Terbaru Promosi dari Shopee| Shopee Mall

Awakkkkkk...
Paling excited kan, bila kita dapat barang yang kita order dari platform talian seperti Shopee. Pantas giler sangat ni. Dalam masa 2 hari barang semua sampai depan pintu. Tak perlu susah, mencari kedai, terlekat dalam jammed. Klik--klik order, barang terus sampai kat rumah.
 Paling best sekarang ni Shopee memperkenalkan Shopee Mall. Yang mana di Shopee Mall ada banyak pilihan barangan dari barangan makanan, keperluan rumah, peribadi dan banyak lagi dijual dengan harga cukup murah dan berpatutan. Paling best, ada sesetengah barangan yang dibeli tidak dikenakan caj penghantaran. Untung gila kot!!!

So, ini adalah antara barangan yang diberli dari Shopee Mall, semuanyauntuk my Yana, Anaqi dan Dedet. Puas hati sangat. sampai cepat, ada diskaun dan paling penting barang dihantar dengan selamat dan dalam keadaan baik...

So, uolls kalau nak tahu mengenai lebih lanjut mengenai promosi terbaru dari Shopee - Shopee Mall dan pelbagai tawaran yang menarik boleh baca lebih banyak informasinya di bawah :-)


Shopee Malaysia telah melancarkan sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama dan pengedar terkemuka. Shopee Mall telah menawarkan jutaan rakyat Malaysia akses langsung pada lebih 300 jenama dan peruncit besar untuk pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium. Antara jenama yang ditampilkan dalam Shopee Mall termasuklah Nestlé, PETRONAS, Watsons, Senheng, Digi, Cola-Cola, Huawei, L’Oreal, Xixili dan banyak lagi.

Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat termasuklah jaminan 100% produk tulen (atau kami mengembalikan dua kali ganda wang anda), polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran percuma ke seluruh negara. Selain itu, pelbagai produk kegemaran ramai yang ditawarkan di Shopee Mall adalah tertakluk bawah program Jaminan Harga Terendah Shopee.

“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin moden. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama tersebut. Kami juga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran sasar mereka dengan mendekati pengguna sedia ada Shopee yang kini direkodkan pada kira-kira 4 juta muat turun di Malaysia.


“Tambahan pula, polisi komisyen sifar kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya lagi. Sekiranya
mana-mana pengguna terjumpa sesuaty produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang lain boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.

Suasana Membeli-belah Secara Dalam Talian Yang Premium Shopee Mall merupakan sasaran Shopee Malaysia untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah yang menampilkan pelbagai produk. Di Shopee Mall, pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi penghantaran percuma bagi setiap pembelian minima berjumlah RM30, manakala pemulangan produk percuma boleh dilakukan menerusi label pos prabayar yang disediakan dengan setiap pembelian.

Jaminan Produk Tulen 100% Shopee Mall juga boleh meyakinkan pengguna yang sering berasa was- was terhadap ketulenan sesuatu produk. Mana-mana pelanggan yang menerima produk tiruan menerusi Shopee Mall layak menerima ganti rugi sebanyak 200%. Bagi mengenalpasti senarai produk Shopee Mall, pengguna boleh mencari label ‘Mall’ berwarna merah semasa meninjau produk.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall akan menganjurkan kempen eksklusif dengan beberapa jenama pilihan Malaysia seperi Watsons, Nestlé, Senheng, Unilever, Philips, Caring, Courts dan banyak lagi. Bermula hari ini sehingga 8 Oktober, pengguna boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga sehingga 90%, baucar potongan harga dan hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.
Terbaru Promosi dari Shopee| Shopee Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.