunakan pengetahuan luas mereka dalam bidang sains, pasukan ini dapat menghasilkan cara-cara yang kreatif dan inovatif untuk bekerjasama dan melindungi New York City dari penjahat hebat seperti Vulture, Kadal, Sandman dan Doktor Octopus, dan juga musuhnya didalam sekolah itu sendiri. Melalui pelbagai pengembaraan yang hebat dan menarik, Peter dan kawan-kawannya datang untuk menyelamatkan keadaan dan belajar bahawa dengan adanya kuasa besar yang mereka miliki turut hadir bersama tanggungjawab yang besar.
Selain daripada acara tayangan perdana, anak-anak yang menghadiri acara ini juga boleh membuat 'face-painting' (tidak kekal) gambaran objek yang berkaitan dengan Spider-Man.
Antaranya seperti lukisan trademark spiderman di jari Ameer. Memang nampak comel jer gambar labah-labah tersebut di tangan comel my Ameer, hiks.
Amani pula telah membuat lukisan di bahagian mata sepertinya topeng Spider-Man. Agak rumit juga tapi semuanya dapat diselesaikan tidak lebih dari 3 minit.
Anak-anak saya memang teruja dengan aktiviti 'face-painting' seperti ini. Di mana sahaja ada acara yang menyediakan servis ini pasti mereka akan teruja untuk mendapatkan hasil seni ini untuk bergambar kenangan.
Pemenangnya adalah anak Jane Chua.
Dan juga Darwish anak blogger Fauzana atau lebih dikenali sebagai Nana.
Sebelum aktiviti lompatan perlu ada senaman ringkas bagi memastikan tubuh kita cukup bersedia untuk membuat aktiviti yang seterusnya. Nampak tak semuanya jenis 'excited' dan tak sabar untuk melakukan aktiviti lompatan, heheheh.
Seperti Spider-Man, mereka ini juga berjiwa besar dan berani mencuba sesuatu yang baru. Melalui acara sebegini sebenarnya kita dapat mendidik anak betapa perlunya ada tanggungjawab pada diri sendiri dan sentiasa "gembira" apa yang dilakukan.
Ok gaiss, "Marvel's Spider-Man", tayangan perdananya untuk umum adalah pada hari Sabtu 14 Oktober, 10 pagi di Disney XD (Astro Ch 617) dan juga di On Demand. Manakala dari 1 Oktober, peminat Spider)man boleh menonton video yang menyeronokkan di Disney XD dan Disney Channel. Video ini juga boleh didapati di platform media sosial Disney Channel Asia iaitu:
YouTube: www.YouTube.com/DisneyChannelAsia
Facebook: www.facebook.com/DisneyChannelAsia
Jangan lupa untuk cikedauttt ya gaiss!!!
Tayangan perdana "Marvel's Spider-Man" | Anak Saya Teruja Menontonnya Sambil Beraktiviti di Jumpstreet Asia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 09, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...