The Pantheon, Pusat e-Sukan Bertaraf Lima Bintang

Masa mula-mula dapat jemputan ke pelancaran pembukaan THE PANTHEON, saya terus khabarkan tentang berita ini pada Anaqi (anak sulung saya yang memang seorang kaki game yang agak hardcore). "Mummy! Serious giler best. Please share with me about the place!" Punyalah 'excited' Anaqi mengenai The Pantheon, hehehehe.

Untuk pengetahuan semua 'The Pantheon' merupakan arena eSukan Platinum pertama yang diiktiraf NVIDIA GeForce GTX di Malaysia. Ianya juga antara yang terbesar di Asia. 



The Pantheon juga membolehkan kita merasai  sendiri pengalaman bermain dengan menggunakan perkakasan berteknologi tinggi dan terkini yang lengkap dengan 116 komputer peribadi (PC), sebuah auditorium dan peranti perisian seperti Zon Pengalaman VR, Simulator Perlumbaan, Zon PS4 dan pelbagai tarikan lain pada masa akan datang.

Terletak di One Space One City @ The Square dengan berkeluasan  lebih 10,000 kaki persegi, arena eSukan ini mampu menyediakan pengalaman terbaik permainan video kepada semua pemain yang datang bermain di sini. Menariknya pemain akan dapat merasai sendiri keunggulan teknologi GTX 1060 atau GPU yang lebih tinggi bersama paparan G-sync 27inci 144hz dengan lebih 30 peralatan dan komponen terbaik desktop canggih permainan video daripada jenama-jenama seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, Predator dan Republic of Gamers.

The Pantheon juga hasil dari kaloborasi antara NVIDIA yang mana dapat dilihat turut hadir di majlis pelancaran ini ialah Mr Andy Hsu (NVIDIA APAC GPU Product Marketing Director).

Kenalkan inilah pemilik atau pengasas kepada The Pantheon. Lima anak muda yang berjiwa besar :-)

Menurut pengarah The Pantheon, Clement Hui pusat ini juga boleh dijadikan sebagai platform bagi pemain profesional untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan dunia.

"Jika lihat ada dalam kalangan pemain bila naik ke pentas, terus rasa takut. Bila sudah berasa takut menguasai diri mereka, agak sukar untuk ke peringkat seterusnya. Jadi kami menyediakan Auditorium Arena Pentas yang gah di sini. Bayangkan, jika mereka selalu bermain di sini, sedikit demi sedikit perasaan gementar bila berada di pentas itu akan pudar,"

Clement juga berharap agar dengan terbinanya The Pantheon ianya mampu membantu industri e-sukan di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi selain melahirkan lebih ramai pemain profesional bertaraf antarabangsa


*********************

The Pantheon arena e-sukan pertama di Malaysia yang dikuasai GeForce GTX dan G-SYNC teknologi. Antara tarikan di The Pantheon :-)

 Console Zone

 Ruang terbaik bagi mereka yang suka bermain PS4 terutama permainan FIFA :p Seolah berada di ruang tamu yang cukup privasi, kita boleh bermain dengan tenang sambil ditemani dengan pemain yang lain di sisi.

Racing Simulator

 Merasai sendiri  permainan 3D perlumbaan kereta seperti F1.

VR OMNI

 Permainan menggunakan teknologi 'virtual reality'. Macam real jer, pergi berperang, menembak!

The Pantheon juga mempunyai enam ruang khusus bagi mereka yang mahu mencuba sendiri desktop canggih dan berteknologi tinggi daripada syarikat terkemuka seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers.
Bilik VIP ada 4 - Predator, OMEN-O, ALIENWARE dan LEGION

 Bilik OMEN-O

Bilik ALIENWARE


Ini pula ruang REPUBLIC GAMERS

 Canggih yang hamat, hokehhhhh. Fuhhhhh.

 Kawasan Experience Zone agak luas dan besar.

Boleh memuatkan ramai pemain dalam satu-satu masa ya di sini :-)

The Pantheon juga lengkap dengan bilik produksi. Jadi jika ada penganjuran perlawanan permainan video, pihak urusetia/penganjuran akan beroperasi dari bilik ini.

Yang mana para pemain akan merasai pengalaman berentap seperti di atas pentas antarabangsa. Sekaligus memberi mereka pengalaman seperti bertarung di peringkat anatarabangsa dalam permainan video seperti DOTA dan sebagainya.

Antara tarikan pengunjung di sini selain dari pemainan video dan peralatan berteknologi tinggi adalah cafe yang terletak betul-betul di pintu masuk utama The Pantheon. Selain daripada kita boleh bermain dari perkakasan mudah alih milik kita sendiri sambil menikmati hidangan di sini. Cafe ini juga menyediakan perkhidmatan WIFI secara PERCUMA.

Bertambah menarik di setiap meja di cafe ini ada disediakan tempat 'charge'. Jadi anda tidak perlu risau jika sedang menggunakan laptop, tab, ipad ataupun telefon pintar anda hampir kehabisan bateri. Anda boleh terus charge di sini.


caj yang dikenakan di sini ya, boleh rujuk pada gambar di atas. Oh ya! Dalam usaha memberikan imej yang positif terhadap permainan video, The Pantheon hanya dibuka untuk pengunjung 12 tahun ke atas sahaja. Namun demikan bagi golongan remaja dan para pelajar yang berusia 12 tahun ke bawah hanya dibenarkan berada didalam premis sehingga jam 10 malam dengan kehadiran ahli keluarga yang dewasa. Para pelajar yang datang dengan uniform sekolah tidak dibenarkan masuk ke dalam premis The Pantheon.


"What Legends Are Made Of"

- Malaysia 1st Esport Center
- Asia 1st Esport ready Certified by Nvidia 
- Malaysia 1st Platinum Icafe Certified by Nvidia

Keterangan lanjut:

Alamat The Pantheon:
Lot 2-27 ,The Square @One City, 47650 Subang Jaya, Selangor
The Pantheon, Pusat e-Sukan Bertaraf Lima Bintang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 25, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.