Ujibakat McDonald's Storytelling Contest 2017 Secara Live Di McDonald's Mutiara Damansara
Untuk tahun 2017 sekali lagi, McDonald's Malaysia menganjurkan 'McDonald's Storytelling Contest' dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta yang paling terbaik. Peraduan yang mampu mengilap potensi anak-anak untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan apabila bercerita di hadapan orang ramai sememangnya setiap tahun mendapat sambutan penyertaan yang cukup memberangsangkan.
Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Di mana ke semua 15 peserta akhir bakal menerima hadiah seperti:-
Hadiah Utama : Percutian Ke Tokyo Disneyland & DisneySea (4 pax famili)
Hadiah Pertama: Perctian Ke Hong Kong Disneyland & Oceon Park (4 pax famili)
Hadiah Kedua: Percutian Ke Shanghai Disney Resort (4 pax famili)
Hadiah Ketiga : Percutian Ke Thailand Cartoon Network Amazone Waterpark (4 pax famili)
Saguhati (11 orang) : Hadiah bernilai RM2,000 (setiap satu)
Dan saya begitu teruja kerana diberi kepercayaan menjadi salah seorang juri bersama dengan selebriti yang cukup dekat di hati kanak-kanak iaitu Pak Nil (Dato' Haji Aznil Nawawi) dan juga saudara Isaac Tan sahabat blogger saya seorang bapa kepada dua cahaya mata yang comel.
Antara peserta yang termuda baru berusia 6 tahun, namun kepetahan beliau bercerita didalam bahasa melayu memang membuatkan saya kagum. Biarpun berbangsa cina namun saya dapat lihat betapa beliau sangat fasih bertutur dan melontar ayat dalam bahasa melayu dengan yakin sekali.
Apatah lagi anak ini, mampu mempamerkan pelbagai aksi dan memek reaksi yang mampu mencuit hati saya sebagai juri. Dan sebenarnya bukan anak ini sahaja, bahkan peserta-peserta lain semua hebat sama mempamerkan gaya mereka dalam bercerita.
Ada setengah peserta sangat bijak mencuri tumpuan penonton. Bukan hanya dengan membuat intonasi suara yang berlainan mengikut watak, bahkan anak kecil ini juga mengajak penonton untuk menjadi sebahagian watak yang diceritakan.
Kesungguhan menghayati cerita yang disampaikan menjadi lebih sempurna dengan penggunaan props yang sangat membantu dalam penceritaan. Saya sendiri begitu teruja melihat persiapan anak-anak di pusingan ini.
Kehadiran Ronald McDonald's sememangnya membakar semangat semangat kanak-kanak. Aksi Ronald yang begitu lucu menyebabkan karektornya menjadi kesukaan kanak-kanak tidak kira peringkat usia. Saya sendiri sebagai ibu pun seronok melihat gelagat Ronald melayani peminat ciliknya.
Ronald juga hebat bercerita rupanya. Tidak kering gusi mendengar gaya cerita Ronald yang begitu bersahaja. Namun dalam humornya terselit intipati moral yang harus anak-anak ini ikuti dan dijadikan pengajaran. Contohnya dalam cerita hari ini, moralnya "Jangan mungkiri janji".
Setiap peserta pusingan ujibakat akan diberi sijil penyertaan ya! Tanda penghargaan dan juga membuktikan anak ini pernah mencabar diri mereka untuk berentap dalam acara pusingan bercerita secara 'live' untuk McDonald's Storytelling Contest 2017.
Syabas diucapkan kepada semua anak-anak yang berani. Dan moga berjaya kepada 15 finalis di acara akhir McDonald's Storytelling Contest 2017 tidak lama lagi.
Ujibakat McDonald's Storytelling Contest 2017 Secara Live Di McDonald's Mutiara Damansara
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 27, 2017
Rating:
wah..seronoknya. pengalaman tu..jadi juri and ngan pak nil plak tu.. best best!!
ReplyDeleteSalam singgah pagi jumaat :)
ReplyDeletePengalaman yg sgt berhargaaa...
mummy ayu : alhamdulillah...tu la rezeki first time jadi juri pak nil....hehehehe
ReplyDeleteNieyl : mmg berharga Nieyl..huhuhu..salam jumaat, moga hari ni baik2 utk kita semua...
ReplyDeleteWah syok la u jadi juri dengan Pak Nil. Peramah tak Pak Nil?
ReplyDeleteSal pun ada gak berangan nak masukkan anak dalam mana² story telling contest..cuma lom ada kesempatan lagi..
ReplyDeleteWahh bestnya akak. Dah la dapat tengok show budak-budak semua tu. Jadi juri sekali gan pak nil pula. Bestnyaa!! Mesti senyum je sepanjang sesi tu kan
ReplyDeleteWaaa hebatnya. Tapi itulaaa, saya tak ada adik kecil nak ajak dia masuk. hehe.
ReplyDeleteeh.. macam best je ni.. nak suruh adik bawak anak dia join sini lah.. haha.. anak2 dia suka story telling ni..
ReplyDeletePeluang jadi juri disamping mereka2 yang hebat is a good experience...
ReplyDeletewah pak nil jadi jurinya... pak nil ni memanh synonym dengan program kanak-kanak.. kanak-kanak pun kebnyakkan kenal dan suka dekat pak nil..
ReplyDeletewahhh nak sangat dengar apa yang budak2 tu sampai kan.. kecil2 dah bersemangat :)
ReplyDeletewah... kreatifnya pertandingan bercerita sekarang! guna media sosial je! saya dulu pun aktif jugaklah masuk pertandingan begini. saja memberanikan diri. hihi
ReplyDeleteWahh.. hebat akak..event ni dpt suntik kanak2 ntk aktif dan berani..
ReplyDeleteBoleh mengilap bakat dengan story telling ni kannnn.... belajar public speaking gak.. huhuh
ReplyDeleteAnak2 akg memang bijak-bijak belaka...untung laa ada anak bijak dan petah bercakap bole join peraduan mcm ni dan menang percutian...
ReplyDeleteHebat sekarang ya..dah jadi Juri, bukan senang kan nk jadi Juri ni. Tahniah tau.
ReplyDeleteBuat adik2 yg masuk story telling..mmg kagum gan depa ni, berani ke depan bercerita dihadapan public.
wahhh heabtnya sis... berbakat jadi juri di samping Pak Nil dan bapa yg hbat pula...
ReplyDeleteJuga berpeluang menilai para si cilik yang berbakat.. Salute!
Syukur kita ada contest yg mencungkil bakat terpendam anak-anak yang boleh dikatakan ada unsur ilmiah begini :) mesti best tgk pelbagai ragam dan jenis anak-anak bercerita ^^
Nak war-warkan juga kepada rakan opis ramai anak kecil boleh ketengahkan bakat.
ReplyDeleteWow, the kids are so talented. Impress with the kids and congrats to the winner.
ReplyDelete